SIAPA KITA UNTUK BERCAKAP BURUK TENTANG ORANG? - Aisya Ismail

Friday, 12 January 2018

SIAPA KITA UNTUK BERCAKAP BURUK TENTANG ORANG?

Assalamualaikum and hye readers~



Sekarang ni tengah hangat gosip mengenai seorang artis menampar polis dan disyaki positive dadah. Ehh bukan gosip lagi, dah disahkan pun yang artis tu positive dadah. Macam mana boleh jadi macam tu? Dulu ai minat juga lah dekat dia masa baru-baru famous and berlakon dengan Erra Fazira.



SIAPA KITA UNTUK BERCAKAP BURUK TENTANG ORANG?
Gambar hasil carian di google.com



Tapi bukan itu yang ai nak tulis hari ni. Ai tahu artis tu buat salah dan kesalahan dia sememangnya mencetuskan kemarahan banyak pihak dan membuat netizen meluat. Tapi yang ai tak faham, kenapa lah nak kena maki hamun dia macam dia dah membunuh sepuluh orang. Habis segala bentuk cacian korang bagi kat dia. Semua manusia banyak buat silap. Siapa kita untuk komen lebih-lebih? Kita sendiri ada buat silap.


Yang lebih ai tak faham, artis tu yang buat salah sampai isteri dan adik dia sekali kena bash. Ya, ai tahu. Kalau kita buat apa-apa kesalahan keluarga akan menanggung malu. Tapi mereka dah dapat pun malu tu, dalam keadaan yang masih terkejut dan risau bila dapat khabar tak baik ni, kenapa nak ditambah dengan cacian?


Cuba kalau korang berada di tempat mereka. Korang buat salah, tapi habis semua ahli keluarga korang kena hina, korang tak bersedih ke? Atau korang memang sejenis hati batu yang tak fikirkan tentang keluarga? Kalau korang memang tak ada keluarga, jangan lupa suatu hari nanti korang juga akan berkeluarga.


Kalau ada yang buat salah, tak salah lah kalau korang nak tegur dan beri nasihat. Itu memang tanggungjawab kita sesama manusia. Saling ingat dan mengingati. Tapi tegurlah dengan baik. Biar orang tak nak dengar nasihat baik daripada kita daripada orang menjadi lagi teruk disebabkan cacian kita. Jangan sampai orang lain yang buat silap, tapi dosa korang lebih menggunung dari orang yang buat silap. Fikir-fikirkan lah.




aisyaismail

16 comments:

  1. kejap je tersebar satu satu kes tu, semua di hujung cari.. viral cepat

    ReplyDelete
  2. sy tau pasal ni dlm berita tv3...kt media sosial tak tgk lagi camne netizen kutuk dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah cari, takut terjebak.. hehehe

      Delete
  3. betul. lebih baik diam daripada bercakap buruk pasal orang lain

    ReplyDelete
  4. sy pun baru tau.. apapun ambik mana yg baik, yg buruk jdikan pengajaran, doakan yg baik2 :)

    ReplyDelete
  5. Diri sendiri pon banyak kekurangannya, cepat betul nak menghukum orang.

    ReplyDelete
  6. Kita x tau apa2 baik diam n doakan je. Takut dosa fitnah pulak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Bila da jadi fitnah tu yang takut.

      Delete
  7. huhu..fitnah dihujung jari..moga kita terhindar

    ReplyDelete
  8. selalu baca je kalau orang tu salahkan orang lain..atau orang tu cakap buruk pasal orang lain..mls nak masuk campur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Kalau campur dah tergolong dengan makcik bawang.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D