Aisya Ismail
Aisya Ismail
  • Tentang
    • Writer
    • Privacy Policy
    • Disclaimer
  • Fesyen
    • Aksesori
    • Hijab
    • Outfit
    • Popular
    • Tip Fesyen
  • Kecantikan
  • Gaya Hidup
    • Drama dan filem
    • Info & Ilmu
    • Jalan-jalan
    • Kreatif
    • Makan Sedap
    • Random
    • Resipi
  • Sorotan
    • Info Terkini
    • Kempen
    • Kolaborasi
    • Pilihan Editor
  • Hubungi

Resipi mudah : Ayam Bakar Madu Air Fryer | Kalau lalu di gerai Ayam Bakar Madu di tepi jalan atau di pasar malam, mesti menusuk-nusuk bau sedap masuk ke dalam rongga hidung. Lepas tu terbeli! Beli pula sekurang-kurangnya 3 ketul. Kalau dapat yang sedap, esok beli lagi dan lagi sampai muak. Asyik beli je, apa kata cuba buat sendiri pula. Kalau sedap, boleh lah buat selalu. 



Sebenarnya ini percubaan kedua Ai masak Ayam Bakar Madu menggunakan air fryer. Kali pertama dulu tak menjadi. Ayam jadi terlalu kering dan rentung sangat. Terus tak nak buat dah. Tapi, tiba-tiba mak mertua Ai minta untuk masak Ayam Bakar Madu. Ok, kita cuba lagi sekali. Alhamdulillah menjadi kali ini. Lagi sedap kalau guna kepak ayam, tapi Ai guna semua bahagian ayam. Pastikan masak awal tau, sebab ayam perlu diperap.


https://www.aisyaismail.com/2021/08/resipi-mudah-ayam-bakar-madu-air-fryer.html


Bahan-bahan

Ayam bakar madu

1. 1 ekor ayam 
2. 1 labu bawang putih
3. 2-3 inci halia
4. 3 sudu marjerin
5. 1 kiub pati ayam
6. 3-4 sudu makan madu
7. 2 sudu makan gula perang
8. 4 sudu makan serbuk cili 
9. 2 sudu makan sos tiram
10. 1 sudu teh garam
12. 1 sudu teh serbuk lada hitam
13. 1/2 sudu teh pewarna merah / pink
14. Air secukupnya

Sos ayam


1. Baki bahan perapan ayam
2. 1 sudu makan tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
3. Kicap lemak manis secukup rasa
4. Gula perang dan garam secukupnya


Cara-cara

1. Rebus ayam dalam 10 minit kemudian toskan.
2. Kisar bawang putih, halia dan kiub pati ayam sehingga lumat.
3. Cairkan marjerin di dalam kuali.
4. Campurkan ayam bersama bahan kisar, marjerin cair, madu, gula perang, serbuk cili, sos tiram, garam, serbuk blackpaper dan pewarna ke dalam bekas untuk perapan. 
5. Kacau sehingga bahan perapan dan ayam sebati. Pastikan ayam dah tak panas ya supaya tidak hancur.
6. Perap sekurang-kurangnya 1 jam  atau lebih. Nak lagi sedap perap semalaman.
7. Bakar di dalam air fryer selama 10 minit dengan suhu 180 darjah celsius. Kalau suka ayam yang ada hitam-hitam hangus tu, tambah kan masa lama sedikit.
8. Masukkan baki air perapan ke dalam kuali bersama tepung jagung, kicap lemak manis, gula perang dan garam.
9. Buka api perlahan dan kacau bahan sehingga sebati. Pastikan sentiasa kacau kuah sos supaya tidak berketul.
10. Siap untuk dihidang.


