PATUTLAH RAMAI YANG MEMBELI DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI!

Tuesday 11 May 2021

PATUTLAH RAMAI YANG MEMBELI DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI!


 Assalamualaikum and hye readers.




Bila sebut sahaja Pusat Pakaian Hari-Hari, terus Ai teringat kedai baju yang ada bermacam-macam pilihan rekaan baju. Daripada pakaian untuk perempuan, lelaki, tua, muda, kanak-kanak, bayi dan sampailah pakaian dalam boleh didapati di sana.


https://www.aisyaismail.com/2021/05/patutlah-ramai-yang-membeli-di-pusat-pakaian-hari-hari.html


Ai ingat lagi semasa zaman belajar dulu, kalau nak cari baju untuk ke kelas Ai mesti akan pergi ke Pusat Pakaian Hari-Hari. Selain banyak pilihan yang menarik, harganya juga sangat berpatutan. Itu belum lagi bila Hari-Hari buat sale, memang murah sangat-sangat.



Hari raya pun selalu ada tawaran menarik. Ai tengok je dari luar sebab Ai memang tak akan pergi waktu nak raya sebab ramai orang membeli-belah kat situ. Ai pun tak tahu lah apa yang ramai sangat dekat Hari-Hari setiap kali nak raya.



Patutlah ramai yang membeli di Pusat Pakaian Hari-Hari

Tapi... hari tu Ai pergi juga sebab ramai kawan-kawan Ai yang pergi dan muat naik kemeriahan membeli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari. Siap dapat paket raya comel. Terus Ai ajak Coco. Nak tengok juga apa yang menarik sangat tu kan. 



Ai pergi di sebelah pagi. Sesudah kedai buka Ai dah ada kat dalam tu. Jadi tak ramai lah orang. Boleh memilih dengan penuh ketenangan di dalam tu.


https://www.aisyaismail.com/2021/05/patutlah-ramai-yang-membeli-di-pusat-pakaian-hari-hari.html

https://www.aisyaismail.com/2021/05/patutlah-ramai-yang-membeli-di-pusat-pakaian-hari-hari.html

https://www.aisyaismail.com/2021/05/patutlah-ramai-yang-membeli-di-pusat-pakaian-hari-hari.html


Macam Ai cakap tadi, harga di Pusat Pakaian Hari-Hari memang berbaloi-baloi. Baju-baju kurung tak sampai RM100 pun. Rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Tak cukup di tingkat bawah, di tingkat atas pula Ai pergi meronda. 



Koleksi Hari Raya 2021 di Pusat Pakaian Hari-Hari

Apa yang menariknya di Pusat Pakaian Hari-Hari, baju raya korang senang nak suai padankan dengan satu keluarga. Pada yang suka sedondon di pagi raya, memang sesuai sangat lah pergi cari baju raya di situ.


https://www.aisyaismail.com/2021/05/patutlah-ramai-yang-membeli-di-pusat-pakaian-hari-hari.html

https://www.aisyaismail.com/2021/05/patutlah-ramai-yang-membeli-di-pusat-pakaian-hari-hari.html

https://www.aisyaismail.com/2021/05/patutlah-ramai-yang-membeli-di-pusat-pakaian-hari-hari.html


Paket raya dan beg ungu percuma bermula 23 April 2021

Tadi Ai ada tulis tentang paket raya yang comel kan? Sumpah comel Ai tak tipu. Dengan setiap pembelian RM100 dan ke atas akan mendapat paket raya yang comel itu. Beli baju satu keluarga, memang dah lepas lah RM100 tu.


https://www.aisyaismail.com/2021/05/patutlah-ramai-yang-membeli-di-pusat-pakaian-hari-hari.html


Untuk mendapatkan beg ungu pula, korang kena berbelanja sebanyak RM200 dan ke atas. Paket raya pun dapat, beg ungu pun dapat. Beg ungu tu beg kitar semula. Lepas ni boleh guna balik untuk pergi beli barangan dapur. Tak payah lah nak bayar 20sen setiap kali nak dapatkan plastik. Bawa sendiri sahaja beg dari rumah.



85 cawangan di seluruh Malaysia

Pusat Pakaian Hari-Hari mempunyai 85 cawangan di seluruh Malaysia. Banyak kan? Pergi mana-mana memang senang nak jumpa Hari-Hari ni. Dalam tahun ini juga, Pusat Pakaian Hari-Hari akan dibuka di Klang, Kajang, Tampin, Bukit Mertajam dan Kedah.


https://www.aisyaismail.com/2021/05/patutlah-ramai-yang-membeli-di-pusat-pakaian-hari-hari.html


Pembelian secara online

Sekarang pakaian di Pusat Pakaian Hari-Hari sudah boleh dibeli secara atas talian. Menarik kan? Dah tak payah nak bersesak-sesak di kedai. Duduk je di rumah diam-diam dan beli lah secara atas talian. Lepas tu tunggu pakaian korang sampai di rumah. Pembelian boleh dibuat menerusi Shopee Hari-Hari atau melalui website www.ehari.com. Apa yang korang duduk lagi tu? Beli lah sekarang!






aisyaismail

19 comments:

  1. saya sudah shopping

    ReplyDelete
  2. Suka jugak shopping sebab murah tp kualiti kan. Berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Macam beli kat tempat lain juga tapi harga berbaloi.

      Delete
  3. wahh shopping sakanns.. 😅

    salam aidilfitri maaf zahir batin dari wak yg jauh dimata ye 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya wak. Maaf zaahir dan batin juga.

      Delete
  4. pegi hari-hari boleh hari-hari rambang mata.

    ReplyDelete
  5. kadang2 pegi jugak sni.. suka bli sluar tidor di Hari Hari

    jemput join GA di blog :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  6. Kat tempat akak takde tau, pusat pakaian hari-hari ni. Kena rentas daerah, kalau nak pergi.

    ReplyDelete
  7. mama la tu beli kat hari2 haha.. suka sgt paket raya tahun ni

    ReplyDelete
  8. comei nya angpau nya... semua ada kat situ, sekali gi je

    ReplyDelete
  9. 5-6 tahun lps baju raya sy beli kat sini je... dah laa murah byk pilihan pulak tu...

    ReplyDelete
  10. /s aisya nnt tlg respon ya:

    https://aniesandyou.blogspot.com/2021/05/terima-kasih-kawan-kawan-terima-kasih.html

    ReplyDelete
  11. Banyak gila pilihan kat pusat pakaian hari hari ni. Pernah pergi dulu. rambang mata nak pilih. Harga pun berpatutan. musim sekarang ni tak dapat lah nak shopping sakan cuci mata. huhu

    ReplyDelete
  12. kalau pergi sekarang ada banyak promosi tak ? hehee

    ReplyDelete
  13. besar mall hari2 kat situ..seronok dapat pilih2 beli baju raya hehee

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D