Main game boleh melepaskan tekanan? Ini 3 kelebihan bermain game secara online.

Monday 20 March 2023

Main game boleh melepaskan tekanan? Ini 3 kelebihan bermain game secara online.


 Assalamualaikum and hye reader.




Main game boleh melepaskan tekanan? Ini 3 kelebihan bermain game secara online. Hidup di zaman moden kini lebih banyak dugaan jika nak dibandingkan hidup di zaman mak ayah kita dahulu. Kesibukan harian membuatkan orang zaman sekarang lebih mudah mendapat tekanan. 


Ditambah pula dengan ada yang memiliki sikap ingin berlumba-lumba siapa yang lebih hebat di media sosial, ramai yang nak nampak mewah walau tidak mampu untuk merealisasikan kehendak hati.


Untuk meredakan tekanan, ramai yang mengambil sedikit masa yang terluang untuk bermain game secara online. 


Main game boleh melepaskan tekanan? Ini 3 kelebihan bermain game secara online.


Tahun demi tahun, semakin ramai orang bermain game secara online setiap hari tidak kira tua atau muda. Tapi benarkah dengan bermain game secara online dapat meredakan tekanan?


Jom kita lihat antara kelebihan bermain game secara online.


Melepaskan tekanan

Setiap hari asyik fikirkan tentang kerja sahaja, sesekali berfikir lah tentang menghiburkan hati sendiri. 


Tak perlu main game yang berat, game yang ringan sudah memadai untuk lari daripada aktiviti harian yang sama.


Apabila bermain game online, cukup untuk menghiburkan hati dan melegakan tekanan anda sahaja.


Jangan biarkan hidup anda dikuasai oleh game. Bimbang anda akan menjadi ketagih dan lebih stres dengan game online yang anda main.


Membina harga diri

Game online boleh bina harga diri? Biar betul! Ya, betul untuk sesetengah orang.  


Selain daripada dapat mengurangkan tekanan, game online boleh meningkatkan harga diri anda kerana ia membuatkan anda berasa lebih baik apabila anda berjaya kuasai permainan dan menang dengan berjaya. 


Anda mampu meningkatkan keyakinan serta harga diri apabila anda berjaya menang dengan strategi yang anda cipta sendiri. 


Main game boleh melepaskan tekanan? Ini 3 kelebihan bermain game secara online.


Bukankah ini membuatkan anda berpuas hati dan berbangga? Lebih-lebih lagi apabila anda tahu siapa lawan anda.


Kenal lebih ramai orang

Kebanyakan platform game online sekarang ada kelebihan ruang sosial yang membolehkan anda bersosial di ruang sembang sekaligus membuatkan permainan menjadi lebih menyeronokkan.


Hubungan sosial ini dapat membuatkan anda berasa kurang tekanan dan dapat lari daripada aktiviti yang sama setiap hari.


Main game online

Di mana nak bermain game online yang menyeronokkan dan tidak bosan?  Sebenarnya bergantung kepada minat dan personaliti masing-masing. 


Ada yang suka main permainan seperti jigsaw, teka silang kata, solitaire dan macam-macam lagi. 


Ai suka semua permainan tu tapi kalau anda nak tahu, Ai dah jumpa satu website yang membolehkan Ai main permainan online di mana-mana sahaja. 


Nak main melaui telefon pintar atau PC, terpulang kepada anda. Kebanyakan permainannya juga adalah percuma. Jadi Ai boleh main dengan sepuas hati. 


Bila hati gembira, sudah tentu dapat mengurangkan tekanan. Anda juga boleh bermain permainan online di plays.org.


Pilihan game online yang Ai tengah tak boleh 'move on' sekarang adalah Pac Chef by Pac Man. Permainan legend ni! Seronok bermain bila permainan lancar dan tidak tersekat-sekat. Anda pun kena cuba tau.


Main game boleh melepaskan tekanan? Ini 3 kelebihan bermain game secara online.


Selain daripada permainan video, terdapat ratusan game percuma yang boleh anda perolehi di plays.org. Ai tak sabar nak explore permainan lain pula. 


Dah cuba? Permainan yang mana satu pilihan anda?





aisyaismail

8 comments:

  1. MA pun suka main game....sesekali. layan jer

    ReplyDelete
  2. boleh la buat hilang ngantok

    ReplyDelete
  3. betul, game online boleh kasi mind refreshment. tak perlu game berat, yang santai2 tu lah yang best.

    ReplyDelete
  4. Betul game ni boleh ringankan tekanan. Tapi lalau main game berat nanti boleh tambah tekanan pulak.

    Jemput Singgah :Cara Solat Sunat Witir

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D