MUSLIM PRO - APLIKASI MUDAH ALIH UNTUK UMAT ISLAM

Monday 5 July 2021

MUSLIM PRO - APLIKASI MUDAH ALIH UNTUK UMAT ISLAM


 Assalamualaikum and hye readers.




Muslim Pro aplikasi mudah alih untuk umat Islam | Muslim Pro bukan lah aplikasi yang baru wujud. Ai percaya, ramai yang dah sedia muat turun aplikasi ini di dalam telefon pintar masing-masing. Cepat periksa telefon masing-masing sekarang, kalau masih belum muat-turun, muat turun lah sekarang sebab ada macam-macam ciri Islamik yang korang mesti perlukan dalam kehidupan seharian.


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html




Apa itu aplikasi Muslim Pro?


Muslim pro adalah aplikasi mudah alih untuk umat Islam yang menawarkan ciri-ciri keagamaan, gaya hidup dan komuniti yang komprehensif. Muslim Pro bermula dengan menyediakan waktu solat yang tepat. Seiring berjalannya waktu, Muslim Pro telah berkembang dan telah dimuat turun oleh lebih daripada 100 juta pengguna daripada lebih 200 negara yang merangkumi pelbagai peringkat umur. 



Antara ciri-ciri yang ada di dalam aplikasi Muslim Pro seperti Azan, kompas arah Qiblat, doa harian, 99 nama Allah, kalendar hijrah, kiraan zakat dan macam-macam lagi. 


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html


Jika hendak mengaji, aplikasi Muslim Pro juga menyediakan ciri Al-Quran audio dengan lengkap yang mempunyai lebih daripada 40 terjemahan bahasa. Aplikasi ini juga membolehkan korang ntuk memilih surah atau  juz yang ingin dibaca. Dan yang terbaru, Muslim Pro telah mengeluarkan ciri Khatam Al-Quran.



Ciri-ciri utama di dalam aplikasi Muslim Pro


Waktu Solat


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html


Musim Pro menjadi aplikasi rujukan untuk berjuta pengguna bagi mendapatkan waktu solat yang tepat. Aplikasi ini juga disahkan untuk bandar-bandar besar di seluruh dunia.



Al-Quran Digital


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html


Nak membaca Al-Quran atau nak mendengar bacaan Al-Quran? Kedua-dua ciri ini ada di dalam aplikasi Muslim Pro. Muslim Pro menyediakan Al-Quran yang lengkap dengan tulisan Arab, rumi, terjemahan serta bacaan audio dari pembaca yang berbeza-beza.  Korang boleh mendengar dan membaca bagi memastikan setiap bacaan korang adalah betul.



Arah Qiblat


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html


Tidak kira di mana pun korang berada, Muslim Pro juga menyediakan kompas arah Qiblat untuk memastikan arah Qiblat korang adalah betul untuk menunaikan solat.



Lebih daripada 40 terjemahan


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html


Dengan lebih daripada 40 terjemahan ayat Al-Quran, korang boleh membaca dan memahami Al-Quran dalamm bahasa pilihan korang. Muslim Pro juga menyediakan Tajweed berwarna untuk membantu memudahkan dan lebih memahami ketika membaca Al-Quran.



Doa Harian

Terdapat banyak doa-doa harian di dalam aplikasi Muslim Pro. Korang cari je doa pilihan korang di ruangan 'search'. Tak perlu lagi nak Google doa setiap kali nak berdoa.



Khatam Al-Quran dengan aplikasi Muslim Pro


Pada bulan Ramadan yang lepas, Muslim Pro telah memperkenalkan ciri aplikasi terbaru untuk mendorong umat Islam khatam Al-Quran selama 30 hari sepanjang bulan Ramadan. Pengguna boleh menggunakan ciri ini secara berseorangan mahupun berkumpulan. 


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html


Dah tak perlu nak membaca Al-Quran berseorangan di rumah kerana melalui aplikasi ini, korang boleh membina komuniti untuk membaca bersama setiap hari dari jarak jauh. Lencana khatam akan diberikan seletah korang menyelesaikan bacaan. Pada yang suka berkongsi di media sosial, korang boleh lah kongsikan pencapaian korang untuk menggalakan rakan-rakan lain untuk khatam bersama.



Korang boleh memilih untuk membaca Al-Quran menerusi aplikasi ini ataupun dengan Al-Quran fizikal. Setiap kali selesai bacaan korang hanya perlu tandakan di dalam aplikasi. Ramai juga Ai nampak rakan-rakan Ai yang berkongsi menggunakan aplikasi ini untuk khatam Al-Quran di bulan Ramadan yang lepas. Sejuk hati melihat perkongsian yang baik di media sosial. 



Muslim Pro aplikasi mudah alih untuk umat Islam


Sebagai salah seorang pengguna aplikasi Muslim Pro, Ai boleh katakan aplikasi ini serba lengkap dan mesra pengguna. Ai mula menggunakan aplikasi ini untuk memastikan waktu solat dan arah Qiblat Ai betul setiap kali berada di tempat yang Ai tak biasa. Ianya sangat-sangat membantu.