P/s : Gula dan madu boleh tambah dan kurangkan mengikut selera masing-masing suka manis tahap yang macam mana.




aisyaismail

Resipi mudah : Nasi Ayam Kam Heong rasa macam beli di kedai | Setiap kali pergi makan di restoran Cina Muslim yang Ai tak nak sebutkan namanya, kalau order ala-carte selalunya Ai akan order tiga benda je. Kalau tak Nasi Ayam atau Nasi Goreng Yong Chow, Ai mesti akan order Nasi Goreng Kam Heong. Sedap! Kalau Ai order menu ala-carte selain daripada 3 menu ni, sebab nak ubah angin sekejap. Lepas tu akan berulang order benda yang sama balik. 



Entri kali ni Ai nak kongsikan resipi ayam kam heong rasa seperti makan di restoran. Tapi di restoran tersebut guna dada ayam dan dipotong kecil-kecil. Ai nak makan dengan keluarga sebagai hidangan utama, jadi ayam tu Ai guna pelbagai bahagian dan dipotong biasa sahaja. Rindunya nak makan di restoran tesebut.


https://www.aisyaismail.com/2021/08/resipi-mudah-ayam-kam-heong.html



Bahan-bahan


1. 1/2 ekor ayam 
2. 1 sudu teh serbuk kunyit
3. 1/2 sudu teh garam
4. 1 sudu makan tepung bestari / tepung beras
5. 1 biji bawang holland hiris
6. 4 ulas bawang putih hiris
7. 3 tangkai cili kering potong 3
8. 3 tangkai daun kari 
9. 2 sudu serbuk kari bancuh dengan sedikit air
10. 2 sudu sos tiram
12. 2 sudu sos cili
13. 2 sudu kicap manis
14. 1 tangkai cili merah hiris
15. 2 cawan air
16. Garam secukup rasa


Cara-cara


1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan tepung bestari kemudian goreng sehingga garing.
2. Guna dalam 1 senduk minyak goreng ayam, tumiskan bang holland, bawang putih, cili kering dan daun kari. 
3. Bila dah naik aroma sedap, tumiskan sekali serbuk kari sehingga garing.
4. Masukkan setengah cawan air supaya serbuk kari yang melekat lembut. Masukkan sos tiram, sos cili dan juga kicap manis.
5. Masukkan air lebih serta garam secukupnya. Tak perlu bahan perasa.
6. Masukkan ayam dan cili merah. Gaulkan sehingga ayam disalut penuh dengan kuah. 
7. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Kalau nak lebihkan air supaya berkuah, tambahkan juga kuantiti sos tiram, sos cili dan kicap. Kalau tak kuah akan jadi cair.



aisyaismail

Cara mudah untuk muat naik gambar di Instagram web | Sesetengah orang memang suka scroll instagram menggunakan tetikus daripada skrin telefon. Macam Ai! Bukan apa, lagi puas tengok gambar-gambar melalui laptop sebab besar berbanding melalui aplikasi di telefon pintar.


https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html



Satu masalah bila layan Instagam web ini adalah apabila nak muat naik gambar. Ai akan edit gambar menggunakan laptop. Jadi lebih mudah untuk Ai muat naik terus menggunakan laptop sahaja. Cara yang sedia ada sebelum ini ada kelemahan seperti tidak boleh tag kawan-kawan, tidak boleh tambah lokasi, tidak boleh edit menggunakan filter instagram dan tidak boleh muat naik lebih dari 1 gambar dalam 1 posting.



Sekarang dah ada cara baru yang korang boleh buat semua seperti menggunakan aplikasi Instagram di telefon pintar. Yang lebih penting, caranya jauh lebih mudah.



