Aisya Ismail
Aisya Ismail
  • Tentang
    • Writer
    • Privacy Policy
    • Disclaimer
  • Fesyen
    • Aksesori
    • Hijab
    • Outfit
    • Popular
    • Tip Fesyen
  • Kecantikan
  • Gaya Hidup
    • Drama dan filem
    • Info & Ilmu
    • Jalan-jalan
    • Kreatif
    • Makan Sedap
    • Random
    • Resipi
  • Sorotan
    • Info Terkini
    • Kempen
    • Kolaborasi
    • Pilihan Editor
  • Hubungi

Resipi mudah Asam Pedas Daging yang pasti sedap | Ramai yang ke Melaka untuk mencari asam pedas yang sedap. Tapi bagi Ai pula, asam pedas yang sedap adalah asam pedas yang dimasak sendiri di rumah. Hehehe! Benda boleh jimat buat apa nak beli kan. Selama Ai masak asam pedas ni, dalam 10 kali masak belum tentu semua 10 kali tu sedap. Lain-lain rasa. Kejap jadi kejap tak jadi.



Apa yang Ai perasan, faktor kesedapan masak asam pedas adalah bergantung pada jenis cili, jenis belacan, kepekatan kuah dan kemasaman asam yang digunakan. Ni teori dari pengalaman Ai je tau. Kalau orang yang hebat memasak, bagi bahan apa pun menjadi sedapnya. Macam mak Ai. Aduh! Rindunya masakan mak.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/resipi-mudah-asam-pedas-daging-sedap.html


Bahan-bahan


1. 1kg daging
2. 3 senduk cili kisar
3. 1/2 tapak tangan asam jawa dibancuh dengan air
4. 1 batang serai ditumbuk kasar. Kalau kecil letak 2.
5. 1 inci lengkuas ditumbuk kasar
6. 2 inci halia ditumbuk kasar
7. 5 helai daun limau purut dikoyak
8. 1/2 sudu teh serbuk kunyit
9. Garam secukup rasa
10. Bahan perasa (tak letak pun tak apa)
11. 2 senduk minyak masak
12. Air secukupnya


Cara-cara


1. Goreng cili kisar di dalam minyak panas sehingga garing. Jangan sampai hangus ya.
2. Apabila dah hampir garing, masukkan serai, lengkuas dan halia.
3. Setelah cili garing, masukkan bancuhan air asam jawa. Air masukkan lebih untuk bagi daging empuk.
4. Apabila mendidih, masukkan serbuk kunyit dan kemudian daging beserta daun limau purut. Tunggu sehingga daging empuk. Kacau-kacau daging supaya rata. Jangan bagi air kering. Jika air berkurang sebelum daging empuk, tambah air lagi. 
5. Setelah daging empuk, masukkan garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan tunggu sehingga kuah pekat.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Air asam tu ikut tekak masing-masing. Jika suka masam, lebihkan asam jawa.




aisyaismail

 Assalamualaikum and hye readers.




Family day di Telaga House, Kajang | Selepas selamat balik ke Melaka selepas PKP hari tu, Ai sambung bercuti panjang dengan keluarga mertua pula. Kena bahagi masa untuk kedua-dua belah keluarga. Tapi kami tak pergi jauh-jauh pun. Di Kajang sahaja. Tak sangka di Kajang ada Airbnb yang cantik dan besar dengan harga yang berpatutan.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.



Family day di Telaga House, Kajang


Nak kumpulkan ahli keluarga untuk family day bukan mudah ya. Masing-masing dah berkeluarga dan berkerjaya. Nasib baik masa buat family day haritu sekolah belum dibuka, kalau tak lagi payah nak berkumpul. 


https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.



Macam biasa sebelum nak berkumpul ramai-ramai tu, kami dah buat test COVID-19 di rumah siap-siap. Tapi tak adalah ramai sangat. Dalam 20 orang sahaja. Itu pun dah riuh rendah, Macam manalah keluarga yang mempunyai ahli yang ramai mengadakan family day? Mesti lagi riuh suasananya.



