Taksir Zakat Sekarang Dan Tebus Baucar!

Wednesday 13 July 2022

Taksir Zakat Sekarang Dan Tebus Baucar!


 Assalamualaikum and hye readers.




Taksir zakat sekarang dan tebus baucar! Zakat apa pula ni? Hari raya kan dah lepas, kenapa masih nak kena tunaikan zakat lagi? Haaa... kalau ada yang tertanya-tanya macam ni, korang kena banyakkan belajar lagi tentang zakat. 


https://www.aisyaismail.com/2022/07/taksir-zakat-sekarang-dan-tebus-baucar.html



Zakat ni bukan setakat Zakat Fitrah je tau. Zakat Harta juga wajib ditunaikan bagi mereka yang memenuhi syarat untuk menunaikan zakat. Dan di bawah Zakat Harta ini, banyak lagi pecahan zakat yang korang kena ambil tahu. Mana lah tahu, korang memang dah lepas syarat wajib untuk tunaikan Zakat Harta, disebabkan tak tahu yang korang kena tunaikan terus tak menjalankan kewajipan sebagai seorang umat Islam.



Jenis-jenis Zakat Harta

Macam Ai cakap tadi, di bawah Zakat Harta ada banyak pecahan zakat yang korang kena tahu. Bukan setakat tahu je tau, kena tunaikan juga. Bila dah tahu, jangan sesekali buat-buat tak tahu.

  1. Zakat Pendapatan
  2. Zakat Perniagaan
  3. Zakat Wang Simpanan
  4. Zakat Pelaburan
  5. Zakat KWSP
  6. Zakat Emas dan Perak
  7. Zakat Takaful
  8. Zakat Padi



Kaedah pembayaran zakat

https://www.aisyaismail.com/2022/07/taksir-zakat-sekarang-dan-tebus-baucar.html


Zaman serba mudah sekarang, dah tak ada lagi alasan susah nak tunaikan zakat. Dulu mungkin boleh lah nak bagi alasan tak ada masa nak pergi ke Lembaga Zakat Selangor, jauh lah, kerja lah dan bermacam-macam 'lah' lagi ada untuk cipta alasan. Sekarang ni, tunaikan je zakat melalui online. Lebih mudah dan selamat.



E-Zakat Pay adalah kaedah pembayaran zakat secara online. Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada semua pengguna yang mempunyai akaun simpanan atau semasa di bank-bank yang terlibat sebelum boleh membuat pembayaran. Korang hanya perlu layari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my dan klik pada pembayaran E-Zakat Pay untuk membayar zakat.



Selain pembayaran secara online, ada banyak lagi cara untuk korang nak bayar zakat ni. Kalau korang tak suka bayar secara online, korang pilih je cara-cara lain seperti potongan gaji, pergi ke cawangan Lembaga Zakat Selangor, pergi ke kaunter bank dan beberapa cara lain lagi.



Maklumat permohonan agihan zakat

Setiap permohonan zakat akan dinilai kelayakannya melalui kadar Had Kifayah yang disediakan. Sekiranya kelayakan pemohon melebihi Had Kifayah, amil akan mengambil kira kesusahan lain bagi pemohon untuk dipertimbangkan. Had Kifayah yang telah ditetapkan adalah seperti berikut.

  1. Status pekerjaan pemohon sama ada tetap atau sementara
  2. Pemohon atau ahli keluarga pemohon menghadapi masalah kesihatan kronik, sakit yang memerlukan rawatan yang berterusan atau kecacatan anggota yang menghalang daripada bekerja secara aktif.
  3. Pemohon berumur lanjut atau tidak berupaya untuk bekerja
  4. Pemohon yang menanggung jumlah anak yang ramai
  5. Ibu bekerja atau bapa tunggal yang memerlukan tambahan kos penjagaan anak-anak semasa bekerja.
  6. Lain-lain kesusahan yang dikenalpasti

https://www.aisyaismail.com/2022/07/taksir-zakat-sekarang-dan-tebus-baucar.html


Pengiraan pendapatan adalah termasuk pendapatan isi rumah, bukan hanya pendapatan pemohon semata-mata. Amil juga akan mengambil kira keselesaan pemohon seperti pemakaian telefon bimbit, kad kredit dan sebagainya. Siasatan akan dijalankan ke atas setiap permohonan yang diterima.


Bantuan zakat yang sering dipohon oleh golongan asnaf

  1. Bantuan perubatan
  2. Bantuan sewa rumah
  3. Bantuan badan dan persatuan
  4. Bantuan penerapan nilai Islam
  5. Bantuan yuran sekolah
  6. Bantuan hutang
  7. Bantuan kewangan bulanan
  8. Bantuan makanan bulanan
  9. Bantuan bina dan baik pulih rumah

Taksir zakat sekarang dan tebus baucar!

https://www.aisyaismail.com/2022/07/taksir-zakat-sekarang-dan-tebus-baucar.html


Haa dah baca panjang lebar tentang zakat kan? Sekarang jom taksir zakat dan tebus baucar korang! Mudah je! Korang hanya perlu muat turun aplikasi "ZakatSelangor" di App Store atau di Play Store. Kemudian daftar dan log masuk ke akaun anda.


Dah? Gunakan fungsi "Taksir" di dalam aplikasi ZakatSelangor, buat taksiran jenis-jens zakat harta dan "Simpan Taksir Zakat". Selepas itu korang dah boleh tebus baucar korang di cawangan Lembaga Zakat Selangor yang berhampiran beserta taksiran yang korang dah buat tadi. Selagi stok masih ada tau! Dah taksir zakat nak buat apa lagi? Tunaikanlah zakat korang dan menangi hadiah yang menarik.

https://www.aisyaismail.com/2022/07/taksir-zakat-sekarang-dan-tebus-baucar.html


Oh ya! Promosi ini telah mengikut garis panduan syariah penganjuran peraduan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor. Tak ada istilah haram atau perjudian sepanjang kempen ini.


Kenapa adanya Bulan Taksir Zakat ni?

Bulan Taksir Zakat ini dianjurkan untuk 
  1. Mendidik dan mengajak seluruh umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat
  2. Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta
  3. Membentuk sentimen unruk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun
  4. Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat
  5. Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.

Haaa... macam mana, dah faham apa itu taksir zakat dan apa objektif bulan taksir zakat ini dianjurkan? Apa tunggu lagi? Jom taksir zakat, bayar jumlah tepat dan hidup lebih berkat! Untuk info lanjut, layari https://jom.zakatselangor.com.my.




aisyaismail

No comments:

Post a Comment

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D