KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BERKAHWIN DI MUSIM COVID-19

Friday 26 March 2021

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BERKAHWIN DI MUSIM COVID-19


 Assalamualaikum and hye readers.




Setelah setahun lebih Ai kuarantinkan diri sendiri daripada menghadiri majlis perkahwinan, Ahad lepas Ai pergi juga ke majlis kahwin yang diadakan di D Tahta I-City, Shah Alam. Sepupu sendiri kahwin dan dalam Selangor, memang tak ada alasan nak kata tidak. Hahaha! Lagipun Ai teringin nak makan Ayam Masak Merah orang kahwin. Tapi hampa, Ayam Masak Merah bukan lagi menu utama di kenduri kahwin.


https://www.aisyaismail.com/2021/03/kelebihan-dan-kekurangan-berkahwin-di-musim-covid-19.html



Kelebihan dan kekurangan berkahwin di musim COVID 19


Kelebihan

Jimat

Ai selalu dengar orang cakap, "kalau nak kahwin, sekarang lah masanya. Jimat! Tak payah buat majlis besar-besaran". Dan ya, Ai tak nafikan perkara itu. Buat majlis kecil-kecilan dan panggil saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sahaja. Nikah dan terus ambil gambar kenangan di pelamin mini sambil-sambil tetamu menjamu selera. Kelebihan pada yang dah lama mengumpul duit kahwin. Banyak lebihan duit korang selepas berkahwin.


Tiada istilah majlis siapa lebih hebat

Haaa.. korang jangan tak tau, ada je jenis manusia yang suka membandingkan majlis siapa yang lebih hebat. Buat masa ni, nak buat majlis yang gah pun kena fikir banyak kali dulu. Kalau tak ada orang datang nanti kan dah membazir. Lebih baik guna langkah selamat dengan buat majlis kecil-kecilan namun tetap meriah dengan kehadiran sebilangan kecil tetamu. Sekaligus tradisi membanding-bandingkan majlis berkurangan.


Tidak perlu menunggu tempat duduk kosong

Sebelum ni makan di kenduri kahwin tak boleh lama-lama. Ramai lagi yang nak duduk makan. Kena kesiankan orang lain yang belum dapat duduk barulah orang akan kesiankan kita pula. Selalunya sebelum dapat duduk mesti jadi patung cendana sebelum dapat tempat kosong. Bila ada tetamu yang bangun, cepat-cepat dapatkan tempat itu sebab takut orang lain ambil. Siapa cepat dia dapat. Untunglah jadi tetamu VIP. Bukan setakat dah ada tempat khas untuk mereka. Tuan rumah siap iring sampai ke meja makan lagi. 


Tidak perlu baratur untuk mengambil makanan

Ini yang paling Ai malas kalau bila ke kenduri kahwin. Nak makan dengan beratur memang tak boleh dipisahkan. Kalau barisan tak panjang tak apa, kalau dapat yang kena beratur panjang mahu pitam kebuluran tunggu giliran. Belum lagi yang hanya ada 1 sahaja stesen buffet. Pitam lagi sekali. Lebih-lebih lagi kalau datang di waktu kemuncak. Jangan lah buat perangai biarkan perut kosong dengan niat nak makan banyak di kenduri kahwin. Takut korang dapat kejutan tak dapat makan pula. Beruntung lagi sekali pada tetamu VIP. Makanan siap dihidang di atas meja. 


Ada pilihan untuk tidak pergi

Kelebihan ini ada pada mereka yang tidak suka menghadirkan diri ke kenduri kahwin kerana korang ada pilihan untuk tidak pergi. Siapa yang nak marah? Orang ramai sedia maklum ramai yang belum bersedia untuk menghadirkan diri di tempat-tempat yang ramai orang. Tapi jangan lah korang buat dekat keluarga atau rakan-rakan yang rapat. Tak baik! Nanti korang kahwin atau anak korang ke, tak ada siapa yang nak datang. Jangan buat macam tu ok.


https://www.aisyaismail.com/2021/03/kelebihan-dan-kekurangan-berkahwin-di-musim-covid-19.html



Kekurangan

Tiada majlis idaman

Setiap orang ada majlis yang diidam-idamkan. Ada yang suka bersederhana dan ada juga yang suka besar-besaran. Kelebihan adalah kepada mereka yang memang nak majlis kahwin yang sederhana. Pada mereka yang nak majlis gilang-gemilang, korang ada 2 pilihan. Sama ada koorang nak tunda majlis atau buat je apa yang boleh. Tapi kalau tunda pun sampai bila? Kita tak tahu bila berakhirnya COVID-19 ini.


