TAMAN LEMBAH BUKIT SUK SHAH ALAM - CANTIK DAN TAK RAMAI ORANG

Saturday 25 July 2020

TAMAN LEMBAH BUKIT SUK SHAH ALAM - CANTIK DAN TAK RAMAI ORANG


Assalamualaikum and hye readers.



Satu lagi taman tasik yang cantik dan terletak di Shah Alam. Orang Shah Alam mesti tahu tempat ni. Dekat tengah-tengah Shah Alam je. Tapi kalau korang tak biasa di Shah Alam, mesti korang baru tahu adanya Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam ni.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html


Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam


Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam ni terletak di Seksyen 5 Shah Alam. Betul-betul di sebelah Kompleks Mahkamah Shah Alam. Mungkin kerana jalan masuknya yang agak tersorok membuatkan taman ini tidak menjadi perhatian pengunjung.


Taman ini tidak sebesar Taman Tasik Shah Alam. Tapi tumbuhan yang menghijau di taman ini sangat mendamaikan mata yang memandang. Macam hutan kecil  di tengah bandaraya. Taman ni sangat sesuai untuk korang yang sukakan kehijauan pokok-pokok tapi malas nak ke Taman Botani Negara Shah Alam.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html


Sebelum ni ai pernah ke sini, ai masuk melalui jalan jambatan. Kali ni ai masuk ikut laluan kiri di sebelah tandas awam. Dari situ ai terus naik ke atas bukit. Baru ai perasan, besar rupanya taman SUK ni. Penat juga lah nak buat satu pusingan taman sebab kawasannya yang berbukit.


Di sebelah kiri kawasan berbukit tu ada 2 laluan menaiki bukit yang lebih tinggi. Laluan pertama adalah laluan bertangga. Kami langkau laluan tu sebab ai takut. Kiri kanan tangga tu macam dipenuhi pokok yang banyak sangat. Dan ai tak tahu apa yang ada di atas tu. Hahaha! Penakut!


Tugu Peringatan Negeri Selangor


Laluan kedua adalah laluan jalan bertar. Sama macam laluan-laluan yang lain. Yang ini ai berani. Sebab tak menakutkan. Hahaha! Gigih ai naik sampai atas. Nak tengok apa ada di puncak bukit tersebut. 


Jeng jeng jeng.... ada Tugu Peringatan Negeri Selangor. Tugu tersebut dibina untuk memperingati perajurit-perajurit dan pahlawan-pahlawan yang telah terkorban bagi menegakkan kedaulatan, kebebasan, kemerdekaan dan kemakmuran negeri Selangor Darul Ehsan.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html

https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html

https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html

https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html


Ini adalah kali pertama ai tiba di tugu tersebut. Hanya ai dan Encik Husband je yang berlegar-legar di kawasan tu bersama monyet-monyet yang berkeliaran. Pak cik guard pun ada, tapi sekejap je dah hilang. Pergi meronda lah tu. Tak lama lepas tu ada orang lain. Tempat tu sunyi dan bersih. Perlu berpakaian sopan dan dilarang berkelakuan sumbang di tugu tersebut.


Lepas dah pusing-pusing di tugu tu, ai turun balik ke bawah. Encik Husband ajak pula naik tangga yang kami langkau tadi. Beriya-iya dia nak tahu apa yang ada kat atas sana. Ai ikut je lah sebab ai pun nak tahu. Hahaha! Tapi baru naik separuh jalan, ai dah mengah. Tangga tersebut berakhir di sebelah banggunan SUK. Kalau korang jalan ke kanan, korang akan sampai ke Tugu Negeri Selangor tadi.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html


Selepas dah berpuas hati dah tahu apa yang ada kat atas tu, kami turun balik ke bawah. Masa nak turun ni ai dah tak takut sebab dah tahu ke mana arah tuju kami. Cuma berjaga-jaga je lah takut monyet keluar daripada kawasan pokok-pokok di kiri kanan tangga tersebut.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html


Ai sambung lagi beriadah di kawasan bawah taman tersebut. Cantik sangat Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam ni. Bagus juga tak ramai orang, tak adalah nak bersesak-sesak di situ. Maklum lah musim COVID-19 kan, ai ada masalah panik bila terlalu ramai berdekatan dengan ai. Tapi lepas pukul 6 baru lah ai nampak ramai yang mengunjungi taman tersebut. Kebanyakannya bawa anak-anak beriadah. Yang bawa kucing beriadah pun ada.