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html



Ai tak nafikan, untuk bacaan Al-Quran Ai lebih selesa dengan Al-Quran fizikal. Tapi dengan adanya aplikasi Muslim Pro, Ai boleh membaca Al-Quran di mana-mana sahaja bila Ai terasa nak membaca Al-Quran. Ai juga boleh mencari dan membaca doa dengan mudah dan cepat.


Baca juga: Sedekah subuh

Baca juga: Amalan zikir anak menghadapi peperiksaan


Muslim Pro memang sangat-sangat membantu. Kalau korang belum muat turun aplikasi ini, muat turun lah sekarang. Untuk ifo lebih lanjut, korang boleh layari https://www.muslimpro.com/.


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html






aisyaismail

37 comments:

  1. Bestnya pakai Muslim Pro ini sebab ianya mengingatkan saya masuknya waktu dan bacaan harian sebagai panduan kan.
    Kalau ke luar negara, senang nak cari kiblat dan masa juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, senang pergi oversea sebab x terhad dalam Malaysia sahaja.

      Delete
  2. Apps macam ni memang sangat membantu. Terima kasih Ai, share info ni :)

    ReplyDelete
  3. Oh wow.......this is a good app. I need to download it on my phone and iPad. Thank you for sharing this information. Good one!

    ReplyDelete
  4. Saya pakai app The Noor dari Naelafor. Muslim Pro ni tak pernah guna lagi. Manfaat guna app macam ni sebabnya semua all in one. Nak solat senang,nak mengaji pun mudah.

    ReplyDelete
  5. Aps ni menariknya sebab kalau instal dia boleh beritahu arah kiblat kita. Ok sis kena instal jugak la. Selain daripada tu ada quran digital pulak. Ciri2 yang menarik ni!

    ReplyDelete
  6. bagus aplikasi muslim pro ni. lengkap dengan waktu solat dan ayat alquran. senang juga nak bawa travel..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kalau travel senang nak guna. Make sure hp hidup and ada wifi je.

      Delete
  7. Aplikasi Muslim Pro ni bagus. Suka dengan apps yang straight forward camni. Guna pada bila-bila masa. Selamat menggunakannya!

    ReplyDelete
  8. betul tu memang mudah sangat guna aplikasi muslim pro, ada pelbagai feature untuk kita guna

    ReplyDelete
  9. Bagus app seperti ni memandangkan semua dah banyak bergantung kepada teknologi..

    ReplyDelete
  10. Muslim pro ni mmg bagus.. pernah tgk org guna.. at least kita diberi panduan harian kan

    ReplyDelete
  11. senang la apps ni.. sume ade!

    ReplyDelete
  12. Bagus Aplikasi Muslim Pro ni. Selain dari ada quran digital ada macam macam feature menarik dan bermanfaat untuk kita semua

    ReplyDelete
  13. Serba lengkap ya Muslim Pro ni. Banyak fitur dalam satu aplikasi.

    ReplyDelete
  14. Dulu install lepas tu uninstall lepas ada isu , ni mugkin sekarang dah ok. Nanti nak install baliklah sebab suka dengan pelbagai fungsi yang ada dalam satu app.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai baru install balik ni. Sebab dah tak dengar isu tu.

      Delete
  15. Sebelum lelain semua kuar apps, memang Sis guna apps ni laa.. lepaskan tu ada isu, pi unintsall plak, now guna yang Lofar tu.. mmg bagus, semua dalam satu apps kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai guna dua-dua sis. Memang sejenis suka compare.

      Delete
  16. haritu khai dah download muslim pro ni tapi lepas isu tu terus delete. lepas baca ni insyallah boleh download balik lagipun memang berguna teringt dlu masa gi taiwan sorng2 memang khai refer sini je

    ReplyDelete
  17. Bagus juga la ada app macam ni kan. Siap boleh create community bah. Boleh recommend ni kat my friend juga la...

    ReplyDelete
  18. Bagus kan ada app macam ni, banyak fungsi dan user-friendly also, will share with my Muslim friends

    ReplyDelete
  19. suka tau apps ni..lagi lagi bila boleh buat group khatam

    ReplyDelete
  20. Mudah bila ada apps mcm ni nk menunaikan kewajipan dimana saja pun senang

    ReplyDelete
  21. dulu sy download apps ni tp lps kontroversi tu, sy stop trs��

    ReplyDelete
  22. sampai skrg duk guna.. mmg byk manfaat

    ReplyDelete
  23. hans memang suka aplikasi nih
    dah bertahun guna
    sangat membantu

    ReplyDelete
  24. Makin banyak features apps muslim pro ni. Bagus!

    ReplyDelete
  25. bagus apps ni.. memudahkan smua umat islam..

    ReplyDelete
  26. rasa mcm best pula muslim pro ni.. boleh try la nanti

    ReplyDelete
  27. Tak pernah guna lg muslim pro ni. Nampak mudah digunakan dan ada pelbagai bahasa! Wow

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D