5 cara menghilangkan dagu berlapis. Buat kat rumah je!

Tuesday 18 August 2015

5 cara menghilangkan dagu berlapis. Buat kat rumah je!


Assalamualaikum and very good morning.


5 cara menghilangkan dagu berlapis. Buat kat rumah je! Pagi ni Ai bangun pagi dan perasan sesuatu dekat muka Ai. Double chin! Hahaha! 

Ai percaya ramai gadis di luar sana yang cepat resah dan gelisah bila naik badan. Betul tak? Ai pun salah seorang daripada gadis-gadis itu. 

Mana tak nya, Ai ni kecik molek je orangnya. Sesiapa yang mempunyai ketinggian yang sama dengan Ai mesti akan rasa benda yang sama. Orang tinggi-tinggi naik badan masih nampak cantik chubby-chubby. Tapi bila kita, confirm nampak macam doraemon. 


DOUBLE CHIN
Gambar hasil carian di google

Ai jenis yang sensitif dengan produk-produk kecantikkan. Kalau ada satu yang serasi, itu lah ai akan pakai sampai bila-bila. 

Tapi kadang-kadang, bila da bertahun pakai produk tu jadi tak serasi dengan kita. Ke perasaan Ai je ni? 

Terus ai google tips-tips kecantikkan nak hilangkan double chin. At least kurangkan pun dah ok. Kalau cara tu berkesan dan kita amalkan mesti lah hilang.. Ye dok?? 

Jom ai kongsikan tips yang ai jumpa lepas bersembang hati ke hati dengan Pak Cik G a.k.a google.

5 cara menghilangkan dagu berlapis. Buat kat rumah je!

1. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak 

Macam biasa, perkara penting dalam menjaga badan, kurangkan makanan jenis berlemak dan berminyak. Ai tak suggest untuk korang elakkan, cukup sekadar kurangkan. 

Sebab kita sebagai manusia biasa memang keinginan tinggi terhadap makanan. Kalau tak dapat merasa takut kempunan pula nanti.

2. Kunyah chewing gum

Ni mesti ramai suka buat. Tapi kunyah bukan manja-manja tau, kunyah chewing gum a.k.a gula-gula getah ni sampai kebas baru berhenti. 

Ai tak makan chewing gum. Jadinya teknik ini tak menjadi pilihan Ai. Kalau korang suka kunyah chewing gum, tak ada masalah lah.

3. Banyakkan bercakap dan ketawa. 

Cara ni boleh mengurangkan lemak di dagu. Tapi kalau nak buang lemak pun, jangan lah sampai orang cakap kita ni annoying asyik bercakap dan ketawa. Cukup sekadar jadi peramah tapi jangan over ramah pula. 

Atau mungkin boleh amalkan menyanyi sebab dengan menyanyi pun kita masih menggerakkan mulut. 

Nak lebih baik? Mengaji Al-Quran setiap hari. Selain ada pergerakkan pada mulut, anda juga akan mendapat pahala membaca Al-quran. Amacam?

4. Banyakan minum air putih

Benda ni semua orang dah tahu, badan kita memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air putih sehari. Kalau ada yang masih tak tahu lagi, haaa ni Ai dah bagitahu. Minum air banyak sikit setiap hari!

5. Senaman

Kalau korang jenis yang rajin bersenam, korang boleh cuba cara senaman di bawah ni.

  • Duduk dalam keadaan menegak, angkat kepala dan lihat ke atas. Muncungkan bibir dan biarkan selama 10 minit dan kembali semula dalam keadaan asal. Ulang sebanyak 10 kali.
  • Berdiri tegak dalam kedudukan yang selesa. Bukakan mulut seluas yang mungkin dan keluarkan lidah sejauh mungkin. Bertahan selama 10 saat dan berehat. Ulang sebanyak 5 kali.
  • Gerakkan muka secara perlahan-lahan mengikut arah jam sebanyak 5 kali. Lakukan perkara yang sama mengikut arah lawan jam pula. Ulang sebanyak 5 kali. Lakukan secara perlahan-lahan dan anda akan dapat merasakan regangan otot leher.
  • Bila dah buat senaman muka ini, perkara utama yang perlu dipastikan ialah, jangan terus tidur lepas makan. Jangan ambil makanan selepas pukul 8.00 malam. Lakukan senaman ringan untuk badan juga.

Haaa cuba lah tips di atas. Sebenarnya ada banyak lagi tapi Ai kongsikan yang kurang leceh. Ai memang malas nak gigih sangat amalkan benda-benda yang leceh. 

Satu sebab masa dan yang kedua sebab memang dah sifat tu malas bagi alasan pun tetap jawapan nya malas. 


SELAMAT MENCUBA! 

10 comments:

  1. Nice post dear ^^ alala..sy pun ad double chin..bdn da makin naik ..haha

    ReplyDelete
  2. hmmm kak lina pun ada double chin ni hihi....nice tips AI....

    ReplyDelete
  3. Uitsssss... ada tapi tak nampak sangat. ehheheheh

    ReplyDelete
  4. Suka tips senaman tu. Tak pernah dengar lagi tapi boleh cuba.

    ReplyDelete
  5. Mama nak cubalah kunyah chewing gum lama2. Nak buat buang DC mama ni ha

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D