Kisah seram Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam


Nak tau cerita seram tak? Masa dah nak balik tu, ai lalu di tepi tasik. Tasik tu dipenuhi dengan pokok teratai. Tiba-tiba ai macam nampak kepala orang dalam tasik tu tapi ai tak pasti sebab ai tak pakai cermin mata. Makin dekat makin ai pasti tu kepala orang. Terus ai tanya pada Encik Husband 'awak-awak, tu orangkan?'. Habis je soalan tu, terus kepala tadi bergerak-gerak. Macam tau-tau ai tengah bercakap pasal dia. Dengan kuatnya ai tanya 'kenapa dia kat dalam tu?'. Hahaha! Orang rupanya. Ai ingatkan kepala orang je.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html


Ada abang kat situ ketawa tengok muka ai yang panik. Rupa-rupanya orang kat dalam tasik tu tengah cari drone dia yang jatuh ke dalam tasik tersebut. Terus rasa kesian. Kalau korang kat tempat dia, korang terjun tak ke dalam tasik untuk selamatkan drone korang? Masa ai balik, dah pukul 7 dia masih ada kat dalam tu. Harap-harap dia jumpa lah drone tu dan dia dan drone dalam keadaan yang baik. Kalau tak, sia-sia je dia terjun ke dalam tasik tu.


Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam cantik dan tak ramai orang


Oh ya, disebabkan Taman Lembah Bukit SUK ini dipenuhi dengan pepohon, maka banyak lah nyamuk di situ. Nyamuk memang suka kawasan yang lembab macam tu. Ada air ada pokok, ngam. Mungkin sebab tu juga tak ramai yang suka ke situ. Kalau kulit korang jenis yang sensitif dengan nyamuk, pakai lah losyen atau krim siap-siap dari rumah.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html

https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html

https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html



Ada juga kawasan yang tak lembab. Pilihan di tangan korang nak beriadah di kawasan yang mana satu. Kalau tanya ai, ai suka kedua-duanya. Sebab semua tempat di Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam ni sangat cantik




aisyaismail

21 comments:

  1. Rajin nya awak ni jogging, bagus la, teringin nak rajin tapi malas huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun tak konsisten lagi. Tengok lah sampai bila semangat tu ada. Huhuhu

      Delete
  2. Lingkungannya asri, nyaman buat joging sekalian berlibur 🙂

    ReplyDelete
  3. ye, baru tahu ni ha. kalau dulu tahu ada taman secantik ni masa study uitm SA dulu mesti dah pergi sini dah.huhu

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak ke shah alam. nice place to exercise :)

    ReplyDelete
  5. Haritu ade vent suka2 buat kat sini.. Tu la firstime tau ad etempat cantik mcmn ni.. Tapi tak dpt explore masa tu.. Pasni bomeh explore lagi

    ReplyDelete
  6. x ramai org n persekitaran terjaga. disyorkan utk ke sini....

    ReplyDelete
  7. tempat yang sunyi dan damai..

    bagsus juga sebagai tempat melepaskan ketegangan fikiran

    ReplyDelete
  8. Hahaha.. menyeramkan..
    Tambah bila tak pakai spek, hahaha..
    Cantiklah taman tu..

    ReplyDelete
  9. Bestnya tempat tuuu.. tapi jauh pula di Shah Alam. Tenang je tempatnya dan bagus la tak ramai orang.

    Rajinnya jogging.. Cik TK pun nak jogging, tapi penyakit malas selalu menyerang.. haha

    Ingat betul2 ada benda seram tadi.. haha

    ReplyDelete
  10. bestnya klu ada geng yg suka ada activiti riadah ni, i suka tapi kena ada kwan...

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D