Mendaki Bukit di Bukit Jelutong Eco Community Park

Wednesday 24 November 2021

Mendaki Bukit di Bukit Jelutong Eco Community Park


 Assalamualaikum and hye readers.




Mendaki bukit di Bukit Jelutong Eco Community Park | Ai percaya ramai yang masih belum tahu akan kewujudan Bukit Jelutong Eco Community Park ni. Mana tak nya, masa Ai muat naik gambar-gambar di Instagram, banyak DM yang bertanyakan lokasi tempat ini.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html



Bukit Jelutong Eco Community Park ni memang tempat baru. Tapi tak adalah baru sangat. Telah dibuka kepada umum sejak beberapa tahun yang lepas. Mungkin sebab PKP, taman tasik ini tidak mendapat kunjungan dari pengunjung serata negeri. Ai sendiri pun hampir terlupa akan kewujudannya.



Kebetulan Ai tengok IG Story Cik Manggis, cantik pula tempat ni. Ai pun Google lah. Besar rupanya. Tasik pun besar. Ingatkan kecil je. Terus ajak Coco ke sini. Dan hari yang Ai pergi tu pun Ai ada ternampak Cik Manggis bersantai di tepi tasik bersama suami dan teman-temannya. Ai buat-buat tak kenal. Hahaha!


https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html



Mendaki bukit di Bukit Jelutong Eco Community Park


Bukit di Bukit Jelutong Eco Community Park ni tak tinggi mana pun. Daki bukit manja-manja je. Kalau pendaki yang dah biasa daki bukit berjam-jam, Bukit Jelutong Eco Community Park ni di celah gigi mereka sahaja. Silap-silap ada ruang lagi kat celah gigi tu. Hahaha! Memang tak tinggi.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html



Pada korang yang baru nak berjinak-jinak mendaki bukit atau gunung, korang boleh lah cuba mulakan dengan Bukit Jelutong Eco Community Park ni. Mengah sikit masa nak naik je, turun tak ada masalah. Boleh lari pecut 100m. Ecewahh! Ai rasa kalau tak ada berhenti amik gambar dan berehat macam Ai, 10 minit dah boleh sampai kat atas tu. Walaupun tak jauh, gayat juga bila dah sampai atas tu.



Tapi, Ai tak tahu lah kalau kat atas tu boleh masuk hutan dan sambung mendaki lagi. Hari tu tak nampak pula ada trek lain atau bukit yang lebih tinggi. Rasanya tak ada. Tapi rasa macam ada. Ok, kena pergi lagi sekali ni untuk pastikan ada atau tidak. Mana tahu Ai terlepas pandang kan. 


https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html



Aktiviti di Bukit Jelutong Eco Community Park


Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan di Bukit Jelutong Eco Community Park ni. Sesuai dijadikan lokasi untuk bersantai-santai bersama keluarga dan teman-teman. Pada hujung minggu ramai juga orang yang datang dengan stroller bayi. Datang awal untuk mengelakkan kesesakkan. Musim-musim covid ni tak sesuai nak bersesak dengan orang ramai.


Mendaki bukit


https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html


Macam Ai tulis tadi, bukit di Bukit Jelutong Eco Community Park tak tinggi pun. Sesuai untuk korang mendaki santai-santai dengan keluarga. Anak-anak korang mesti suka dengan aktiviti baru ini. Jangan terkejut, yang bawa baby panjat bukit tu pun ada tau. Nasib tak ada trek untuk stroller. Kalau tak, dengan stroller naik atas tu.


Berkelah


https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html


Ai perasan sejak musim covid ni ramai pula yang suka pergi berkelah. Berkelah tak semestinya kena ada laut. Tasik atau padang pun tersangat lah ok. Di Bukit Jelutong Eco Community Park ada kawasan lapang untuk korang hamparkan tikar yang korang bawa dari rumah tu. Pilih je nak lepak depan tasik atau atas bukit sikit. Kalau Ai, Ai pilih yang atas bukit sikit. Pemandangan lebih cantik.


Haiwan ternakan


https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html


Ada pelbagai haiwan ternakan di Bukit Jelutong Eco Community Park ni. Yang Ai nampak seperti itik, angsa dan kambing. Yang lain-lain Ai tak pasti sebab kawasan haiwan ternakan ditutup masa Ai ke situ. Itik-itik tu memang ada di dalam tasik. Ai ada baca review, haiwan-haiwan ternakan tersebut boleh diberi makan.