Apa yang menarik di Telaga House, Kajang


Telaga House, Kajang ini adalah antara pilihan terbaik dalam bandar untuk berehat seisi keluarga.  Dengan 6 bilik tidur dan juga 5 bilik mandi/tandas, tak perlu nak berebut siapa yang perlu tidur di atas sofa. Paling menarik, Telaga House mempunyai kolam renang yang luas untuk aktiviti keluarga. Selalunya, orang yang ada anak kecil memang mencari kediaman yang ada kolam renang untuk anak-anak. 


https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html

https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.



Set BBQ serta meja ping pong juga disediakan. Kalau korang tak nak mandi kolam, adalah aktiviti lain untuk dilakukan. Tak ada lah bosan duduk santai main handphone tepi kolam je. Tapi, sila pastikan anak-anak kecil dipantau elok di dalam kolam. Nanti tak pasal-pasal keseronokan bertukar tragedi pula.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.


Telaga House ini merupakan rumah lot tepi di dalam kawasan taman perumahan. Tapi jangan risau kerana rumah ini dilengkapi dengan pagar batu yang tinggi. Ada privasi kalau korang duduk di situ. Tak ada siapa boleh skodeng korang mandi di kolam renang. Di sini juga sesuai untuk diadakan majlis kecil seperti majlis hari jadi, pertunangan, pernikahan dan lain-lain.



Kalau nak cari barang-barang keperluan pun tak susah kerana Telaga House berhampiran dengan Lotus's Kajang. Nak jalan kaki pun boleh tapi penat lah dan kena melintas jalan besar. Telaga House ini hanya untuk Muslim sahaja ya. Alkohol dan makanan yang tidak halal sama sekali tidak dibenarkan. Merokok dan haiwan peliharaan juga tidak dibenarkan. Tapi kat kawasan luar dibenarkan untuk merokok.



Apa yang ditawarkan di Telaga House, Kajang


  • Mesin basuh
  • TV
  • Meja ping pong
  • Penghawa dingin
  • Kipas
  • Alat pemadam api
  • Wifi
  • Ruang meja kerja
  • Peralatan dapur
  • Balcony
  • Kawasan lapang berumput
  • Ruang makan luar
  • BBQ set
  • Kolam renang

https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.


Seterika masih menjadi tanda tanya. Sepatutnya ada, tapi kami semua tak jumpa di mana seterika tersebut. Ai anggap seterika tak ada je lah.


Banyak spot cantik untuk OOTD


Selain daripada kemudahan-kemudahan yang disediakan, yang menariknya tentang Telaga House ini adalah banyak spot yang cantik dan menarik untuk OOTD. Sebelum daftar keluar dari rumah tersebut, masing-masing memang habiskan masa untuk bergambar je. Kejap kat atas, sekejap di bawah. 

https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html


Tempat yang paling menarik untuk OOTD sudah semestinya di kolam renang. Reka bentuknya menarik dengan rumput karpet. Jangan berangan pakai kasut atau selipar atau rumput tu tau melainkan kasut korang bersih. Selain itu, di balkoni juga cantik. Ala-ala Bali tak berapa Bali gitu. Hahaha! Tapi memang cantik.

https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.

https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.


Selalunya kan, kalau Ai duduk di homestay mesti diwajibkan untuk mengemas homestay hampir seperti sedia kala. Jika tidak, deposit tidak akan dikembalikan. Di Telaga House, cukup dengan mencuci pinggan dan peralatan memasak yang digunakan. Sampah juga perlu diikat ketat dan diletakkan di tong sampah hadapan. Yang lain-lain pihak homestay akan kemaskan.


Tapi jangan lah tinggalkan homestay tu macam sarang tikus pula. Jenuh pihak homestay nak kemaskan semula. Silap hari bulan, mereka tolak je deposit korang baru tau.

https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.