Cara mudah untuk muat naik gambar di instagram web

1. Pergi ke website www.instagram.com. Kemudian korang akan nampak butang + di sebelah kanan instagram. Klik butang + itu untuk muat naik gambar atau video.


https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


2. Klik butang 'select from computer' atau nak lebih cepat tanpa buka folder banyak-banyak, korang seret (drag) je gambar atau video terus dari dalam folder korang. Senang!

https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


3. Pilih gambar atau video dari folder korang. Kalau korang dah seret, korang boleh abaikan step nombor 3 ini.

https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


4. Step seterusnya, korang boleh crop gambar di anak panah nombor 1, tambah gambar atau video yang ingin dimuat naik di anak panah nombor 2 dan tentukan saiz gambar di anak panah nombor 3. Kemudian klik next.

https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


5. Korang boleh edit gambar seperti di aplikasi Instagram kemudian klik next.

https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


6. Untuk tag gambar kepada kawan-kawan, korang klik je pada gambar yang akan korang muat naik. Kemudian boleh lah tuliskan caption di ruangan caption. Jangan lupa tambah lokasi korang di bawah ruangan caption. Step terakhir, klik done!

https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


7. Dah siap! Gambar atau video korang siap di muat naik.



8. Taraaaa!

https://www.aisyaismail.com/2021/08/cara-mudah-muat-naik-gambar-instagram-menggunakan-laptop-atau-dekstop.html


Mudah kan? Sebenarnya step ini sama je seperti muat naik gambar atau video melalui aplikasi. Tapi pada Ai, lebih puas sebab gambar tu besar dan jelas. Senang nak tengok kalau ada apa-apa cela. Korang dah boleh lah cuba muat naik gambar di Instagram  web sekarang.




aisyaismail

Muslim Pro aplikasi mudah alih untuk umat Islam | Muslim Pro bukan lah aplikasi yang baru wujud. Ai percaya, ramai yang dah sedia muat turun aplikasi ini di dalam telefon pintar masing-masing. Cepat periksa telefon masing-masing sekarang, kalau masih belum muat-turun, muat turun lah sekarang sebab ada macam-macam ciri Islamik yang korang mesti perlukan dalam kehidupan seharian.


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html




Apa itu aplikasi Muslim Pro?


Muslim pro adalah aplikasi mudah alih untuk umat Islam yang menawarkan ciri-ciri keagamaan, gaya hidup dan komuniti yang komprehensif. Muslim Pro bermula dengan menyediakan waktu solat yang tepat. Seiring berjalannya waktu, Muslim Pro telah berkembang dan telah dimuat turun oleh lebih daripada 100 juta pengguna daripada lebih 200 negara yang merangkumi pelbagai peringkat umur. 



Antara ciri-ciri yang ada di dalam aplikasi Muslim Pro seperti Azan, kompas arah Qiblat, doa harian, 99 nama Allah, kalendar hijrah, kiraan zakat dan macam-macam lagi. 


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html


Jika hendak mengaji, aplikasi Muslim Pro juga menyediakan ciri Al-Quran audio dengan lengkap yang mempunyai lebih daripada 40 terjemahan bahasa. Aplikasi ini juga membolehkan korang ntuk memilih surah atau  juz yang ingin dibaca. Dan yang terbaru, Muslim Pro telah mengeluarkan ciri Khatam Al-Quran.



Ciri-ciri utama di dalam aplikasi Muslim Pro


Waktu Solat


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html


Musim Pro menjadi aplikasi rujukan untuk berjuta pengguna bagi mendapatkan waktu solat yang tepat. Aplikasi ini juga disahkan untuk bandar-bandar besar di seluruh dunia.



Al-Quran Digital


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html


Nak membaca Al-Quran atau nak mendengar bacaan Al-Quran? Kedua-dua ciri ini ada di dalam aplikasi Muslim Pro. Muslim Pro menyediakan Al-Quran yang lengkap dengan tulisan Arab, rumi, terjemahan serta bacaan audio dari pembaca yang berbeza-beza.  Korang boleh mendengar dan membaca bagi memastikan setiap bacaan korang adalah betul.



Arah Qiblat


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html


Tidak kira di mana pun korang berada, Muslim Pro juga menyediakan kompas arah Qiblat untuk memastikan arah Qiblat korang adalah betul untuk menunaikan solat.



