MOON LOVERS : SCARLET HEART RYEO - LEE JOON-GI, IU

Wednesday 5 August 2020

MOON LOVERS : SCARLET HEART RYEO - LEE JOON-GI, IU


Assalamualaikum and hye readers.



Drama bersiri Moon Lover : Scarlet Heart Ryeo telah disiarkan di televisyen pada Ogos 2016 sebanyak 20 episod. Drama ini telah diadaptasi daripada novel Cina yang bertajuk Bu Bu Jing Xin. Novel ini juga pernah diadaptasi oleh drama China. Walaupun tak berjaya meraih rating yang bagus di Korea Selatan, namun Moon Lover : Scarlet Heart Ryeo sangat popular di negara-negara luar.




Sinopsis Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo


Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo mengisahkan tentang Go Ha-jin (IU) yang cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak lemas di sebuah tasik. Ketika gerhana matahari yang tiba-tiba muncul, Go Ha-jin telah dibawa ke zaman Dinasti Goryeo. Go Ha-jin muncul di dalam kolam mandi putera-putera Dinasti Goryeo di tahun 941. Dia juga kini dikenali sebagai Hae Soo.


Pada awal kedatangan Hae Soo di zaman itu, Hae Soo menyukai Putera Wang-kook (Kang Ha-neul) yang juga dikenali sebagai Putera ke-8. Kelembutan dan keramahan Putera Wang-kook menarik hati Hae Soo. Kemudian Hae Soo bertemu pula dengan Putera Wang-so (Lee Joon-gi) yang juga dikenali sebagai Putera Ke-4. Pada mulanya Hae Soo sangat takutkan Putera Wang-so yang digelar 'wolf dog' kerana memiliki parut yang jelas di muka yang disembunyikan di sebalik topeng muka selain dikenali sebagai putera yang kejam dan sukar dijangka.


Sedikit demi sedikit Putera Wang-so berubah kerana Hae Soo yang tidak pernah takutkan parut mukanya seperti orang lain. Hae Soo yang tidak sukakan ketidakadilan menjadi orang pertama yang memahami kesakitan dan kesedihan Putera Wang-so sebagai putera yang terbuang kerana parut di mukanya dan bertekad untuk membantunya. Hae Soo telah mencipta foundation yang mampu menyorok parut Putera Wang-so. Lama-kelamaan, Hae Soo mula menyukai Putera Wang-So. 


Ulasan


Kalau tak silap ai, drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo ni ada 6 putera semuanya dan hampir semua putera sukakan Hae Soo termasuklah putera yang paling muda. Jalan cerita dia memang menarik cuma ai tak suka pengakhiran cerita. Mungkin drama ni akan jadi lebih baik kalau ada musim kedua iaitu sambungan hubungan Putera Wang-so dan Hae Soo di abad ke-20. Oh ya, ini satu-satunya drama Korea yang diadaptasi dari novel dan ai cari novelnya sebab nak tahu apa sambungan drama ini. Novel online je. Nanti-nati lah ai baca.


P/S : Drama Korea dan mati tak boleh dipisahkan.




aisyaismail

24 comments:

  1. Tu lah.. tertunggu-tunggu juga sambungan dia ke abad 20..
    Harapnya diorang buatlah..

    ReplyDelete
  2. dulu memang ada dengar2 akan ada musim ke dua. last2 senyap gitu je. tak tau la kot tu cuma cakap2 dari peminat drama ni ke atau dari penerbitnya.

    ReplyDelete
  3. hahaha tagline tu best..drma korea dan mati tak dapat dipisahkan

    ReplyDelete
  4. pasti anak2 abe kie akan menonton drama ini sbb mrka suka KPop n citer Korea..

    ReplyDelete
  5. wahh IU berlakon. Boleh tengok ni nanti.

    ReplyDelete
  6. citerrrrrr ni best kott sampai ati x dpt rating tinggi..
    hahaha.. bila la nak ade sambungan tah..

    ReplyDelete
  7. hebat hae soo cipta foundation era 941.huhu. best juga cite nie. tapi ending ada yang mati ke? GV belum pernah tonton cite ni lagi. huhu.

    ReplyDelete
  8. ooo adaptasi dari novel cina rupanya... jarang drama korea amik cerita dari luar melainkan ia betul2 best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cite ni ada sambungan kalau ikut versi cina tu.

      Delete
  9. siapa yg follow drama ni dulu dok mengharap ada sambungannya..huhu

    ReplyDelete
  10. macam best jer cerita ni.... tapi i tak tgk korean sngt uhuhuhu

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D