ILMU UNTUK DIKONGSI BERSAMA - Aisya Ismail

Tuesday, 3 April 2018

ILMU UNTUK DIKONGSI BERSAMA

Assalamualaikum and hye readers~



Alhamdulillah seronok sangat bila sekali lagi dapat berkumpul dengan ahli KBBA9 bagi menjayakan bengkel penulisan pada hari Ahad yang lepas. Walaupun dalam masa yang singkat, namun banyak ilmu yang dapat ai pelajari. Ilmu yang sangat bermanfaat untuk ai sebagai seorang blogger. Lokasi kali ini masih lagi bertempat di Matic, Tourism Malaysia.




Bengkel Penulisan Kelab Blogger Ben Ashaari ini telah dijayakan dengan jayanya dengan kehadiran dua orang penulis yang sangat hebat iaitu Tuan Zulkifli Ahmad Idrus, penulis buku Mata Tak Berhijab dan Tuan Zamri Mohamad daripada Malaysia Writters Movement. Kedua-dua mereka berkongsikan pengalaman mereka dan juga tips-tips untuk menjadi seorang penulis yang berjaya. Tips yang paling ai gemari dan tertunggu-tunggu adalah bagaimana untuk mendapatkan ilham menulis. 


Ai percaya, bukan ai seorang sahaja yang kadang-kala ada masalah untuk mendapatkan idea untuk menulis. Kadang-kadang idea itu sudah ada, tetapi masalah lain pula timbul apabila ai tak ada idea untuk mengembangkan apa yang ingin ditulis. Kesudahannya, tajuk entri tersebut kekal di dalam draft sahaja menanti untuk dikembangkan. Lama-lama ai pun terlupa kerana terlalu banyak entri di dalam draft yang turut menunggu untuk dikembangkan.


Tuan Zulkifli Ahmad Idrus, penulis Mata Tak Berhijab.

Tuan Zamri Mohamad, Malaysia Writters Movement.


Pada mulanya ai berasakan Tuan Zulkifli dan Tuan Zamri adalah seorang yang serious dan sukar untuk beramah-mesra. Namun ai ternyata silap. Setiap patah perkataan yang dilontarkan tidak membuatkan ai rasa mengantuk langsung. Selepas tamat bengkel tersebut, mereka masih tidak lokek untuk berkongsikan ilmu. Bertuah sungguh kerana berpeluang untuk mengenali dua orang insan hebat tersebut.


Bengkel kali ini tidak seperti bengkel sebelumnya, kerana terdapat beberapa orang peserta selain daripada ahli KBBA9. Perkara yang baik kenapa tidak dikongsi, betul tak? Malah mereka turut berasa sangat seronok dengan ilmu yang diterima. Selain itu, dapatlah mengeratkan sillaturrahim dengan komuniti blogger yang lain. Ada juga pelajar yang menyertai bengkel kali ini. 


Tekun tak kami? Kredit gambar untuk shehanzstudio.com.


Empat jam terasa sekejap sangat jika kita melakukan sesuatu yang sememangnya minat kita. Secara tak langsung, kita ikhlas terhadap apa yang sedang dilakukan. Ai terasa macam tak puas nak belajar tentang penulisan. In syaa Allah, ai akan terus belajar dan mantapkan skill penulisan. Minat tu dah ada. Ilmu pun dah dapat. Cuma tinggal nak asah skill itu sampai tajam. Mana tau boleh terbitkan buku satu hari nanti. Ok itu berangan!



Bahagian yang paling best bila hadiri bengkel macam ni ialah, makan! Siapa yang tak suka makan kan. Lebih-lebih lagi apabila makanan yang dihidangkan tu sedap dan percuma pula tu. Bengkel kali ini ditaja oleh Restoran Nelayan Ampang untuk sarapan pagi dan Cafe Cerita Kambing untuk makan tengahari. Ai suka betul bihun goreng untuk sarapan pagi tu. Sedap sangat. Tapi tak tambah pun sebab nak control ayu. Nasi kambing tu ai tak rasa sebab ai tak makan kambing. Jadi, ai bawa balik untuk encik husband yang gemarkan daging kambing. Nampak tak macam isteri mithali?


Sedap sampai menjilat jari.


Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari terutama sekali penaung kelab ini siapa lagi kalau bukan Ben Ashaari kerana telah memberi ai peluang untuk belajar dengan lebih lagi dalam ilmu penulisan ini. Kalau ada peluang untuk menimba ilmu lagi selepas ini, in syaa Allah ai takkan lepaskan peluang itu. Nak belajar selagi termampu. Mana lah tau lepas ni boleh jadi hebat macam Tuan Zulkifli dan Tuan Zamri. 


