Aisya Ismail
Aisya Ismail
  • Tentang
    • Writer
    • Privacy Policy
    • Disclaimer
  • Fesyen
    • Aksesori
    • Hijab
    • Outfit
    • Popular
    • Tip Fesyen
  • Kecantikan
  • Gaya Hidup
    • Drama dan filem
    • Info & Ilmu
    • Jalan-jalan
    • Kreatif
    • Makan Sedap
    • Random
    • Resipi
  • Sorotan
    • Info Terkini
    • Kempen
    • Kolaborasi
    • Pilihan Editor
  • Hubungi
Pada 21st July 2017 yang lepas, semasa orang lelaki sedang menunaikan Solat Jumaat, adik ai telah selamat melahirkan seorang baby boy yang diberi nama Abdul Harris. Comel sangat! Ada ke baby yang tak comel? I don't think so.. Bagi ai, baby semua comel-comel belaka.


Sehari selepas lahirnya baby Harris ke dunia ini, dia tiba-tiba dapat or terkena jaundis atau pun demam kuning. Ai macam confused, kenapa da sehari baru dapat jaundis ni? Anak kakak ai dulu pun pernah kena jaundis juga, tapi seingat ai, jaundis tu dah ada masa dilahirkan. 




Ai taknak pening-peningkan kepala,ai terus menggunakan khimat pak cik G. Ye laa! Preparation juga untuk ai once ada baby nanti. At least ada lah sedikit ilmu di dada.


Ini sedikit sebanyak info yang ai dapat hasil carian di google. Thank you pak cik G!


Punca-punca Jaundis

  • Penggunaan ubat untuk mempercepatkan kelahiran.
  • Selepas lahir, bayi kurang disusukan.
  • Jaundice juga kerap menyerang bayi yang tidak cukup bulan atau pramatang.
  • Ibu dan bayi yang dilahirkan berlainan jenis darah.
  • Berlakunya jangkitan atau trauma semasa proses kelahiran.
  • Jika adik beradik bayi pernah terkena penyakit ini maka risiko bayi tersebut terkena jaundice sangat tinggi.

Dalam kes adik ai ni, sebab adik ai dengan baby Harris berlainan jenis darah. Adik ai berdarah O manakala baby Harris berdarah A.


Tanda-tanda Jaundis

Bahagian kulit dan mata putih kelihatan kekuningan. Kuning ini mula kelihatan di bahagian kepala terlebih dahulu sebelum menurun ke bahagian badan.


Baby Harris ni berkulit cerah macam umi dan abinya. So, walaupun jaundis tu belum teruk, kuningnya dah nampak jelas.


Ni baby Harris sebelum kena Jaundis


Cara Merawat Jaundis

  • Kalau di hospital, baby akan diletakkan di bawah cahaya lampu biru (Bililight).
  • Berikan bayi menyusu dengan lebih kerap. 
  • Dedahkan pada cahaya matahari. Tapi jangan direct sangat. Kesian baby tu.
  • Minum susu kambing.
  • Minum jus anggur hitam
  • Mandikan dengan air kucai

👆 Tapikan, ada juga orang cakap, petua orang dulu-dulu ni tak semestinya mujarab di zaman moden serba canggih ni. Ikut luck masing-masing. Sebab semasa mengandung, ibu-ibu makan macam-macam makanan yang tak sesuai untuk kandungan. 

Baca juga: Ulser mulut bayi


So, ai rasa better rujuk pada doctor. Itu yang terbaik. Sebab doctor lebih arif tentang penyakit ini. Di samping itu, boleh lah kita turut mengikut petua orang dulu-dulu di rumah. Kalau yang ada rezeki mampu breastfeed, bagi susu tu sekerap yang boleh. Susu ibu kan susu terbaik di dunia. Sebagai langkah usaha. Allah dah janjikan, ada doa, usaha dan tawakal, insyaallah semuanya dipermudahkan. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan segalanya. 💖
Haa?! Seriously cili kisar pun nak kena update step by step? Hahaha! Mesti ada yang cakap macam tu kan? Ok lah ai tau korang terror dah memasak! Setakat entri cili kisar, sebelah mata je korang pandang. Hahaha! 

Tak kisah lah. Entri ni ai update untuk gadis-gadis atau jejaka-jejaka yang baru nak berjinak-jinak di dapur. Jangan tak percaya, ada juga carian cara membuat cili kisar di Google tau. Kalau tak percaya, pergi Google sekarang juga.

Ok jom ai ajarkan cara-cara membuat cili kisar atau cili boh versi ai ni.



Pernah dengar tak jenama atau pernah tak masuk kedai yang bernama Shoe City? Mengaku cepat! Ai percaya ada di antara readers blog ai yang tau tentang Shoe City. Tapi lagi ramai yang tak tahu. Tidak lah famous macam brand yang famous, tapi still ada peminatnya yang tersendiri.





Apa khabar semua pagi ni? Dah sarapan? Tengah fikir nak update apa ke tu? Haa pagi-pagi ni banyak pulak soalan ai. Saja nak beramah-mesra dengan readers yang singgah ke sini.



Dah lama ai tak dengar latest song dekat youtube. Ye lah, kat rumah tak dengar radio. Kalau dalam kereta pula ai memang dengar sinar fm. Faham-faham lah lagu dia macam mana kan. Eheheh.






So, pagi tadi ai pun on youtube kat pc. Sumbat earphone, terus buat kerja macam biasa. Layan punya layan, tiba-tiba keluar lagu yang ai tak pernah dengar. Ok lah not bad. Ai pun layan je lagu tu. Sampai lah tiba-tiba... What? Kenapa dia seru-seru nama ai ni? Hahahah! Nampak tak perasan?
Newer Posts Older Posts Home

Hello

Aisya Ismail
“Good things make people feel something.”

Berkongsi perspektif tentang fesyen, penulisan kreatif, gaya hidup, resipi dan pelbagai perkara yang random.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • CARA DOWNLOAD VIDEO DARIPADA YOUTUBE
  • 10 Tip Untuk Tidur Lena Dan Segar di Pagi Hari
  • PG MALL 916 CULTURAL DAY, BOOST DAN HEALTH AND BEAUTY ESSENTIAL WEEK
  • Akar Villa, Port Dickson: Family Day Untuk 25 Orang
  • Himpunan Kraftangan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Advertisement

Copyright © Aisya Ismail. Designed by OddThemes