Lebih daripada 40 terjemahan


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html


Dengan lebih daripada 40 terjemahan ayat Al-Quran, korang boleh membaca dan memahami Al-Quran dalamm bahasa pilihan korang. Muslim Pro juga menyediakan Tajweed berwarna untuk membantu memudahkan dan lebih memahami ketika membaca Al-Quran.



Doa Harian

Terdapat banyak doa-doa harian di dalam aplikasi Muslim Pro. Korang cari je doa pilihan korang di ruangan 'search'. Tak perlu lagi nak Google doa setiap kali nak berdoa.



Khatam Al-Quran dengan aplikasi Muslim Pro


Pada bulan Ramadan yang lepas, Muslim Pro telah memperkenalkan ciri aplikasi terbaru untuk mendorong umat Islam khatam Al-Quran selama 30 hari sepanjang bulan Ramadan. Pengguna boleh menggunakan ciri ini secara berseorangan mahupun berkumpulan. 


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html


Dah tak perlu nak membaca Al-Quran berseorangan di rumah kerana melalui aplikasi ini, korang boleh membina komuniti untuk membaca bersama setiap hari dari jarak jauh. Lencana khatam akan diberikan seletah korang menyelesaikan bacaan. Pada yang suka berkongsi di media sosial, korang boleh lah kongsikan pencapaian korang untuk menggalakan rakan-rakan lain untuk khatam bersama.



Korang boleh memilih untuk membaca Al-Quran menerusi aplikasi ini ataupun dengan Al-Quran fizikal. Setiap kali selesai bacaan korang hanya perlu tandakan di dalam aplikasi. Ramai juga Ai nampak rakan-rakan Ai yang berkongsi menggunakan aplikasi ini untuk khatam Al-Quran di bulan Ramadan yang lepas. Sejuk hati melihat perkongsian yang baik di media sosial. 



Muslim Pro aplikasi mudah alih untuk umat Islam


Sebagai salah seorang pengguna aplikasi Muslim Pro, Ai boleh katakan aplikasi ini serba lengkap dan mesra pengguna. Ai mula menggunakan aplikasi ini untuk memastikan waktu solat dan arah Qiblat Ai betul setiap kali berada di tempat yang Ai tak biasa. Ianya sangat-sangat membantu.


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html



Ai tak nafikan, untuk bacaan Al-Quran Ai lebih selesa dengan Al-Quran fizikal. Tapi dengan adanya aplikasi Muslim Pro, Ai boleh membaca Al-Quran di mana-mana sahaja bila Ai terasa nak membaca Al-Quran. Ai juga boleh mencari dan membaca doa dengan mudah dan cepat.


Baca juga: Sedekah subuh

Baca juga: Amalan zikir anak menghadapi peperiksaan


Muslim Pro memang sangat-sangat membantu. Kalau korang belum muat turun aplikasi ini, muat turun lah sekarang. Untuk ifo lebih lanjut, korang boleh layari https://www.muslimpro.com/.


https://www.aisyaismail.com/2021/07/muslim-pro-aplikasi-mudah-alih-untuk-umat-islam.html






aisyaismail

Perniagaan kecil-kecilan Coca Design by Aisya Ismail | Dah nak bersara ke tu? Hehehe! Tak tak tak. Ai belum bersedia lagi nak bersara dari pekerjaan sekarang. Sayang tau dengan industri rekaan walaupun tak hebat pun. Hehehe! Perniagaan ni Ai buat secara kecil-kecilan je. Harap-harap jadi besar lah dan boleh cepat kaya. 



Perniagaan kecil-kecilan Coca Design by Aisya Ismail


Coca Design ni banyak barangan buatan tangan yang Ai buat sendiri. Tapi bukan semua lah, hampir semua. Antara barangan seperti mask extender, mask chain, barang-barang perhiasan lain termasuklah dekorasi rumah. Pendek kata apa sahaja yang berkaitan dengan fesyen dan kesenian.


https://www.aisyaismail.com/2021/06/perniagaan-kecil-kecilan-coca-design-by-aisya-ismail.html



Sebenarnya Ai memang minat dengan benda-benda kreatif ni. Duduk mengadap benda tu berjam-jam pun tak apa. Macam hobi juga. Dah alang-alang Ai suka, apa salahnya jual pula kan. 




