Selama melalui alam pekerjaan, inilah pertama kali Ai bekerja dari rumah. Semasa PKP bulan Mac haritu, Ai dicutikan sementara tanpa perlu bekerja. Tapi lain pula PKPB kali ni. Kerja tetap kerja walaupun hanya duduk di rumah tanpa perlu ke tempat kerja. Dan hari ini sudah masuk hari kedua Ai bekerja dari rumah.
Sebelum arahan bekerja dari rumah dikeluarkan, di sosial media banyak perbalahan yang ai nampak. Ada yang nak bekerja dari rumah dilaksanakan dan ada yang tak mahu. Ai tak kisah yang mana satu. Kalau bekerja dari rumah, banyak kelebihannya. Tapi ada juga kekurangannya. Jadi kalau bos kata 'Aisya, you work from home', maka Ai kerja lah dari rumah dan begitu juga jika sebaliknya.
Kelebihan bekerja dari rumah
Mengelakkan penularan COVID-19
Bila kita terlalu yakin yang kita dah menjaga SOP sebaik yang mungkin, tapi macam mana dengan orang lain? Setiap kali pergi ke pejabat, kita tak tahu apa aktiviti rakan-rakan sepejabat di luar waktu bekerja. Begitu juga jika kita singgah di kedai atau bertemu dengan supplier atau client, macam mana jika salah seorang dari mereka sudah dijangkiti? Lebih baik duduk di rumah sahaja tanpa perlu risau akan risiko yang tinggi.
Tidak perlu tergesa-gesa untuk bersiap ke tempat kerja
Bila bekerja dari rumah, kalau terbangun lambat daripada kebiasaan pun tak pelu risau kerana kita tak perlu nak tergesa-gesa untuk bersiap. Pakai baju tidur pun boleh mula bekerja. Make up pun jimat.
Tidak perlu gosok baju
Siapa yang pakai baju formal ke tempat kerja, mesti faham betapa pentingnya gosok baju. Yang bertudung kena lah gosok tudung. Bila bekerja dari rumah tak perlu dah nak menggosok. Tapi Ai tetap kena juga gosok baju sebab Coco bekerja macam biasa.
Jimat minyak dan tambang ke tempat kerja
Haa ini satu lagi kelebihan bekerja dari rumah. Jimat minyak dan duit tambang. Setiap hari Coco akan hantar dan ambil Ai dengan menaiki motor. Minyak motor wajib diisi penuh beberapa kali dalam seminggu. Tapi bila Ai bekerja dari rumah, minyak motor isi seminggu sekali je. Itu pun ada lagi lebihan dan boleh guna sampai minggu hadapan.
Kekurangan bekerja dari rumah
Kena menyediakan ruang untuk bekerja
Bayangkan lah setiap hari nak bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Takkan nak kerja atas katil sahaja kan. Sakit pinggang oi. Silap hari bulan tertidur. Mesti nak kena ada ruang kerja yang selesa untuk bekerja dengan efisyen setiap hari. Yang rumah yang dah memang ada ruang bekerja tu, sangat-sangat membantu.
Perlukan internet berkelajuan tinggi
Kalau selalunya data telefon 8GB cukup untuk korang bertahan selama 1 bulan. Sepanjang bekerja di rumah, silap hari bulan sehari pun tak cukup. Dengan zoom meetingnya, emailnya, download kerjanya dan itu belum lagi termasuk nak bersosial media dan youtube selepas waktu bekerja.
Kurang komunikasi dua hala
Lebih mudah sebenarnya bekerja kalau kita berjumpa dengan rakan sekerja depan-depan. Nak bagi penerangan dan menerangkan pun mudah. Bila berkomunikasi melalui gajet, kadang-kadang apa yan kita nak sampaikan tak sampai pada orang lain. Begitu juga sebaliknya.
Kurang berdisiplin
Jujurnya bila bekerja dari rumah, perasaan malas tu akan ada. Rumah kan tempat untuk berehat selama ni. Tiba-tiba kena bekerja. Apatah lagi bila meja kerja di dalam bilik. Katil tu memanggil-manggil tau. Mak Ai kata pasang tirai jangan bagi nampak katil tu. Hahaha! Nasib baik kerja ai kejar dateline, kalau tak hari-hari Ai nak cuba menu baru macam PKP sebelum ni.
Rasa bersalah duduk dalam bilik
Kalau korang pembaca setia aisyaismail.com mesti korang tahu yang Ai masih lagi menetap dengan mak mertua. Ai tak ada masalah dengan mak mertua mahupun bapa mertua. Alhamdulillah, itupun satu rezeki. Tapi bila Ai bekerja dalam bilik dan mak mertua Ai yang kena masak, Ai jadi serba-salah. Tau-tau turun makan tengahari. Nak kurang kan rasa bersalah, Ai nak cuba masak menu baru hujung minggu ni. In syaa Allah. Hehehe!
Baru Ai tahu macam mana dugaan bekerja dari rumah ni. Kalau bagi pilihan, Ai memilih untuk bekerja di pejabat macam biasa je. Sebelum mula bekerja dari rumah, Ai ingatkan Ai boleh buat kerja sambil layan Running Man. Tak sempat rupanya. Hahaha! Sama je macam bekerja di pejabat. Kerja banyak juga.
aisyaismail











