Ingat tak entri Ai pasal Taman Botani Negara Shah Alam, cantik tapi banyak tempat yang tak terjaga dah? Kalau tak ingat atau belum baca, korang boleh baca di sini. Sebelum PKPB haritu Ai pergi lagi sekali. Kalau sebelum-sebelum ni ai selalu explore laluan sebelah kanan, kali ni Ai explore yang di sebelah kiri pula.
Mana satu pilihan hati?
Ai pernah je ikut laluan sebelah kiri ni. Tapi jarang sangat. Dan ini adalah kali pertama Ai masuk sampai ke penghujung jalan. Kalau nak dibandingkan kedua-dua laluan ni, Ai rasa laluan di sebelah kiri ni lebih penat dan lebih jauh. Yeke? Rasanya lah. Hahaha!
Masa nak buat keputusan laluan tu payah sangat. Rasa macam nak naik flying fox, tapi kalau dah ikut sebelah kiri, agak jauh nak ke tempat flying fox tu. Memang tak mungkin lah Ai nak tawaf satu Taman Botani Negara Shah Alam tu. Mahu sampai ke petang Ai berkampung kat dalam tu nanti. Kalau berbasikal masih boleh dipertimbangkan lagi. Tapi Ai jalan kaki je. Nanti lah ada rezeki lebih Ai dan Coco beli lah basikal sorang satu.
Taman buah-buahan tapi tak ada buah
Dah suku perjalanan, baru kami tengok peta yang disediakan. Banyak peta di sepanjang perjalanan tu. Kami nak tahu apa yang menarik di sepanjang laluan tersebut. Jadi kami tahu lah sampai mana kami nak berjalan. Ada taman buah-buahan! Ai tak pernah tahu pun adanya taman buah-buahan di situ. Terus rasa teruja.
Tapi bila sampai kat taman tu, Ai rasa kecewa sikit. Dalam perjalanan tu banyak taman-taman yang sepatutnya cantik dah jadi menakutkan. Ada taman paku-pakis kalau tak silap. Penuh dengan rumput-rumput tinggi. Jambatan pun dah rosak. Ai percaya, taman tu mesti cantik kalau dijaga dengan baik.
Tapak Skytrex yang dilanda ribut pun dah menjadi usang. Tapi ai faham, tempat besar macam tu makan masa untuk dinaiktaraf semula. Taman buah-buahan pun hanya ada pokok-pokok tanpa buah. Itu yang paling kecewa! Hahaha! Kalau ada buah pun, ciku yang belum masak dan kelapa yang tinggi. Taman buah-buahan tu ai rasa untuk buat kajian je. Sebab tak besar pun kawasan tu. Ingatkan adalah orang jual buah sekali kat situ. Hahaha!
Taman kaktus gersang di Taman Botani Negara Shah Alam
Paling best adalah taman kaktus. Tolong jangan berharap terlalu tinggi ya semua. Taman Kaktus tu pun dah menjadi gersang. Tak ada pun pokok kaktus. Ada lah sebatang dua je. Jadi lah dripada tak ada langsung kan. Tapi Ai tak pernah sampai kat situ. Jadi, taman kaktus tu jadi taman yang paling menarik yang ada. Batu-batu yang merah dia mendamaikan mata ni. Pada Ai, cantik lah walaupun gersang.
Sepatutnya seminggu dua selepas Ai pergi ke Taman Kaktus tu, Ai dan Coco dah rancang nak panjat Bukit Sapu Tangan sekali lagi. Nak pergi beriadah sekeluarga. Tapi apa kan daya, tiba-tiba Selangor kena PKPB. Hiking kat rumah je lah.
aisyaismail