PUNCA-PUNCA KULIT KERING DAN CARA MENGATASINYA

Thursday 30 July 2020

PUNCA-PUNCA KULIT KERING DAN CARA MENGATASINYA


Assalamualaikum and hye readers.



Susah hati betul bila tengok cermin dan nampak kulit yang kering dan suram. Bila dah suram tu, memang akan kelihatan kusam dan tidak bermaya. Terus buat kurang keyakinan diri. Kacau betul! Lagi parah bila make up pun jadi bercapuk-capuk. Daripada nak cantik jadi pelik.

Punca-punca kulit kering, cara-cara mengatasi masalah kulit kering, kulit kering


Kulit kering juga salah satu punca timbulnya jeragat dan bintik hitam selain berjerawat. Jangan ingat kulit berminyak sahaja punca jerawat tau. Asalkan kulit tak sihat, memang jerawat, jeragat dan bintik hitam suka bermaustatin. Lepas tu nampak berusia. Pening.. pening..


Punca-punca kulit kering dan cara mengatasinya


Badan kekurangan air


Punca-punca kulit kering, cara-cara mengatasi masalah kulit kering, kulit kering


Selalu je kan kita dengar atau baca yang badan kita memerlukan air yang secukupnya. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kalau selalu duduk dalam penghawa dingin, minum lebih sikit. Jangan terlebih pula, nanti kembung perut rasa tak selesa.

Air yang korang minum tu dapat membantu melembab dan menyihatkan kulit. Ada banyak lagi khasiat lain minum air secukupnya. Minum lah banyak-banyak untuk kesihatan diri. Tapi pastikan air masak tau. Air manis-manis nanti dapat penyakit lain pula. Air berkafein juga penyebab kulit menjadi kering.


Penggunaan penghawa dingin


Kalau boleh elakkan lah guna penghawa dingin terlalu lama. Memang lah sejukkan korang, tapi sejuk tu juga membuatkan korang punya kulit menjadi kering. Kalau dah tak boleh nak elak sangat penggunaan penghawa dingin seperti bekerja di dalam pejabat atau pun cuaca yang panas, korang boleh lebihkan minum air masak.


Cuaca panas


Punca-punca kulit kering, cara-cara mengatasi masalah kulit kering, kulit kering


Cuaca yang panas juga salah satu punca kulit menjadi kering. Janganlah main panas. Duduk di tempat yang teduh agar kulit tak terdedah sangat dengan cahaya matahari. Biasakan diri dengan memakai sunblock. Bolehlah membantu kulit dari terdedah terus dari sinaran UV. Dah lah cuaca panas kulit jadi kering, guna penghawa dingin lagi bertambah kering. Aduh duh.. Tapi, jangan langsung tak kena matahari pula. Nanti penyakit lain pula datang menyinggah.


Pemilihan produk penjagaan kulit


Punca-punca kulit kering, cara-cara mengatasi masalah kulit kering, kulit kering


Salah-satu perkara yang kita sering terlepas pandang, betul ke produk yang kita pilih sesuai untuk kulit kita? Orang cadangkan yang ni, terus nak beli. Tengok iklan produk yang tu terus nak guna. Lepas tu guna secara konsisten sebab penjual kata kalau ada kesan sampingan tu tanda kulit dah bertidak-balas dengan kulit kita. Mungkin ada betulnya, tapi kalau dah berbulan-bulan dan ada yang bertahun masih macam tu juga, baik jangan teruskan. Cuba lah produk lain. Kalau ai pakai sesuatu produk dan timbul kegatalan, itu adalah petanda ai kena bertukar kepada produk lain.


Sekarang ni, ai cuba disiplin untuk minum air secukupnya. Tak ada dah minum dalam cawan, guna botol je terus. Senang sikit nak sukat kuantiti air yang ai minum. Dan takde masalah 'hari ni dah minum berapa gelas ea?'. Produk pun ai masih 'try and error'. Memang tak boleh pakai satu jenama je. Mesti nak campur-campur. Cuaca dan penghawa dingin, hurmm.... memang lambat lagi ai nak elakkan. Hahaha!




aisyaismail

24 comments:

  1. banyak manfaat untuk kulit kalau minum air kosong yg cukup :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. kulit kering sedap garu, pastu menyesal huhu

    ReplyDelete
  3. Minum air kosong memang bagus.
    Tapi tulah kurang manis. Hehe

    ReplyDelete
  4. betul tu, lagi satu kulit kita kurang kolagen juga sebab tu jadi kulit kering.

    ReplyDelete
  5. Setuju kak. semua faktor di atas mmg punca utama kulit kering. minum air kosong mmg banyak manfaat pada badan kita.

    ReplyDelete
  6. Cuaca dingin memang buat kulitku jadi kering. Tapi mau minum banyak airnya tak brasa.

    ReplyDelete
  7. Sebab tu akak tak suka aircond. Tangan muka terus jadi kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Tapi tak tahan cuaca panas. huhuhu

      Delete
  8. kulit selalu kering bahagian bawah mulut.. part lain tu agak oily
    jadi kena control.. yg kering kadang2 gatal2.. hurm..

    ReplyDelete
  9. tq sharing info..
    Kena rajinkan diri minum air kosong nie..

    ReplyDelete
  10. betul. kurang minum air, dok dalam air cond dengan cuaca betul betul buat kulit kering. sedang merasainya sekarang. keluar pakai sunscreen je. pakai bedak memang bercapuk nampak. huhu

    ReplyDelete
  11. Kunci utamanya AIR. Kita kena minum air yang cukup setiap hari.

    ReplyDelete
  12. Thanks info kak, jadi kena rajin² minum air ni

    ReplyDelete
  13. Thanks info kak, jadi kena rajin² minum air ni

    ReplyDelete
  14. tq sharing aisya..saya juga salah sorg mmpunyai kulit kering adekala bminyak..ikut suka je..tp makeup bcapuk yess..bencii huhuuuu

    ReplyDelete
  15. sy skrg tgh mengalaminya... cuaca skrg kejap panas kejap hujan... tambah plak keje dlm blk air cond...adehhh sabar je laaa

    ReplyDelete
  16. betul, macam mana product dipakai pun, air kosong juga membantu and sngt penting

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D