MERIAHKAN JUADAH HARI RAYA DENGAN F&N LIFE

Friday 7 May 2021

MERIAHKAN JUADAH HARI RAYA DENGAN F&N LIFE


 Assalamualaikum and hye readers.




Hari tu Ai ada kongsikan dengan korang kan Ai ada beli Rose Agar-Agar Bundle melalui aplikasi F&N Life. Lepas dah sampai Rose Agar-Agar Bundle tu, terus terasa nak buat Agar-agar Sirap Selasih F&N. Dah lama tak makan. Selain Agar-agar Sirap Selasih, Ai ada buat juga Sirap Bandung Blanded F&N. Saja nak basahkan tekak dengan air yang Ai tak pernah minum.


https://www.aisyaismail.com/2021/05/meriahkan-juadah-hari-raya-dengan-fn-life.html


Rasa Agar-agar Sirap Selasih ni, sama je macam minum air sirap selasih. Cuma dia kenyal-kenyal. Memang sesuai sangatlah untuk dijadikan juadah moreh dan juadah hari raya. Kalau korang peminat air sirap selasih macam Ai, memang akan suka agar-agar sirap selasih ni. Yang tak pernah cuba pun akan jadi suka. Ecewahhh! 



Resipi Agar-agar Sirap Selasih

Bahan-Bahan

1. 1 paket 8g serbuk agar-agar Nona warna putih

2. 1L air

3. 250g gula (boleh kurang atau lebihkan)

4. 1/2 cawan kordial sirap F&N (boleh kurang atau lebihkan)

5. 3 sudu makan selasih (boleh kurang atau lebihkan)


Cara-Cara

1. Rendam selasih supaya kembang dan tapis untuk buang air rendaman.

2. Campurkan serbuk agar-agar Nona bersama air, gula dan kordial sirap F&N ke dalam periuk.

3. Kacau dan didihkan sehingga larut.

4. Padamkan api dan masukkan selasih. Kacau supaya selasih tidak berketul.

5. Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan sehingga agar-agar menjadi pejal.



Resipi Iced Blanded Sirap Bandung F&N

Bahan-bahan

1. 150ml Sirap Ros F&N (boleh kurang atau lebihkan)

2. Susu Krimer Sejat F&N 

3. 450g ais


Cara-Cara

1. Campurkan sirap ros, susu krimer sejat dan ais ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.

2. Tuang ke dalam cawan dan sedia untuk dinikmati.



Pelbagai resipi menarik di aplikasi F&N Life

Semalam masa Ai belek-belek aplikasi F&N Life tu, baru Ai perasan di dalam aplikasi itu terdapat banyak resipi mudah untuk dicuba. Bila dah PKP 3.0 ni, mula lah macam-macam resipi yang Ai nak cuba. Hahaha! Mood pun tengah rajin semalam. Pada yang tak tahu di mana nak cari resipi tu, korang klik je bahagian Inspiration di sebelah bawah aplikasi.


https://www.aisyaismail.com/2021/05/meriahkan-juadah-hari-raya-dengan-fn-life.html


Resipi Iced Blended Sirap Bandung tu pun Ai dapat dari situ. Scroll resipi punya pasal, terus teringin. Kebetulan bahan-bahan pun ada, terus Ai buat. Kalau ikutkan hati ini, macam-macam lagi resipi lagi yang Ai nak cuba. Tapi tak ada bahan-bahan. Lepas ni kalau kerajinan tu sampai lagi, Ai akan cuba satu persatu resipi tu. 


https://www.aisyaismail.com/2021/05/meriahkan-juadah-hari-raya-dengan-fn-life.html


Meriahkan juadah hari raya dengan F&N Life

Senangkan nak meriahkan juadah hari raya korang dengan F&N Life ni. Jadi jangan tunggu-tunggu lagi. Muat turun aplikasi F&N Life melalui Apple Store dan Google Play sekarang dan order keperluan hari raya korang hari ini! Masih sempat lagi ni abang posmen nak hantar.



Pada yang tak dapat nak pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga tersayang, korang boleh kongsikan kemeriahan dengan mengahantar keperluan barangan raya kepada mereka. Caranya sama sahaja. Muat turun aplikasi F&N Life, order, bayar dan tunggu keluarga di kampung hubungi anda. 





aisyaismail

20 comments:

  1. Saya pun dah download applikasi ni.. memang sangat2 membantu. Dah laa berbaloi-baloi, pulak tu, banyak idea nak masak, nak buat air level2 restoran.hehehe

    ReplyDelete
  2. yela kan..buat agar2 pon boleh..aummm

    ReplyDelete
  3. wowwww agar2 dia ada biji2 hehehehe

    ReplyDelete
  4. F&N ni classic berzaman-zaman da.. mmg brand yang dipercayai =)

    ReplyDelete
  5. Akak tak pernah buat agar-agar sirap selasih. Tapi akak memang suka minum air sirap selasih. Penghilang dahaga betul, kalau hari panas. :)

    ReplyDelete
  6. ni resepi sejukkan badan ni. baguss

    ReplyDelete
  7. memang suka beli F & N ni..sirap, sarsapila...oren pun dap

    ReplyDelete
  8. boleh buat ni kebetulan kat rumah mmg ada sirap ros tu hehehe

    ReplyDelete
  9. Tengok sirap F&N gambar tu dulu viral kata Liyana Jasmay. Rupanya bukan. Sedap tu buat agar agar sirap selasih. Buat air, boleh buat agar agar sekali :)

    ReplyDelete
  10. wah! agar2 boleh...air boleh..terbaik!

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D