Main Game Percuma Di Solitaire.org

Wednesday 11 January 2023

Main Game Percuma Di Solitaire.org


 Assalamualaikum and hye reader.




Main Game Percuma Di Solitaire.org | Masa kecil dulu pernah tak anda main game menggunakan komputer? Ai masih ingat lagi, zaman tu siapa yang ada komputer di rumah dah kira sangat power lah. Dalam komputer tu pula dah tersedia beberapa jenis games. 



Masa mula-mula rumah Ai ada komputer, memang kami adik-beradik gunakan untuk buat kerja sekolah. Bila dah pandai buka tutup sendiri komputer tu, mulalah berebut-rebut nak guna. Bukan untuk buat kerja sekolah pun, tapi untuk main games. Salah satu game yang Ai suka main pada waktu tu adalah game Solitaire.



https://www.aisyaismail.com/2023/01/main-game-percuma-di-solitaireorg.html



Game rare masa kini

Zaman semakin maju dengan teknologi terkini. Komputer zaman tu pun dah tak relevan di zaman sekarang. Tapi boleh jadi barang antik tau! Kalau dulu Ai tahu barangan lama boleh jadi bernilai zaman sekarang, mesti Ai simpan bawah katil komputer tersebut. Hahaha! Game Solitaire pun dah jadi game yang rare untuk Ai dapat main.



Bila semakin dewasa dan ada duit sendiri, Ai mula berjinak-jinak beli telefon sendiri. Daripada skrin hitam putih, hingga dah pakai telefon skrin penuh. Teknologi semakin canggih. Kalau dulu main game di komputer, sekarang muat turunnya dalam telefon bimbit. Segalanya kan di hujung jari. Tapi rasa tak puas tau main game Solitaire dalam telefon yang kecil. Atau Ai yang tak boleh move on dengan komputer zaman sekolah dulu?



Main game percuma di solitaire.org

Baru-baru ni Ai baru tahu, Solitaire pun boleh main melalui website solitaire.org. Tak perlu download pun. Sebagai pemain Solitaire tegar, mesti lah Ai seronok. Mengimbau kenangan zaman sekolah sangat. Dan yang paling penting boleh bermain menggunakan skrin telefon, tablet, laptop mahupun monitor. Atau dalam erti kata lain, boleh main di mana sahaja anda berada.



Dalam website solitaire.org bukan hanya ada game Solitaire je. Macam-macam game lain ada. Tapi pilihan Ai mestilah game Solitaire itu sendiri. Dan game Solitaire ini sendiri terdapat lebih dari 100 jenis games. Banyak weyh! Daripada lebih 100 jenis ni ada 5 jenis yang poular dan Ai pilih untuk main yang klasik je. Itu pun dah mencabar pada Ai. Hahaha! Kalau nak lain sikit, Ai main Solitaire Freecell. Tapi klasik tetap nombor 1!



Cara main Solitaire Classic / Klondike secara percuma

  • Klik pada butang play untuk mulakan permainan.
  • Pilih mod permainan jenis mudah atau normal. Ai pilih mudah.
  • Masa bermula sebaik sahaja permainan bermula.
  • Selebihnya anda boleh explore di website solitaire.org

https://www.aisyaismail.com/2023/01/main-game-percuma-di-solitaireorg.html

https://www.aisyaismail.com/2023/01/main-game-percuma-di-solitaireorg.html


Solitaire.org

Selain game Solitaire, ada kumpulan games lain yang anda boleh cuba iaitu Card, Mahjong, Hidden Object, Match 3, Logic Puzzles dan Word. Ai dah cuba main geme Mahjong, menarik juga sebab ada level. Jadi ketagih main dia tau. Asyik nak klik ke level seterusnya je. Tahu-tahu dah pagi. Huhuhu!


https://www.aisyaismail.com/2023/01/main-game-percuma-di-solitaireorg.html


Game Mahjong ni senang je. Bukan main atas table macam dalam filem Anak Bapak atau filem Mafia. Anda hanya perlu klik pada gambar yang sama. Gambar yang tertera sudah tentulah simbol-simbole Mahjong. Nama pun gam Mahjong kan. Game ni memang sangat sesuai untuk anda yang nak santai-santai.


Ok, kalau anda nak tahu macam mana nak main games yang lain, pergi lah cuba main di solitaire.org. Jangan main waktu kerja tau! Kalau waktu rehat takpe.




aisyaismail

7 comments:

  1. tak leh main waktu kerja ye?

    ReplyDelete
  2. Game fav ni masa zaman sekolah rendah, sekarang kalau bosan still buka lagi main sekejap

    ReplyDelete
  3. Awesome article, it was exceptionally helpful! I simply began in this and I'm becoming more acquainted with it better! Cheers, keep doing awesome! Teen Patti Master App

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D