Harga menginap di Telaga House, Kajang


Masa Ai pergi hari tu pada hari biasa. Harga dalam RM900. Kalau pergi pada hujung minggu, harga jadi mahal sedikit. Kalau korang nak menginap di Telaga House, Kajang atau nak tahu lebih lagi, klik link ni https://bit.ly/3DoxmQB. 






aisyaismail

Aktiviti balik kampung selepas PKP 3.0 | Sejak perlaksanaan PKP pada bulan Januari yang lepas, sejak tu lah Ai tak balik ke Melaka. Duduk je diam-diam di Selangor. Selama tak balik Melaka, selama tu lah Ai tak jumpa mak dan baba. Sama macam korang juga. Lama tak berjumpa keluarga yang jauh. Sama-sama nak memutuskan rantaian Covid-19. Semoga kita akan menang! 



Sebelum PM mengumumkan dah boleh rentas negeri, Ai dah baca hint yang bertebaran di laman sosial terlebih dahulu. Walaupun hanya khabar angin sahaja, Ai dan Coco dah siap-siap mohon cuti panjang. Kalau masih tak boleh rentas negeri, kami akan batalkan cuti tersebut. Bila PM umumkan je dah boleh merentas negeri, terus Ai rasa gembira berbunga-bunga. Kebetulan hari jadi Ai, kira macam hadiah hari jadi juga lah. Hiiii!


https://www.aisyaismail.com/2021/11/aktiviti-balik-kampung-selepas-pkp-30.html



Selama hidup, ini yang paling lama Ai tak berjumpa dengan mak dan baba. Rindu oi! Sebelum ni, selain PKP paling lama adalah dalam 2 ke 3 bulan macam tu je. Itu pun sebab Ai belajar di Kuantan. Tak nak susahkan mak baba nak sediakan tambang balik. Bila dah kerja, kalau takde apa-apa program hujung minggu memang Ai sampai dah depan rumah kecuali hujung bulan. Huhuhu! Tapi lepas kahwin dah kena bahagi masa dengan keluarga mertua juga. 



Ujian Covid-19 di rumah


Sebelum balik Melaka, Ai dan Coco dah buat ujian Covid-19 guna kit RTK yang kami beli di farmasi terlebih dahulu. Alhamdulillah negatif. Ada orang kata kit tu tak tepat, tapi kami tawakal. SOP tetap kami jaga. In syaa Allah.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/aktiviti-balik-kampung-selepas-pkp-30.html



Kami balik waktu malam. Sebelum balik memang dah siap-siap mandi dahulu dan pastikan sepanjang perjalanan tak singgah di mana-mana. Ingatkan malam tu jalan jammed, rupanya tak. Kereta banyak tapi masih bergerak macam biasa. Mungkin dah ramai yang menuju ke Melaka lebih awal atau mereka semua ke Langkawi.



Sampai Melaka, terus teruja. Macam-macam perubahan selepas lebih 9 bulan tak balik. Paling gembira bila dapat tengok mak dan baba depan mata. Rindu sangat-sangat. Selagi ada hayat mereka, kalau boleh memang nak tengok selalu depan mata. 



Aktiviti balik kampung selepas PKP 3.0


Selalunya kalau balik Melaka lama-lama, Ai dan Coco akan keluar jalan-jalan ke bandar. Tapi kali ni kami memang balik sebab dah rindu sangat dengan mak dan baba. Kebetulan adik Ai pun ada balik bersama suami dan anak-anak. Lagi lah meriah kat rumah tu. Kalau keluar pun pergi tempat yang dekat-dekat je.



Tempat dekat yang Ai maksudkan adalah pergi kebun memancing ikan. Hahaha! Seronok tau! Ai tak suka memancing sebab pada Ai memancing ni bosan. Tapi memancing kat kebun sambil layan anak-anak buah sangat seronok. Anak-anak buah Ai pun seronok pergi ke kebun tu. Kejap memancing, kejap main baling batu dalam kolam. Ikutlah  nak buat apa pun asalkan jangan terjun kolam tu je. Banyak pacat!