Lagipun, musim sekarang ni Ai tak ada jaminan dengan pekerjaan yang Ai ada sekarang. Dah sebulan PKP tapi masih tak ada perubahan dan tak tahu sampai bila lagi PKP ni. Shopping mall tak boleh beroperasi. Jualan tak ada. Ai harap PKP ni cepat berakhir agar tak terputus rezeki pekerjaan Ai serta yang lain-lain. Aamiin!



Bermulanya Coca Design


Mulanya tercetus nak buat perniagaan ini bila mana hari tu, Ai kehilangan mask extender yang Ai beli semasa PKP 1. Satu-satunya mask extender yang Ai guna tak tukar-tukar. Hilang secara tiba-tiba sahaja. Dah cari pun tak jumpa. Stress oii masa tu. 


https://www.aisyaismail.com/2021/06/perniagaan-kecil-kecilan-coca-design-by-aisya-ismail.html



Ai ni seorang yang kalau barang yang Ai guna tu bertahan lama, secara automatik barang tu menjadi barangan kesayangan. Kehilangannya adalah suatu kesedihan. Hahaha! Over! Tapi ni benda betul. Samalah macam keronsang atau getah rambut. Beli banyak-banyak, akhirnya mesti tinggal satu je yang berulang-ulang guna. Kalau yang satu ni pun hilang, terus rasa nak marah. Korang pun sama kan?



Nak beli yang baru, hari pun dah malam. Mana ada kedai buka. Tambah-tambah PKP sekarang. Yang Ai lagi pelik, mask extender lain pun semua hilang jejak. Akhirnya Ai buat keputusan untuk buat sendiri sahaja. Alaa, potong getah lepas tu jahit butang kiri dan kanan. Siap! Boleh lah pakai sementara nak cari yang baru.



Masa tengah cari butang yang comel-comel untuk mask extender tu, Ai terjumpa pula bahan lain yang lebih menarik. Mula lah nak bereksperimen. Hasilnya, Ai suka! Hahaha! Lagi selesa mask extender yang Ai buat sendiri ni. Disebabkan Ai rasa cantik, terus Ai rasa nak jual. Dan Alhamdulillah, Ai tak sangka ada permintaan untuk mask extender Ai.


https://www.aisyaismail.com/2021/06/perniagaan-kecil-kecilan-coca-design-by-aisya-ismail.html



Kalau korang  juga rasa cantik dan berminat untuk beli, korang boleh terus DM Ai ok. Korang follow lah instagram @coca.design. Bukan mask extender sahaja, macam-macam barangan yang bakal menyusul nanti. Jangan lupa FOLLOW instagram @coca.design tau.



Instagram : @coca.design

Shopee : cocadesign



Apa khabar dengan mask extender Ai yang hilang tu? Ai dah jumpa dan sekarang dia jadi mask extender kecemasan.





aisyaismail

Newer Posts Older Posts Home

Hello

Aisya Ismail
“Good things make people feel something.”

Berkongsi perspektif tentang fesyen, penulisan kreatif, gaya hidup, resipi dan pelbagai perkara yang random.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • CARA DOWNLOAD VIDEO DARIPADA YOUTUBE
  • PENGALAMAN MENJALANI PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY DI KPJ SELANGOR
  • Fesyen: 10 Tip Memilih Pakaian Untuk Nampak Lebih Slim
  • Jalan-Jalan: 10 Tempat Wajib Pergi Kalau Ke Ipoh
  • Seni dan Budaya: 11 Tarikan di Pasar Seni Yang Anda Wajib Rasai Sendiri

Advertisement

Copyright © Aisya Ismail. Designed by OddThemes