MASAK-MASAK BERSAMA CHEF ZAMIR

Friday 8 December 2017

MASAK-MASAK BERSAMA CHEF ZAMIR


Assalamualaikum and readers~



Last week ai berkesempatan untuk menyertai cooking demo yang dianjurkan oleh AMC Group. Korang tahu tak apa AMC ni? AMC ni adalah jenama yang mengeluarkan produk memasak dengan reka bentuk yang canggih, luar biasa dan cantik. 


Apa yang ai boleh katakan, ai seronok joint demo ni. Ye laa, secara tak langsung ai dapat berjumpa dengan beberapa orang blogger yang ai hanya kenal di dunia blogger dan media sosial sahaja. Selalunya ai hanya baca blog mereka dan komen, bila ada event yang macam ni, baru lah dapat bersua muka. 






Selain para blogger, ai juga dapat beramah-mesra dengan Chef Zamir selaku duta jenama AMC. Sopan orangnya. Chef Zamir ni pemenang program masterchef 2013 kalau tak silap ai. Chef Zamir menunjukkan demo memasak empat resipi dengan menggunakan periuk jenama AMC. Menunya adalah butter cake, nasi biru, rendang ayam dan sayur campur. Nampak macam senang je Chef Zamir masak. Sekejap je dah siap empat menu.






Sepanjang demo tersebut, ai sangat kagum dengan periuk jenama yang digunakan. Memang canggih ok. Siap korang boleh choose nak memasak secara manual ataupun auto. Kalau korang set auto, sambil masak sambil korang boleh mandi, lipat baju, basuh baju atau apa-apa lah. Tak payah risau kek korang hangus, tak payah risau sayur goreng korang over cooked. Ada juga pengguna produk AMC dalam event tersebut. Bila akak tu kongsikan pengalaman menggunakan produk tersebut, ai kagum gila dengan kecanggihan produk tersebut yang diceritakan oleh beliau. Siap tegaskan yang dia tidak dibayar oleh penganjur. Dia hanya berkongsikan pengalaman sahaja. Harap-harap birthday tahun depan encik husband bagi hadiah periuk AMC =D






Produk-produk AMC sememangnya agak pricey. Masa ai dengar harganya pun ai macam tertelan air liur. Tapi bila melihat kecanggihan periuk-periuk tersebut, memang selayaknya dengan harga yang ditawarkan. Malah, ada jaminan sehingga 30 tahun. Periuk jenama apa yang ada jaminan selalma itu? Korang nilai lah sendiri. Worth it ke tidak? Pada ai, sangat berbaloi tau. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai produk ini, korang boleh layari website https://www.amc.info/en-my/.




11 comments:

  1. jaminan 30 tahun?? lamanya.. boleh warisi pada anak ni.. untung sangat.

    ReplyDelete
  2. First time dengar produk AMC tuh. Bestnya dapat tengok org main masak2.

    ReplyDelete
  3. kena beli satu sbg hadiah kpd isteri...

    ReplyDelete
  4. Bestnyaa. Dulu tgok chef zamir dalam masterchef jeaa.

    ReplyDelete
  5. syoknyaa dapat jumpa chef zamir, Tapi.. tak puas tengok gambar awk, cuba nanti set gambar ke extra large. baru ngam nak tgok puas puas. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you mimin untuk teguran itu. Akan diperbaiki. hikhiks

      Delete
  6. Seronoknya boleh masak dan tinggal tanpa risaukan masakan hangit.. Zaman la nie semua nak kena pantas.. Bagus periuk nie..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D