Memancing


https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html


Nak memancing pun boleh tau. Tapi Ai tak ada pula gigih nak memancing kat situ. Ai tak minat memancing selain dari di kebun di Melaka tu. Daripada Ai memancing, lebih baik Ai meneroka persekitaran tempat tu. Lagi banyak perkara yang boleh Ai lakukan.


Berbasikal


https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html


Ramai juga yang berbasikal datang ke Bukit Jelutong Eco Community Park ni. Siap ada yang bawa naik bukit. Ada laluan disediakan. Tapi kan, kalau nak berbasikal lebih baik korang pergi ke Taman Botani Negara Shah Alam. Berbasikal lah sepuas-puasnya. Di taman ini, kawasan terhad untuk mengayuh basikal. Tak sempat nak keluar peluh nanti.


Kopi-kopi


https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html


Ada satu kafe kecil di tepi tasik. Pemandangannya memang memukau. Cuma peniaga kafe je yang tak disediakan. Jangan lupa bawa kopi sendiri dari rumah tau. Hehehe! Ruang kafe tu dibuka je untuk korang nak lepak kat situ. Lagi sekali Ai pergi nanti Ai akan periksa sama ada kafe itu dah ada peniaga atau tidak. Mungkin dia bercuti disebabkan PKP. 


Bergambar


https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html


Banyak spot yang menarik di Bukit Jelutong Eco Community Park. Nak pokok, lebuhraya, bunga, tasik, atas bukit, bawah bukit pun semua ada. Pilih je nak latar belakang yang macam mana. Pilihan di tangan korang. Dalam gambar di atas ni, di sebelah kanan tu bukan tanah perkuburan tau. Tapi rumah lebah. Takut ada yang ingatkan tanah perkuburan terus tak nak datang. Hahaha!



Pemandangan cantik di Bukit Jelutong Eco Community Park


Paling Ai suka di Bukit Jelutong Eco Community Park ini adalah pemandangannya yang cantik sangat. Dari atas bukit atau bawah bukit, sama cantik. Kalau pergi semasa cuaca yang cantik, bertambah-tambah cantik tempat ni. Kena dengan model yang cantik, lagi lah cantik berseri-seri. Untuk bergambar dari atas bukit, korang boleh pilih nak latar belakangkan kehijauan alam semula jadi mahupun lebuhraya.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html

https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html


Kalau korang duduk di kawasan yang berhampiran dengan Bukit Jelutong Eco Community Park, korang dah tak payah susah-susah dah nak mencari tempat untuk OOTD. Bukit Jelutong Eco Community Park dah sesuai sangat-sangat. Kalau malas nak panjat bukit tu, pemandangan di bawah bukit pun dah cukup cantik. 


https://www.aisyaismail.com/2021/11/mendaki-bukit-di-bukit-jelutong-eco-community-park.html





aisyaismail

23 comments:

  1. Yay! Ada tempat baru untuk di-explore :) Thanks Ai! :)

    ReplyDelete
  2. Menarik ni. Tak pernah sampai lagi. Suka gambar yang berlatarbelakangkan bunga-bunga tu

    ReplyDelete
  3. Asalam..aduhai seronoknya....saya lama dah follow blog ni ya..datang lagi ke blog sabahan blogger ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam. Sama lah dah follow back lama dah.

      Delete
  4. mcm2 aktiviti boleh buat kat sini ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama tak penah sampai lagi maka bolehlah masuk wishlist hihi

      Delete
  5. semput2 jugak la naik bukit tu..almaklumlah..lama tak buat aktiviti masa PKP...

    ReplyDelete
  6. dulu wak penah keje kat area bukit jelutong nih.. 😅

    ReplyDelete
  7. Selamat beriadah
    nampak menarik tempatnya

    ReplyDelete
  8. Pemandangannya cantik. Spot fotonya bagus2. Semoga saya bisa ke sana.

    ReplyDelete
  9. cantik tempat ini. sambil hiking, boleh OOTD sekali

    ReplyDelete
  10. WOW! Baru tahu tempat ni. Thank you sebab share, nanti bolehlah terjah situ

    ReplyDelete
  11. cantik la Bukit Jelutong Eco Community Park ni

    ReplyDelete
  12. Cantik pemandangan kawasan hijau. Sejuk mata tengok.

    ReplyDelete
  13. cantik tpt nie.. npe kita terbayang kalau dorg buat cabel car pun okay kan tpt cm nie.. hehe

    ReplyDelete
  14. Menarik tempat ni ai. Rasa selamat lagi nak hiking walau tak mencabar. Hiking manja manja pun boleh penat juga. Banyak tarikan kat sini. Sesuai aktiviti riadah dengan keluarga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni cantik sangat. Nak pergi lagi lah esok.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D