Kenapa fashion?
Kenapa fashion?
Kenapa Fashion?
Pernah suatu ketika dulu, ai penat dengan soalan 'kenapa fashion?'. Sana-sini orang tanya ai 'kenapa fashion?'
Masa sekolah dulu, ai memang nak sangat masuk kelas aliran account. Nak jadi accountant or guru account lah kononnya. Minat sangat bidang account ni walaupun ai belum tahu satu apa pun pasal account. Dan ai nak sangat jadi cikgu.
 |
| Gambar hasil carian di google. |
Seperti yang ai harapkan, yes! ai dapat masuk kelas aliran perakaunan. Tapi kan, minat tu berubah secara tiba-tiba bila ai amik subject pendidikan seni sebagai subject tambahan. Ai tak hebat melukis pun. Malah nak live sketching pun ai tak reti. Tapi ai dah mula minat pada designing. Hasilnya semasa apply upu, semua pilihan ai adalah art and design dan accounting pilihan terakhir.
First choice ai adalah Graphic Art and Design. Seriously ai sangat berharap untuk dapat bidang grafik ni. Minat habis lah! Macam biasalah, ai tak tahu pun bidang grafik tu macam mana. Yang ai tahu, design menggunakan komputer. Lepas tu habis belajar nak kerja dalam studio. Terlupa terus niat nak jadi cikgu tu. Heh! Suka sangat berangan tau.
Tapi tu lah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ai. Ai tak dapat pun bidang grafik. Malah, ai tak dapat pun apa-apa tawaran upu. Ai hanya dipanggil untuk interview sahaja di UiTM Lendu, Melaka. Oh kecewa sangat! Lebih-lebih lagi bila ada kawan-kawan yang dah dapat tawaran, lagi lah sedih kan. Masa tu ai dah sambung form 6.
Ai adalah terima beberapa tawaran belajar lain di kolej dan universiti swasta. Tapi entah lah. Hati ni sedikit kecewa sebab tak dapat upu. Merajuk lah kononnya. Macam lah ada orang nak pujuk. Hahaha!
 |
| Gambar hasil carian di google. |
Tak lama lepas ai sambung form 6, ai dapat tawaran dari Kolej Shahputra dalam bidang fashion. Kolej Shahputra ni sekarang dah rebrand oleh owner baru dan dikenali sebagai Widad College University.
Ok, masa dapat tawaran tu, I feel like.... Fashion? Dah kenapa pula dapat tawaran bidang fashion pula ni? Menjahit langsung tak tahu. Cucuk benang pada jarum pun kena hisap-hisap benang lima enam kali. So, ai nak ignore pada mulanya. Tapi tak tahu lah kenapa tiba-tiba ai bagitahu mak baba, ai nak pergi belajar kat situ.
Guess what? Seperti yang ai jangka, semua orang terkejut ok! And sejak dari situ lah bermula nya soalan 'kenapa fashion?' 'why fashion?' 'kenapa?' 'kenapa?' 'kenapa??????'. Sampai ai pun dah mula question 'kenapa?' pada diri sendiri.
Bila dah lama-lama ai menceburi bidang fashion, ai mula faham kenapa ai ditakdirkan untuk ambil bidang fashion dan bukannya grafik. Kolej swasta pula tu. Bermati-matian nak masuk universiti tau. Tapi tulah.. Ai hanya mampu merancang, Allah yang tentukan apa yang terbaik untuk ai.
Ai selalu berdoa untuk dapat belajar dalam bidang grafik, tapi ai dapat tawaran dalam bidang fashion. Ai tak menyesal pun sebab ada je subject computer design yang ai wajib amik. Haaa nampak tak? Kalau ai amik grafik belum tentu ai boleh belajar tentang fashion. Tapi bila ai amik fashion, ai bukan sahaja belajar tentang fashion, malah ai belajar tentang grafik, photography, shoe designing, metal and macam-macam lah. Syukur sangat-sangat.
Ai berdoa nak dapat masuk universiti. Tapi ai hanya dapat kolej swasta. It's ok, ai redha walaupun mula-mula dulu frust menonggeng. Sebab kolej swasta tu tiket ai dapat sambung ijazah ai di universiti tau. So akhirnya ai dapat juga sambung belajar di universiti. Alhamdulillah! Ada juga planning nak sambung master, tapi... tapi... belum tahu lagi bila nya. Hehehe!
 |
| Project akhir degree fashion show. Bangga lah juga Zahnita Wilson tengah famaous masa tu catwalk pakai baju ai. |
Cikgu? Hurmm ni je lah yang niat yang ai rasa ai perlu kuburkan. Dulu masa ai choose fashion dan soalan 'kenapa fashion?' tu asyik berkumandang di corong telinga, ada juga yang bertanya dan suggest, kenapa tak apply maktab? Kan senang, boleh jadi cikgu terus. Tapi tu lah. Terlalu banyak yang ai kejarkan masa tu, dan tak semua yang kita kejarkan kita boleh dapatkan? Jangan tamak aisya! No no no tak baik. Ai dengan confident cakap, 'takpe nak masuk university dulu, lepas tu nak sambung DPLI or KPLI pula untuk jadi cikgu. Last-last tak terkejar pun. Lepas habis study, ai pun dah sweet 23 dan ai dah taknak sambung belajar sebab ai nak cari duit pula. Fuh!
Kalau sekarang ai baru nak apply jadi cikgu masih layak tak? Hehehe! Kalau layak ai nak apply ni.
Walaupun cita-cita untuk jadi cikgu tu masih dalam hati, tapi ai tetap happy berkerja sebagai visual merchandiser. Seronok! Dalam masa yang sama, ai buat freelance sewing and designing. Nampak tak, semua yang ai belajar dulu ai gunakan sebaiknya. Hahaha! Sikit demi sedikit ai mula faham dengan matlamat hidup ini. Bukan apa yang kita minat sekarang, tapi apa yang kita nak buat akan datang.
Main point ai bukan nak bagitahu ai dah berjaya ke, ai belajar apa ke. Bukan, semua pun bukan. Just nak sharing pada adik-adik yang belum tahu lagi hala tuju masa depan. Belajar rajin-rajin. Fikirkan apa yang korang nak kemudian pilih betul-betul apa bidang yang korang nak ceburi. Jangan jadi macam ai tau. Tak tahu apa yang ai nak dalam hidup ini. Tapi alhamdulillah, jalan yang ai pilih tu tak salah.
Dan lagi satu. Jangan sesekali suka sesuatu bidang tu sebab orang lain suka. Sukakan sesuatu bidang tu sebab korang yang suka.
Fuhh panjang lebar ai membebel. Ok dah penat. Jumpa lagi di next entri ok. See yaa 😉