https://www.aisyaismail.com/2021/11/aktiviti-balik-kampung-selepas-pkp-30.html



Memandangkan kami balik haritu betul-betul pada hari jadi Ai, Coco bawa Ai jalan-jalan naik motor keliling kampung. Itupun dah seronok sebab yang pertama kampung tu cantik. Dan sebab yang kedua, itu pertama kali Ai jalan-jalan keliling kampung tu. Mungkin ada kot masa kecik-kecik dulu, tapi Ai dah lupa. Selalu kalau ke kampung tu memang pergi ke kebun je. Duduk dalam tu memancing diam-diam sambil minum air kelapa fresh.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/aktiviti-balik-kampung-selepas-pkp-30.html

https://www.aisyaismail.com/2021/11/aktiviti-balik-kampung-selepas-pkp-30.html



Ok lah kan dari tak ada. Hehehe! Balik kali ni memang malas betul nak keluar jumpa orang. Memang Ai kalau boleh nak duduk rumah je. Tapi makan tidur makan tidur pun tak bagus juga. Hihihi! Dah boleh menghitung hari untuk balik kampung lagi.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/aktiviti-balik-kampung-selepas-pkp-30.html






aisyaismail

Marrybrown Tom Yam Chicken rasa pedas dan masam seperti berada di Thailand | Sawadikap! Tom Yam bukanlah menu yang baru diperkenalkan. Makanan yang berasal dari Thailand ini memang sangat popular di Malaysia. Rasanya yang sedap dan menyelerakan sentiasa mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.


https://www.aisyaismail.com/2021/10/marrybrown-tom-yam-chicken-rasa-pedas-dan-masam.html



Marrybrown Tom Yam Chicken rasa pedas dan masam seperti berada di Thailand


Marrybrown membawa rasa Tom Yam ke dalam menu terbaru daripada Marrybrown, Marrybrown Tom Yam Chicken! Rasa yang sedap dan menyelerakan seperti berada di Thailand. Sementara pintu sempadan Malaysia-Thailand belum dibuka sepenuhnya ni, korang boleh lah makan Tom Yam di Marrybrown untuk mengurangkan rasa rindu. 



Marrybrown sudah wujud sejak 40 tahun lamanya. Sebelum ini, Marrybrown pernah membawa rakyat Malaysia ke Korea dan Itali di dalam menu mereka. Sempena ulangtahun Marrybrown yang ke 40 pada tahun ini, rangkaian makanan segera Halal tempatan terbesar ini ingin memberi sesuatu yang berbeza dengan membawa rakyat Malaysia ke Thailand pula. Rasa yang pasti digemari semua tidak kira tua atau muda.



Menu dan Harga Marrybrown Tom Yam Chicken


Harga Marrybrown Tom Yam Chicken bermula daripada RM7.90. Dengan hanya RM7.90 korang dah boleh dapat rasa pedas masam yang sedap. Ada juga set dalam bucket untuk dinikmati seisi keluarga.


Tom Yam Chicken

https://www.aisyaismail.com/2021/10/marrybrown-tom-yam-chicken-rasa-pedas-dan-masam.html


A la carte

  • Tom Yam Chicken 2pc - harga dari RM12.70
  • Tom Yam Chicken 5pc - harga dari RM31.50
  • Tom Yam Chicken 9pc - harga dari RM55.80

Combo

  • Tom Yam Chicken 2pc - harga dari RM17.90
  • Tom Yam Chicken 3pc - harga dari RM21.90

Tom Yam Chicken Burger

  • Single - harga dari RM7.90
  • Combo - harga dari RM14.90

Tom Yam Porridge

https://www.aisyaismail.com/2021/10/marrybrown-tom-yam-chicken-rasa-pedas-dan-masam.html

  • Single - harga dari RM7.80
  • Combo - harga dari RM16.50

Tom Yam Chicken Nuggets

  • 6pc - harga dari RM9.50
  • 12pc - harga dari RM17

Tom Yam Big Box

https://www.aisyaismail.com/2021/10/marrybrown-tom-yam-chicken-rasa-pedas-dan-masam.html

  • Harga dari RM25.80

Tom Yam Fries

  • Single - harga dari RM5
  • Upgraded to Combo - harga dari RM1

Sekarang ada promosi tau. Dengan setiap pembelian 6 ketul Tom Yam Chicken, korang akan dapat 6 ketul Tom Yam Chicken Nuggets secara percuma dengan harga bermula dari RM37.80. Hanya di Marry brown!


