Family Day Di Telaga House, Kajang

Wednesday 17 November 2021

Family Day Di Telaga House, Kajang


 Assalamualaikum and hye readers.




Family day di Telaga House, Kajang | Selepas selamat balik ke Melaka selepas PKP hari tu, Ai sambung bercuti panjang dengan keluarga mertua pula. Kena bahagi masa untuk kedua-dua belah keluarga. Tapi kami tak pergi jauh-jauh pun. Di Kajang sahaja. Tak sangka di Kajang ada Airbnb yang cantik dan besar dengan harga yang berpatutan.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.



Family day di Telaga House, Kajang


Nak kumpulkan ahli keluarga untuk family day bukan mudah ya. Masing-masing dah berkeluarga dan berkerjaya. Nasib baik masa buat family day haritu sekolah belum dibuka, kalau tak lagi payah nak berkumpul. 


https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.



Macam biasa sebelum nak berkumpul ramai-ramai tu, kami dah buat test COVID-19 di rumah siap-siap. Tapi tak adalah ramai sangat. Dalam 20 orang sahaja. Itu pun dah riuh rendah, Macam manalah keluarga yang mempunyai ahli yang ramai mengadakan family day? Mesti lagi riuh suasananya.



Apa yang menarik di Telaga House, Kajang


Telaga House, Kajang ini adalah antara pilihan terbaik dalam bandar untuk berehat seisi keluarga.  Dengan 6 bilik tidur dan juga 5 bilik mandi/tandas, tak perlu nak berebut siapa yang perlu tidur di atas sofa. Paling menarik, Telaga House mempunyai kolam renang yang luas untuk aktiviti keluarga. Selalunya, orang yang ada anak kecil memang mencari kediaman yang ada kolam renang untuk anak-anak. 


https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html

https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.



Set BBQ serta meja ping pong juga disediakan. Kalau korang tak nak mandi kolam, adalah aktiviti lain untuk dilakukan. Tak ada lah bosan duduk santai main handphone tepi kolam je. Tapi, sila pastikan anak-anak kecil dipantau elok di dalam kolam. Nanti tak pasal-pasal keseronokan bertukar tragedi pula.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.


Telaga House ini merupakan rumah lot tepi di dalam kawasan taman perumahan. Tapi jangan risau kerana rumah ini dilengkapi dengan pagar batu yang tinggi. Ada privasi kalau korang duduk di situ. Tak ada siapa boleh skodeng korang mandi di kolam renang. Di sini juga sesuai untuk diadakan majlis kecil seperti majlis hari jadi, pertunangan, pernikahan dan lain-lain.



Kalau nak cari barang-barang keperluan pun tak susah kerana Telaga House berhampiran dengan Lotus's Kajang. Nak jalan kaki pun boleh tapi penat lah dan kena melintas jalan besar. Telaga House ini hanya untuk Muslim sahaja ya. Alkohol dan makanan yang tidak halal sama sekali tidak dibenarkan. Merokok dan haiwan peliharaan juga tidak dibenarkan. Tapi kat kawasan luar dibenarkan untuk merokok.



Apa yang ditawarkan di Telaga House, Kajang


  • Mesin basuh
  • TV
  • Meja ping pong
  • Penghawa dingin
  • Kipas
  • Alat pemadam api
  • Wifi
  • Ruang meja kerja
  • Peralatan dapur
  • Balcony
  • Kawasan lapang berumput
  • Ruang makan luar
  • BBQ set
  • Kolam renang

https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.


Seterika masih menjadi tanda tanya. Sepatutnya ada, tapi kami semua tak jumpa di mana seterika tersebut. Ai anggap seterika tak ada je lah.


Banyak spot cantik untuk OOTD


Selain daripada kemudahan-kemudahan yang disediakan, yang menariknya tentang Telaga House ini adalah banyak spot yang cantik dan menarik untuk OOTD. Sebelum daftar keluar dari rumah tersebut, masing-masing memang habiskan masa untuk bergambar je. Kejap kat atas, sekejap di bawah. 

https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html


Tempat yang paling menarik untuk OOTD sudah semestinya di kolam renang. Reka bentuknya menarik dengan rumput karpet. Jangan berangan pakai kasut atau selipar atau rumput tu tau melainkan kasut korang bersih. Selain itu, di balkoni juga cantik. Ala-ala Bali tak berapa Bali gitu. Hahaha! Tapi memang cantik.

https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.

https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.


Selalunya kan, kalau Ai duduk di homestay mesti diwajibkan untuk mengemas homestay hampir seperti sedia kala. Jika tidak, deposit tidak akan dikembalikan. Di Telaga House, cukup dengan mencuci pinggan dan peralatan memasak yang digunakan. Sampah juga perlu diikat ketat dan diletakkan di tong sampah hadapan. Yang lain-lain pihak homestay akan kemaskan.


Tapi jangan lah tinggalkan homestay tu macam sarang tikus pula. Jenuh pihak homestay nak kemaskan semula. Silap hari bulan, mereka tolak je deposit korang baru tau.

https://www.aisyaismail.com/2021/11/family-day-di-telaga-house-kajang.html
Gambar dari Airbnb Telaga House, Kajang.

Harga menginap di Telaga House, Kajang


Masa Ai pergi hari tu pada hari biasa. Harga dalam RM900. Kalau pergi pada hujung minggu, harga jadi mahal sedikit. Kalau korang nak menginap di Telaga House, Kajang atau nak tahu lebih lagi, klik link ni https://bit.ly/3DoxmQB






aisyaismail

25 comments:

  1. Best nya dapat berkumpul setelah lama tak jumpa. Rumah pun cantik.

    ReplyDelete
  2. Serius cantik la.. kalau dtg dengan family besar buat bbq .. lg seronok nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Malam memang kami buat bbq pun.

      Delete
    2. Maksimum 20 org...jika lebih ada caj tambahan...tetapi best ...boleh repeat..sya dtg weekends dan extra 10 org bayar rm1.4k..

      Delete
  3. Selamat bercuti dan beristeri rehat

    ReplyDelete
  4. Cantiknya. Memang berbaloi harga tu kalau ramai-ramai. Koleam renang pun nampak macam best

    ReplyDelete
  5. salam kenal.

    nice sharing. nowadays ramai suka kalau dpt stay kat any homestay kan. silap2 tepi rumah pun org suka. setidak2nya dapat keluar dr rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Homestay pilihan untuk yang nak duduk ramai.

      Delete
  6. Family day di Telaga House, cantik sangat.

    ReplyDelete
  7. cantik sungguh tempat ini...

    tapi harga tu agak ekslusif sedikit

    ReplyDelete
  8. Sis, swimming pool kedalaman sesuai utk kids? Or utk dewasa sahaja?

    ReplyDelete
  9. Menarik homestay ni. Cantik, luas dan selesa. Banyak kemudahan dan bilik pun banyak. Alamak, misteri pulak tak jumpa iron. Harga masih berpatutan lagi tu sesuailah dengan apa yang ada :)

    ReplyDelete
  10. Menarik homestay ni. Cantik, luas dan selesa. Banyak kemudahan dan bilik pun banyak. Alamak, misteri pulak tak jumpa iron. Harga masih berpatutan lagi tu sesuailah dengan apa yang ada :)

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D