TAHU TAK BETUL TAPI IKUT JUGA - Aisya Ismail

Sunday, 14 January 2018

TAHU TAK BETUL TAPI IKUT JUGA

Assalamualaikum and hye readers~



Bila balik kampung, sesekali mesti nak menyinggah rumah mak cik, pak cik, nenek saudara, atuk saudara atau pun jiran-jiran yang lebih tua. Terutama sekali bila cuti panjang. Bukan apa, saja nak mengeratkan sillaturrahim. Cewahhh padahal sesekali je pergi teman mak je pun. Kira nak mengeratkan sillaturrahim juga lah kan. Waktu selebihnya ada je terperap kat dalam rumah.


Sesekali bila dah berjumpa tu, mesti macam-macam yang nak diborakkan. Tapi mak ai lah yang berborak. Biasalah orang tua-tua kan, banyak cerita dan kenangan lama yang nak diimbas kembali. Ai ni spesis pemalu and malas bercakap. Kalau tak percaya, jom cuba hangout sama-sama. Nilaikan lah sendiri. Hehehe! Orang tua-tua ni banyak pantang larang. Jangan itu jangan ini. Dulu-dulu bila mak cakap jangan, terus tak buat sebab mak siap bagi reason sekali. Bab reason tu yang gerun. Tapi bila dah besar ni, dah boleh fikir sendiri rasa macam tak logik je. Tapi walaupun tak logik tetap ikut juga.







1- Jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua - Kalau ai dah termenyanyi tu memang rasa gerun juga lah. Kalau tua sikit dari ai tak apa. Kalau tua yang berpuluh tahun dari ai? Hurmmm not my type lelaki matang ni. Tapi bila fikir balik, ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu kan di tangan Allah. Siapalah kita nak tentukan usia pasangan kita kan? Mungkin orang dulu-dulu berpesan begitu sebab takut tak berasap dapur tu.

2- Jangan duduk di tangga waktu maghrib, nanti tak ada orang masuk meminang -  Bila balik kampung mak-mak atau arwah nenek bising bila duduk di tangga. Sampai nak duduk kat tangga dalam rumah teres pun takut tak ada orang yang nak masuk meminang. Tapi, dari duduk kat tangga baik duduk dalam bilik atau duduk lah kat ruang tamu. Kenapa nak duduk di tangga juga waktu maghrib?

3- Jangan bercakap masa makan, nanti makanan lari - Boleh bayangkan tak makanan korang lari? Hahaha! Pantang larang ni ai jarang ikut. Waktu makan lah mulut ni asyik nak bercakap je. Mungkin mereka maksudkan nanti rezeki tak masuk kot. Dan mungkin mereka cakap macam tu supaya anak-anak cepat habiskan makanan kot. Entahlah.

4- Jangan bazirkan makanan, nanti makanan menangis - Yes, ai mengaku sejak ai boleh berfikir dan kali pertama ai dengar pantang larang ni, ai memang dapat bayangkan nasi tu menangis bila ai tak habis makan. Sedih tau. Apatah lagi bila kakak ai pernah tunjuk nasi yang ai tak habiskan jadi macam basah-basah. Sayu hati ni. Padahal apa-apa makanan pun kalau dibiarkan akan menjadi lembab. Tapi, membazir itukan amalan syaiton. Jadi, janganlah membazir.

5- Jangan makan beralih tempat, nanti kahwin ramai - Orang lelaki suka lah ni kan? Adik lelaki ai dulu suka sangat makan beralih-alih. Nak kahwin ramai katanya. Kecik-kecik dah fikir nak kahwin. Tapi makin besar, ai tengok makin laju dia makan sampai tak sempat nak beralih tempat. Dah tak jadi nak kahwin ramai pula ke? Mungkin dia dah sedar, kahwin ramai memerlukan poket yang tebal. 

5- Jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk, nanti jari kudung - Takut? Mestilah. Tak pasal-pasal je kudung sebab tunjuk pelangi. Pantang-larang ni dari kakak-kakak ai masa kecik-kecik dulu. Tak tahu lah mana diorang dapat. Kawan-kawan kat sekolah pun cakap macam tu. So kalau ai nampak pelangi, ai cuma bangitahu je "eh ada pelangi". Kalau nak tunjuk juga, ai tunjuk guna tangan Doraemon. Maknanya ai tak keluarkan mana-mana jari untuk tunjuk. Buat penumbuk je.


Bila ai fikirkan apa yang terjadi di atas muka bumi ini adalah takdir dan ketentuan Allah, itu jauh lagi logik. Tapi, bak kata mak ai, setiap larangan yang dibuat tu ada sebabnya. Nak menegur dalam bahasa yang lebih sedap didengar. Tu yang muncul macam-macam reason yang pelik-pelik. Apa pun, kita sebagai orang muda, dengarlah cakap orang yang lebih tua. Mereka dulu makan garam daripada kita. Kalau susah nak terima sekali pun, jangan lah buat perkara yang dilarang dengan  niat menghormati mereka. Lagipun bukan buat perkara yang salah.




aisyaismail

19 comments:

  1. Faham je kalau orang tu nak tegur. Tapi bila dia tegur kita ni sejenis yang nak justification. Contoh jangan tunjuk pelangi tu. Selalu tanya apa rational nya tapi takde yang boleh jawab. So I will not believe that haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelangi tu sampai sekarang tak dapat jawapan lagi.

      Delete
  2. orang tua tua dulu berpesan penuh dengan makna tersirat dan tersurat, kann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. tapi ada juga yang tak faham sebab terlalu berkias. Hehehe

      Delete
  3. Haha. Dulu kita apalah tau, main ikut je. Tapi sekarang bila difikir semua larangan tu ada hikmah tersembunyi.

    ReplyDelete
  4. Hahaaha selalu jugak dengar nasihat orang tua2 tu.Tapi bab menyanyi kat dapur tu memang tak boleh nak elak langsung sebab Hana ni spesis yg menyanyi tak kira tempat.hohoho ^^

    ReplyDelete
  5. sume tahu....tapi nk wat jugak...yang jari kudung tu bile tunjuk pelangi tu, kdg2 seriau gak la nk wat....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tau takpe.. walaupun tak logik kan?

      Delete
  6. hihi..kenangan masa kecik2 dulu..

    sekarang ni ada ke mak2 moden tegur macam tu lg ye..generasi sekrg ni payah sikit, kena ada good reasoning..

    ReplyDelete
  7. hahaha semua sha pernah dengar, dulu percayalah. sekarang tak kot :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ai terbawa-bawa sampai sekarang. Tapi tak selalu lah.

      Delete
  8. Walaupun nampak tak logik tapi ada kebaikan nya..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D