Sentiasa berjaga-jaga

Segala-galanya terbatas dan kena ikut SOP. Nak buka topeng muka masa makan pun ragu-ragu dan kena tengok kiri dan kanan dahulu. Pada hal tak buat apa-apa kesalahan pun. Rasa tak yakin tu tetap ada. Ye laa, takut juga kalau tiba-tiba dapat je surat saman. Terus nangis tak berlagu. Belum lagi masa nak ambil gambar. Tak boleh ambil ramai-ramai sebab kena jaga jarak sampai tak muat semua orang nak masuk dalam satu gambar. 


Tetamu yang jauh tidak dapat hadir

Bila meraikan sesuatu yang penting, sudah tentu kita mahukan semua orang-orang yang kita sayangi untuk sama-sama meraikannya. Selalunya bila ada majlis perkahwinan lah baru keluarga yang dekat dan yang jauh dapat berkumpul. Tapi sekarang tak payah cerita lah yang dari luar negara, keluarga dalam negara pun tak dapat nak sama-sama meraikan hari yang bahagia kita. 


Tiada riuh-rendah kenduri kahwin

Perkara yang Ai paling rindui semasa kenduri kahwin selain Ayam Masak Merah adalah riuh-rendah majlis itu sendiri. Sayu hati bila majlis agak sunyi tanpa kehadiran ramai tetamu. Tiada lagi kemeriahan dengan gosip-gosip semasa dan tiada lagi berkumpul ramai-ramai di satu meja. Kita buat hal kita mereka buat hal mereka.


https://www.aisyaismail.com/2021/03/kelebihan-dan-kekurangan-berkahwin-di-musim-covid-19.html



Sejujurnya kalau korang tanya pada Ai lebih suka majlis perkahwinan sebelum atau semasa COVID-19, Ai akan pilih sebelum. Ai memang nak semula kemeriahan dan keriuhan kenduri kahwin itu. Nak jumpa mereka yang dah lama Ai tak jumpa. Oh, rindunya suasana tu.





aisyaismail

20 comments:

  1. lamanya Ai berpantang tak ke majlis kahwin...
    ye betul ada kekurangan dan kelebihan bt majlis di musim PKP nih, memang sangat jimat bab duit... cuma itulah nak jemput orang ramai-ramai dan saudara mara yang jauh agak susah

    ReplyDelete
  2. Selalu datang awal ke majlis kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas datang awal sangat pengantin lom sampai.

      Delete
  3. sepanjang covid ni sha pernah gi majlis kahwin sekali je, tu pun kawan kahwin dan takda majlis puj sebenarnya 😂 mmg risau gila takut apa apa kan hahaha

    ReplyDelete
  4. rindu bermacam2 kuih muih..eskem..cenol..side2 dish kt kenduri..

    ReplyDelete
  5. Bagi shida..shida suka kedua-duanya..sebab tu ada baik dan buruk kan AI :)

    ReplyDelete
  6. musim covid ni baru satu majlis rabia pergi. tapi pakai mask masa pergi tu.

    ReplyDelete
  7. Betul banyak baiknya majlis masa covid sebab malas nak pergi hahaha

    ReplyDelete
  8. Memang ada pros n cons kan. Tang jimat tu best. Duit tu boleh simpan sebab zaman pandemik ni takut jugak ekonomi tak tentu. As tetamu, bagus jugak kenduri tak ramai orang, jauh dari makcik bawang

    ReplyDelete
  9. wahh sonoknyer nak kawen., ;p

    ReplyDelete
  10. Anak buah saya ada melangsungkan perkahwinan pada PKPB hari tu.. Meriahlah juga. Nak kata kurang persiapan tak juga, banyak juga khemah. Tapi jumlah jemputan tak le ramai sangat. Mana yang dekat² je.

    ReplyDelete
  11. kenduri kawen merata-rata skrg ni. walaupun tak attend kenduri kawan harap hadiah yg dikirim tu dh jd pengubat.

    ReplyDelete
  12. betul ada kelebihan dan kekurangannya. mungkin sblm ni kita membazir utk majlis sehari, tp di zaman covid ni kita belajar utk hidup bersederhana... yg penting benda wajib kena lps hehehe

    ReplyDelete
  13. ada pros and cons dia. Majlis masa Covid ni memang jimat dan mudah persiapan kahwin. Cuma bagi tetamu tu lah kena ikut SOP.

    ReplyDelete
  14. Sygnya kenduri time covid ni pun tak berani nk attend bila dh ada anak ni.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D