Aktiviti Balik Kampung Selepas PKP 3.0

Monday 8 November 2021

Aktiviti Balik Kampung Selepas PKP 3.0


 Assalamualaikum and hye readers.




Aktiviti balik kampung selepas PKP 3.0 | Sejak perlaksanaan PKP pada bulan Januari yang lepas, sejak tu lah Ai tak balik ke Melaka. Duduk je diam-diam di Selangor. Selama tak balik Melaka, selama tu lah Ai tak jumpa mak dan baba. Sama macam korang juga. Lama tak berjumpa keluarga yang jauh. Sama-sama nak memutuskan rantaian Covid-19. Semoga kita akan menang! 



Sebelum PM mengumumkan dah boleh rentas negeri, Ai dah baca hint yang bertebaran di laman sosial terlebih dahulu. Walaupun hanya khabar angin sahaja, Ai dan Coco dah siap-siap mohon cuti panjang. Kalau masih tak boleh rentas negeri, kami akan batalkan cuti tersebut. Bila PM umumkan je dah boleh merentas negeri, terus Ai rasa gembira berbunga-bunga. Kebetulan hari jadi Ai, kira macam hadiah hari jadi juga lah. Hiiii!


https://www.aisyaismail.com/2021/11/aktiviti-balik-kampung-selepas-pkp-30.html



Selama hidup, ini yang paling lama Ai tak berjumpa dengan mak dan baba. Rindu oi! Sebelum ni, selain PKP paling lama adalah dalam 2 ke 3 bulan macam tu je. Itu pun sebab Ai belajar di Kuantan. Tak nak susahkan mak baba nak sediakan tambang balik. Bila dah kerja, kalau takde apa-apa program hujung minggu memang Ai sampai dah depan rumah kecuali hujung bulan. Huhuhu! Tapi lepas kahwin dah kena bahagi masa dengan keluarga mertua juga. 



Ujian Covid-19 di rumah


Sebelum balik Melaka, Ai dan Coco dah buat ujian Covid-19 guna kit RTK yang kami beli di farmasi terlebih dahulu. Alhamdulillah negatif. Ada orang kata kit tu tak tepat, tapi kami tawakal. SOP tetap kami jaga. In syaa Allah.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/aktiviti-balik-kampung-selepas-pkp-30.html



Kami balik waktu malam. Sebelum balik memang dah siap-siap mandi dahulu dan pastikan sepanjang perjalanan tak singgah di mana-mana. Ingatkan malam tu jalan jammed, rupanya tak. Kereta banyak tapi masih bergerak macam biasa. Mungkin dah ramai yang menuju ke Melaka lebih awal atau mereka semua ke Langkawi.



Sampai Melaka, terus teruja. Macam-macam perubahan selepas lebih 9 bulan tak balik. Paling gembira bila dapat tengok mak dan baba depan mata. Rindu sangat-sangat. Selagi ada hayat mereka, kalau boleh memang nak tengok selalu depan mata. 



Aktiviti balik kampung selepas PKP 3.0


Selalunya kalau balik Melaka lama-lama, Ai dan Coco akan keluar jalan-jalan ke bandar. Tapi kali ni kami memang balik sebab dah rindu sangat dengan mak dan baba. Kebetulan adik Ai pun ada balik bersama suami dan anak-anak. Lagi lah meriah kat rumah tu. Kalau keluar pun pergi tempat yang dekat-dekat je.



Tempat dekat yang Ai maksudkan adalah pergi kebun memancing ikan. Hahaha! Seronok tau! Ai tak suka memancing sebab pada Ai memancing ni bosan. Tapi memancing kat kebun sambil layan anak-anak buah sangat seronok. Anak-anak buah Ai pun seronok pergi ke kebun tu. Kejap memancing, kejap main baling batu dalam kolam. Ikutlah  nak buat apa pun asalkan jangan terjun kolam tu je. Banyak pacat!


https://www.aisyaismail.com/2021/11/aktiviti-balik-kampung-selepas-pkp-30.html



Memandangkan kami balik haritu betul-betul pada hari jadi Ai, Coco bawa Ai jalan-jalan naik motor keliling kampung. Itupun dah seronok sebab yang pertama kampung tu cantik. Dan sebab yang kedua, itu pertama kali Ai jalan-jalan keliling kampung tu. Mungkin ada kot masa kecik-kecik dulu, tapi Ai dah lupa. Selalu kalau ke kampung tu memang pergi ke kebun je. Duduk dalam tu memancing diam-diam sambil minum air kelapa fresh.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/aktiviti-balik-kampung-selepas-pkp-30.html

https://www.aisyaismail.com/2021/11/aktiviti-balik-kampung-selepas-pkp-30.html



Ok lah kan dari tak ada. Hehehe! Balik kali ni memang malas betul nak keluar jumpa orang. Memang Ai kalau boleh nak duduk rumah je. Tapi makan tidur makan tidur pun tak bagus juga. Hihihi! Dah boleh menghitung hari untuk balik kampung lagi.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/aktiviti-balik-kampung-selepas-pkp-30.html






aisyaismail

18 comments:

  1. Asalam..wah happy jumpa banyak kenangan kat desa kan...Saya dah lama follow blog ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Banyak kenangan tu tak lah sebab jalan-jalan tempat tak pernah pergi. Huhuhu

      Delete
  2. bestnya balik kampung, tak sabar bebeno akak nak balik kampung jugak nih

    ReplyDelete
  3. Bestnya suasana, hijau sungguh! Syok tu pusing kampung naik motor!

    ReplyDelete
  4. waaa...gambau last tu...phewwwiiittt..hahaha

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah seronok jumpa ibubapa, di kampung ada kebun, bole memancing dan sebgainya, amat meriah.

    ReplyDelete
  6. best sngt hidup kg… rasa freshhh… minum pulak aiq kelapa.. uhhhh sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok. Tapi sesekali lah. Jauh dari bandar ni.

      Delete
  7. Memang suasana kampung sungguh.. cantik..

    ReplyDelete
  8. seronoknya awak balik kampung. Bagus juga kurangkan jumpa orang. mesti kebun banyak pokok kelapa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok kelapa ada 2 3 btang je. Tapi buah lebat.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D