Resipi Mudah: Asam Pedas Daging Yang Pasti Sedap

Sunday, 21 November 2021

Resipi Mudah: Asam Pedas Daging Yang Pasti Sedap


  Assalamualaikum and hye readers.




Resipi mudah Asam Pedas Daging yang pasti sedap | Ramai yang ke Melaka untuk mencari asam pedas yang sedap. Tapi bagi Ai pula, asam pedas yang sedap adalah asam pedas yang dimasak sendiri di rumah. Hehehe! Benda boleh jimat buat apa nak beli kan. Selama Ai masak asam pedas ni, dalam 10 kali masak belum tentu semua 10 kali tu sedap. Lain-lain rasa. Kejap jadi kejap tak jadi.


Apa yang Ai perasan, faktor kesedapan masak asam pedas adalah bergantung pada jenis cili, jenis belacan, kepekatan kuah dan kemasaman asam yang digunakan. Ni teori dari pengalaman Ai je tau. Kalau orang yang hebat memasak, bagi bahan apa pun menjadi sedapnya. Macam mak Ai. Aduh! Rindunya masakan mak.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/resipi-mudah-asam-pedas-daging-sedap.html


Bahan-bahan


1. 1kg daging
2. 3 senduk cili kisar
3. 1/2 tapak tangan asam jawa dibancuh dengan air
4. 1 batang serai ditumbuk kasar. Kalau kecil letak 2.
5. 1 inci lengkuas ditumbuk kasar
6. 2 inci halia ditumbuk kasar
7. 5 helai daun limau purut dikoyak
8. 1/2 sudu teh serbuk kunyit
9. Garam secukup rasa
10. Bahan perasa (tak letak pun tak apa)
11. 2 senduk minyak masak
12. Air secukupnya


Cara-cara


1. Goreng cili kisar di dalam minyak panas sehingga garing. Jangan sampai hangus ya.
2. Apabila dah hampir garing, masukkan serai, lengkuas dan halia.
3. Setelah cili garing, masukkan bancuhan air asam jawa. Air masukkan lebih untuk bagi daging empuk.
4. Apabila mendidih, masukkan serbuk kunyit dan kemudian daging beserta daun limau purut. Tunggu sehingga daging empuk. Kacau-kacau daging supaya rata. Jangan bagi air kering. Jika air berkurang sebelum daging empuk, tambah air lagi. 
5. Setelah daging empuk, masukkan garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan tunggu sehingga kuah pekat.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Air asam tu ikut tekak masing-masing. Jika suka masam, lebihkan asam jawa.




aisyaismail

17 comments:

  1. sedapnyaaa.. favorite busyra asam pedas

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap. nanti bolehlah saya cuba resipi ni

    ReplyDelete
  3. Tak pernah jumpa lagi asam pedas daging. Selalu nampak kat kedai, asam pedas ikan dan ayam je.

    ReplyDelete
  4. mantap!!boleh buat jual..hehehe

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa antar sini sikit hehhehe

    ReplyDelete
  6. Masak asam pedas ni kena sabar masa menumis cili. Hangit kena buang, tak cukup masak nanti tak sedap pulak. Saya suka asam pedas tetel

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D