RESIPI MUDAH : SIZZLING RICE BERKORBAN APA SAJA

Tuesday 11 August 2020

RESIPI MUDAH : SIZZLING RICE BERKORBAN APA SAJA


Assalamualaikum and hye readers.



Siapa suka makan sizzling? Ai boleh katakan, ni adalah menu favourite ai kalau pergi ke food court Aeon atau Mid Valley. Tapi sizzling yee mee lah, bukan nasi. Tapi bila nak buat sendiri, susah pula nak cari yee mee. Jadi, ai tukarkan kepada nasi. Akhirnya jadilah Sizzling Rice Berkorban Apa Saja. Tetap sedap! Hahaha! Cara masak dia senang je. Cuma akhirnya korang pilih nak makan dengan yee mee atau nasi sahaja. Resipi ini untuk 5 orang makan.


https://www.aisyaismail.com/2020/08/resipi-mudah-sizzling-rice-berkorban-apa-saja.html


Bahan-bahan


1. Ayam dipotong kecil (ikut kuantiti yang diingini tapi jangan sampai penuh satu kuali)
2. 3 inci halia hiris kasar
3. 7 ulas besar bawang putih
4. 1 sudu teh lada hitam
5. 7 keping cili kering potong 2 atau 3
6. 3 cawan air
7. 5 sudu makan sos tiram
8. 4 sudu makan kicap pekat
9. 4 sudu makan kicap manis
10. 2 sudu teh serbuk lada hitam
11. 1 kiub ayam
12. 4 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air)
13. 1 sudu makan gula
14. Garam secukup rasa
15. Cendawan butang (ikut kuantiti yang diingini)
16. Sayur park choy (ikut kuantiti yang diingini)
17. 5 biji telur
18. Yee Mee / Nasi
19. 1/4 cawan minyak masak


Cara-cara


1. Tumbuk halia dan bawang putih. Lepas tu tumbuk bersama lada hitam. Jangan lumat sangat.
2. Panaskan minyak masak dan tumis halia, bawang putih, lada hitam bersama cili kering.
3. Sebelum bahan tumisan garing, masukkan ayam dan gaul sekali sampai masak sedikit.
4. Masukkan air. Kalau nak kuah lebih boleh tambah ikut sukatan korang. 
5. Bila kuah mendidih sikit, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, kiub pati ayam dan lada hitam. Kacau-kacau supaya kicap-kicap sebati dengan kuah tadi. Tunggu mendidih kali kedua.
6. Kecilkan api dan masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau supaya sebati. Fungsi tepung jagung ni untuk pekatkan kuah sizzling korang. Korang boleh lebihkan atau kurangkan mengikut kepekatan yang korang nak. Tapi jangan banyak sangat, nanti tepung jagung tu ganggu rasa kuah sizzling tu.
7. Masukkan gula dan garam dan kacau sedikit. Jangan guna bahan perasa sebab dah ada kiub pati ayam tadi.
8. Masukkan cendawan dan sayur park choy. Kacau-kacau supaya sebati. Bila dah mendidih boleh tutup api. 
9. Goreng telur mata separuh masak.
10. Siap untuk dihidang.


P/s : Sayur boleh guna sayur apa sahaja yang korang suka.



aisyaismail

28 comments:

  1. Nice...yang kalau banjir ini anak num 2 tu suka sangat. Mak nya tak suka banjir. Cukup lah sipi2 kena kuah. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Terus jadi berkorban apa saja ye.. yee mee biasanya ada di bahagian condiment kalau kat pasaraya.

    ReplyDelete
  3. Buat guna mee kuning biasa pun sedap juga Aisya.. Akak pernah buat guna mee kuning biasa je. sedap juga la..Sebab masa tu PKP tak boleh keluar cari Yee mee..Hehehh

    ReplyDelete
  4. akak biasa makan sizzling mee je, buat sendiri lagilah tak rajin hehehhe

    ReplyDelete
  5. Selalu sizzling ni makan kat foodcourt, nak buat sendiri takut tak jadi. Sebab dia kan selalu serve panas2 blup blup blup tu..ahh sedap!

    ReplyDelete
  6. Pergh tengok rupa macam sama.. Boleh cuba buat ni. Pernh makan rice dengan kuah ni.. Tq share resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat foodcourt boleh je request nak nasi.

      Delete
  7. wife kesayangan saya dah buat, die tak kasi saya kurus..memang sedap!

    ReplyDelete
  8. ni kalau shida mkn..kiranya pertama kali lah..blm pnh makan lg..kena try..

    ReplyDelete
  9. uuish nama sizzling dia.. berkorban apa saja..
    buat macam mana pun janjiii sodap dimakan kan..

    ReplyDelete
  10. uiiii sukanya sy tgk banjir2 mcm ni... barulah berselera nk mkn hehehe

    ReplyDelete
  11. Sedap juga sizzling rice. Biasa masak sizzling yee mee tu je :)

    ReplyDelete
  12. hehe.. nama resipi berkorban apa saja tu.. suka sizzling mee ke, nasi pun sedap

    ReplyDelete
  13. Boleh cuba masak nanti. hihi.yee mee mmmg sodap dimakan. nice resepi kak. :)

    ReplyDelete
  14. menu kegemaran mama tapi mama x penah masak.. boleh lah cuba nanti

    ReplyDelete
  15. selalu pegi kedai sizling je klu nak makan..thank you sharing resepi :)

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D