Rasa Tom Yam yang sedap


Ai dah rasa semua menu Marrybrown Tom Yam. Semuanya sedap. Dari ayam sampailah kepada kentang goreng. Paling Ai suka adalah Bubur Tom Yam. Rasa Tom Yam dalam bubur tu memang sesedap rasa. Ai sorang je boleh habiskan 1 mangkuk besar bubur tersebut. Ayam Tom Yam juga sangat sedap. Ai tak makan kulit ayam, tapi rasa Tom Yam tu sampai ke isi ayam. Lagi sedap waktu Ai makan tengah panas. 2 ketul pun tak cukup.

https://www.aisyaismail.com/2021/10/marrybrown-tom-yam-chicken-rasa-pedas-dan-masam.html


Beli dan rasai sendiri Marrybrown Tom Yam Chicken


Korang kena rasa juga menu terbaru daripada Marrybrown ni. Berbaloi-baloi untuk makan seisi keluarga. Dapatkan segera sementara masih ada promosi di cawangan-cawangan Marrybrown yang paling hampir dengan korang. 


Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, makanan, promosi dan penghantaran ke seluruh dunia, sila layari :

Website : https://marrybrown.com/
Facebook : MarrybrownMalaysia
Instagram : Marrybrownmy
Youtube : MarrybrownTV
Penghantaran : https://marrybrown.com/mb-delivery/


https://www.aisyaismail.com/2021/10/marrybrown-tom-yam-chicken-rasa-pedas-dan-masam.html








aisyaismail

Sudio T2 earphone yang direka untuk menghidupkan hari anda | Dari bulan September hari tu Ai menunggu dengan sabar untuk dapatkan earphone dari Sweden ini. Earphone tanpa wayar dengan warna-warna yang seksi. Akhirnya dapat juga satu untuk diri sendiri.


https://www.aisyaismail.com/2021/10/sudio-t2-earphone-yang-direka-untuk-menghidupkan-hari-anda.html



Lama juga Ai pilih warna yang Ai nak. Seharian fikir takut-takut dah dapat nanti Ai tak berkenan. Maklumlah, dah rambang mata. Kalau boleh, semua warna Ai nak. Tapi dah dapatkan satu ni pun Ai dah gembira sangat. Bila sampai Sudio T2 depan mata, ayat pertama dalam kepala ni adalah tak menyesal Ai pilih warna tu.



Sudio T2 earphone yang direka untuk menghidupkan hari anda


Sudio T2 ini didatangkan satu set bersama kabel pengecas dan juga beberapa saiz eartips daripada saiz XS sehingga L. Boleh tukar-tukar mengikut keselesaan telinga korang. Macam Ai, Ai rasa lubang telinga Ai kecil. Jadi Ai lebih selesa dengan eartip yang kecil. Senang nak masuk. Bila selesa di telinga, nak dengar lagu seharian pun Ai ok je. 


https://www.aisyaismail.com/2021/10/sudio-t2-earphone-yang-direka-untuk-menghidupkan-hari-anda.html


Ai bawa dan gunakan Sudio T2 ni di pejabat. Bunyi yang terhasil memang padu. Hilang rasa mengantuk petang-petang di pejabat. Selalunya Ai bertahan menggunakan earphone dalam setengah jam je, lepas tu dah sakit telinga. Tapi tidak dengan Sudio T2. Pengalaman penggunaan yang sangat memuaskan.



Nak bawa bersukan sambil mendengar lagu pun sangat sesuai. Saiznya yang kecil tak susah untuk dibawa kemana-mana. Bergaya sangat jogging atau berjalan-jalan dengan Sudio T2 tersumbat di telinga. Warna dia je dah menambahkan gaya. Ditambahkan dengan reka bentuknya yang comel, memang bergaya.