Peserta Bengkel Penulisan Kelab Blogger Ben Ashari.

Saja nak bagitau, pen yang Tuan Zulkifli guna untuk autograf kat buku-buku pada hari itu adalah pen ai. 😜




aisyaismail

36 comments:

  1. Seronok diberi peluang menimba ilmu dari mereka yang sudah mempunyai nama dalam bidang penulisan...tahniah juga pada aisya yang berpeluang join majlis ilmu ni...nanti share la skit...

    ReplyDelete
  2. terbaik banyak ilmu penulisan boleh ditimba

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat join.airah tak berpeluang nak join sebab kerja tsktsk bengkel macam ni memang dapat meningkatkan mutu penulisan

    ReplyDelete
  4. menarik program blogger ni. dapat juga memantapkan penulisan dalam blog. apa pun semangat tu kena ada kan untuk terus berjaya.

    ReplyDelete
  5. Bagus KBBA ... Menwujudkan bengkel2 sebegini utk tambah ilmu lagi tentang penulisan... Wawa sendiri akui ada juga kelemahan dlm bab penulisan.. Miga suatu hari dpt juga mncri ilmu mengenai ini... Moga terus sukses AI :)

    ReplyDelete
  6. Bagus attend bengkel macam ni lagi2 blogger macam Kita ni. Kena pandai kembang dan olah ayat supaya reader tak jemu baca. Next time kalau ada lagi nak join juga lah.

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat ilmu berkenaan penulisan dengan otai2 hebat. moga suatu hari ainy pun dapat peluang yang sama. boleh improve skill mengarang kat blog.

    ReplyDelete
  8. Waahh bestnyaa Ai dapat peluang ke bengkel mcm tue ..

    ReplyDelete
  9. Semoga bertambah ilmu penulisan.

    ReplyDelete
  10. Seronok sesekali join bengkel penulisan macam ni. Dapat fresh idea dan lebih update cara penulisan kita. Keep it up!!

    ReplyDelete
  11. Bagus kalau sertai bengkel penukisan macam ni. Memantapkan lagi skill menulis kita.kadang kadang bila nak menulis idea pulak tak ada kan

    ReplyDelete
  12. Seronok dapat join bengkel penulisan camni..boleh gali ilmu dari yg pakar and tambah ilmu kan..mesti lepas ni penulisan lagi mantap kan
    .

    ReplyDelete
  13. Ramai penulis blog yang mengikuti bengkel ni wanita. Syabas

    ReplyDelete
  14. seronoknya dapat ilmu baru bersama matic.. cool..... bengkel macam ni very nice..

    ReplyDelete
  15. Seronoknya dapat timba ilmu daripada mereka yang otai. Tentu penulisan anda akan semakin gempak selepas ni

    ReplyDelete
  16. entah bila la dpt join majlis blogger mcm ni. seronok dan dpt banyak ilmu

    ReplyDelete
  17. Bestnya dapat tambah ilmu dan jumla orang hebat

    ReplyDelete
  18. Seronoknya dapat join bengkel tambah ilmu ni

    ReplyDelete
  19. Nanti share la ya skit tips2 penulisan..kita bab2 penulisan ni mmg failed skit

    ReplyDelete
  20. seronoknya dpt join. kin teringin nak join, tp mungkin next time kalau ade KBBA9 buat lagi (:

    ReplyDelete
  21. Wow lepas ni jadi lebih bagus dan lebih panjang penulisannya hehehe kita pun nak belajar kelas macam ni banyak gunanya ilmu tu yang penting...

    ReplyDelete
  22. Ilmu kena cari, gali dan belajar tanpa henti. InsyaAllah akan jadi lebih baik dari sebelumnya

    ReplyDelete
  23. sebenarnya sangat bagus menyertai bengkel macam ni. Selain daripada dapat polish dari segi tatabahasa, belajar tentang teknik penulisan juga sangat penting

    ReplyDelete
  24. Penulis yang berbakat...bagus sharing lesson cm ni

    ReplyDelete
  25. alahai bilalah dapat join program macam ni

    ReplyDelete
  26. bagus menambah ilmu dgn ikuti bengkel..keep on blogging..

    ReplyDelete
  27. Best bengkel ni. Banyak dapat ceduk ilmu penulisan. First time dapat jumpa Aisya depan-depan. Chomel dan humble orangnya

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D