JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018

Saturday 14 April 2018

JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018


Assalamualaikum and hye readers~



Semakin hampir bulan Ramadan semakin terasa kehangatan untuk menyambut Syawal. Mana tidak nya, bermacam-macam jenama telah mengeluarkan koleksi raya masing-masing. Cantik pula tu. Di Putrajaya juga bakal berlangsung Jualan Barangan Raya Festival Ramadan  Putrajaya 2018 yang bermula pada 17 Mei 2018 bersamaan 1 Ramadan selama sebulan dan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3.


Objektif festival ini adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia berbilang kaum di samping membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda. Festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.


Tak lengkap rasanya festival tanpa cabutan  bertuah. Hadiah yang ditawarkan juga sangat lumayan berupa sebuah kereta atau motosikal. Sangat menarik. Kena sertai ni, mana lah tau ada rezeki. Persembahan busking akan turut diadakan. Seramai 30 orang selebriti akan terlibat seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi yang akan diumumkan dari masa ke masa.





Penganjuran festival ini turut mengadakan program kerohanian seperti tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan sepanjang bulan tersebut. Program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut di sebelah petang. Majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih juga akan diadakan di sebelah petang.


Antara gerai yang akan dibuka pada festival tersebut seperti pakaian muslimin dan muslimah, alat solek serta kuih raya. Tumpuan diberikan juga kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama hijabista terkenal. Festival ini juga sememangnya akan memudahkan korang untuk membuat persiapan perayaan. Bayangkanlah mencari pelbagai keperluan raya di hanya satu tempat sahaja.


Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi nombor di bawah.


Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

Izainil : 017-3031953
Ashraf : 017-8892909




aisyaismail

16 comments:

  1. Jom pakat serbu, bagus jugak shopping awal² ni.

    ReplyDelete
  2. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  3. Seronok sangat pergi event cegini...

    Boleh bertemu owner brand yang tidak mainstream & bertukar2 fikiran...

    ReplyDelete
  4. and semakin banyak la event n jualan2 yg akan berlangsung dalam masa terdekat ni.

    ReplyDelete
  5. reader baru blog ni. dari www.aswaleyla.com

    ReplyDelete
  6. Berhantu lar event cegini... Selalunya sebelum singgah dah set tak nak beli apa2 (kononnya). Tapi... balik jer ada aje something di-jinjing huhuhu...

    ReplyDelete
  7. selamat berbelanja
    singgah sini nak follow :)))

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D