Kelebihan Sudio T2


Bateri tahan lama

Bateri Sudio T2 tahan sehingga 35jam di dalam kes pengecasan. Tanpa kes pengecasan bateri boleh bertahan selama 7.5jam. Lama tu! Untuk rekod setakat ini, Ai gunakan selama 2 jam tanpa henti. Bateri masih bertahan. Kalau terlupa nak cas pun tak perlu risau. Cas sekejap dalam 10 minit dan bateri Sudio T2 boleh digunakan sehingga 2 jam lamanya.


https://www.aisyaismail.com/2021/10/sudio-t2-earphone-yang-direka-untuk-menghidupkan-hari-anda.html


Membentuk suara yang jelas dan menghilangkan bunyi bising

Siapa yang suka bila dengar lagu ada gangguan bunyi asing. kadang-kadang bunyi yang kita dengar seakan-akan berlaga. Sudio T2 akan menghalang bunyi tersebut dari sampai ke telinga korang tak kisah di mana sahaja korang berada. Setiap Sudio T2 mempunyai 2 mikrofon. Satu dihalakan ke luar untuk menangkap bunyi luar dan satu lagi dihalakan ke mulut untuk menangkap suara korang. Isyarat digital Sudio T2 akan menganalisis gelombang bunyi dan mengurangkan bunyi asing dan menjadikan suara korang sentiasa kuat dan jelas.


Bunyi yang berkualiti dan keselesaan sepanjang hari

Kebanyakan earphone memerlukan perubahan semasa pemasangan dan akan menjejaskan frekuensi semuala jadi earphone tersebut. Tetapi Sudio T2 direka mengikut pemacu dinamiknya yang tersendiri yang sesuai dan sempurna tanpa kompromi. Dengan itu, Sudio T2 dapat mengekalkan kualiti bunyi yang segar, bersih dan mantap. Pasti memberi pengalaman mendengar yang lebih baik pada korang dan selesa mendengar sepanjang hari.


Terdapat 4 warna pilihan yang menarik

Sudio T2 didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu jade, putih, hitam dan sand. Jade warna mint dan sand warna beige. Semua warna cantik-cantik. Macam Ai cakap tadi, seksi! Setiap warna sangat cantik di mata Ai. 


https://www.aisyaismail.com/2021/10/sudio-t2-earphone-yang-direka-untuk-menghidupkan-hari-anda.html


Waranti antarabangsa selama 3 tahun dengan Sudio SPHERE

Perkara penting apabila membeli sesuatu barang adalah waranti. Terutamanya barangan elektronik. Waranti sangat penting jika berlaku kerosakan yang bukan berpunca daripada kita sendiri. 



15% kod diskaun

Dapatkan Sudio T2 sekarang. Korang boleh beli secara online di website Sudio https://www.sudio.com/my/. Pembayaran secara Grabpay sudah tersedia untuk pembelian melalui website. Jangan lupa untuk dapatkan diskaun sebanyak 15%  dengan masukkan kod diskaun AISYAT2. Beli sekarang sebab promosi adalah terhad tau. Membelilah dengan bijak. Hehehe!


https://www.aisyaismail.com/2021/10/sudio-t2-earphone-yang-direka-untuk-menghidupkan-hari-anda.html





aisyaismail

Newer Posts Older Posts Home

Hello

Aisya Ismail
“Good things make people feel something.”

Berkongsi perspektif tentang fesyen, penulisan kreatif, gaya hidup, resipi dan pelbagai perkara yang random.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Akar Villa, Port Dickson: Family Day Untuk 25 Orang
  • Drama Korea : Kingdom Season 1 & 2
  • Misteri Fairy Circles: Fenomena Pelik Di Gurun Namib
  • CARA DOWNLOAD VIDEO DARIPADA YOUTUBE
  • BAYARAN PERTAMA DARIPADA GOOGLE ADSENSE

Advertisement

Copyright © Aisya Ismail. Designed by OddThemes