JOM RANCANG PERCUTIAN LEBIH JAUH DENGAN AIRASIA!

Monday 28 May 2018

JOM RANCANG PERCUTIAN LEBIH JAUH DENGAN AIRASIA!



Assalamualaikum and hye readers.



Pagi-pagi keluar rumah, ai ternampak kapal terbang lalu di atas sana. Nampak besar dari biasa. Mungkin kerana jaraknya lebih dekat walaupun masih tinggi di atas. Tapi itu normal kerana rumah ai dengan Airport Subang bukanlah jauh sangat. Dia nak mendarat di Airport Subang lah tu.


Kalau korang nak tahu, ai ni sejenis yang penakut nak naik kapal terbang. Ai pernah tinggal di Kuala Lumpur seorang diri semata-mata tak mahu ikut keluarga bercuti dengan menaiki kapal tebang. Tapi entah macam mana tahun lepas boleh sampai ke Sabah dan Sarawak pula. Orang kata, kalau dah cuba sekali mesti nak lagi. Tahun ni macam nak ke luar negara pula. Pergi negara yang dekat-dekat dulu baru fikirkan yang jauh.




Bali atau Phuket ya? Atau Krabi? Jakarta pun macan best. Pergi Korea terus pun ok. Alah! Banyaknya tempat yang ai nak pergi! Nak kena buat itirinery ni. Nak cop penginapan yang menarik dan nak plan aktiviti lagi! Nak book flight! Banyak nya benda yang ai nak kena fikir. Tapi, AirAsia kan ada. Korang macam ai tak? Kalau korang suka travel jauh-jauh dengan bajet yang dalam kemampuan korang, mesti AirAsia akan menjadi flight pertama yang korang fikirkan. Betul tak?


Nama AirAsia ni memang dah tak perlu nak diperkenalkan lagi, rata-rata orang sudah tahu dan memang sudah terkenal dengan tiket flight yang murah. Promosi selalu gila-gila lah. Lagi pula, tiket flight murah ke lebih daripada 165 destinasi yang merangkumi 25 buah negara. Menariknya! Banyak sungguh pilihan. Pilihan yang ada dalam fikiran korang mesti ada dalam senarai punyalah. Confirm. Hahaha!


Bila bercerita tentang AirAsia, sebenarnya bukan mudah perjalanan AirAsia untuk sampai ke tahap yang tinggi seperti sekarang. AirAsia mula beroperasi pada tahun 1996 dan pernah mengalami kerugian yang besar suatu ketika dahulu. Tony Fernandes membeli dan ubah wajah AirAsia 100% dan bermulaa dari itu lah nama AirAsia mula berkembang dan semakin mendapat nama.




Selepas beliau meletakan tawaran harga tiket serendah RM1, Air Asia terus membuka hab kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada tahun 2003. Mana nak dapat harga tiket RM1? Kalau ai dah ada duit sendiri waktu itu, habis semua tempat ai book tiket. Dari sinilah bermulanya penerbangan antarabangsa AirAsia yang pertama, iaitu ke Bangkok. Sejak dari itu, dengan tidak menoleh ke belakang, AirAsia terus mengorak langkah dan menubuhkan anak syarikat Thai AirAsia dan seterusnya menawarkan penerbangan ke Singapura dan Indonesia.


Tidak lama kemudian, AirAsia menambah lagi penerbangan pada tahun 2004. Penerbangan kali ini lebih jauh ke destinasi seperti Macau, Xiamen dan seterusnya ke Manila, Vietnam dan Kemboja pada tahun 2005 serta Brunei dan Myanmar pada tahun 2006. Orang kata, perkembangan pesat AirAsia dalam menawarkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa ini bertambah kuat lagi pada tahun yang sama apabila Tony Fernandes memperkenalkan strategi lima tahun untuk mengukuhkan pengaruh di Asia.


Hasilnya, pada tahun 2007, jumlah penumpang meningkat dengan mendadak kepada 13.9 juta. Pada akhir tahun 2008, AirAsia telah mengumumkan akan menambah lagi sebanyak 106 daripada 60 laluan yang sudah sedia ada. Fuh, banyak tu! Hasilnya, makin banyak anak-anak syarikat AirAsia ditubuhkan di sekitar benua Asia dan serata dunia. Ini adalah bertujuan untuk menampung lebih banyak laluan dan peningkatan permintaan pelanggan, termasuklah AirAsia X yang dibuka untuk penerbangan jarak jauh AirAsia. Dengan kemasukan ke Jepun pada tahun 2011 dan India pada tahun 2013, semakin banyak lah pilihan yang kita ada kalau nak melancong ke luar negara. Dah menarik sangat ni.


Kredit photo from asia.nikkei.com.

Oh ya, kalau korang nak tahu, terbang bersama AirAsia ini juga banyak manfaatnya sebagai penumpang dan pelanggan. Harga tiket yang AirAsia tawarkan selalunya lagi murah jika nak dibandingkan dengan harga tiket yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan yang lain. Kalau korang nak lagi selesa sikit, korang boleh melaraskan penerbangan  untuk dapatkan seat yang lebih elok dan lapang.  Kalau korang yang suka membeli-belah di destinasi percutian korang dan rasa memang akan bawa barang yang banyak, korang boleh juga untuk tambah had barangan. Barang-barang korang pun in syaa Allah akan terjaga dengan elok.


Untuk korang yang suka dan selalu travel ni, kalau korang ada kad loyalty BIG lagi best tau! Korang boleh kumpul point setiap kali korang naik flight atau membeli barangan melalui third party merchant. Bila dah cukup point korang tu, boleh lah korang tukarkan dengan tiket penerbangan dan berjalan lagi. Macam AirAsia sponsor tiket penerbangan di atas kesetiaan koraang bersama AirAsia lah. Dah terbuktikan betapa berkalibernya AirAsia bila masuk bab internasional flight.


Apa yang korang tunggu lagi tu? Teruslah buka website AirAsia di browser ataupun di apps AirAsia. Jangan bertangguh-tangguh lagi untuk menikmati pelbagai promotion untuk SEMUA AirAsia flights yang sentiasa berlangsung dari semasa ke semasa. Dapat je offer yang menarik terus cepat-cepat grab. Masuk line, bayar atas talian, online check in dan selamat bercuti. Hahaha! Tak ada apps AirAsia? Download lah sekarang. Ai percaya handphone masing-masing canggih tu.




Korang dah boleh tanda check untuk satu benda, FLIGHT TICKET!! Sekarang dah boleh lah korang nak fokuskan kepada perkara lain pula. Pastikan semuanya yang terbaik  untuk travel yang paling best tahun ini. Yeayy! Ai pun nak book tiket juga ni. Jangan lupa abadikan kenangan terindah dengan bergambar. Selamat bercuti!




aisyaismail

33 comments:

  1. belum ada rezeki nak naik flight. soon maybe hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah soon. Pergi yang dekat-dekat je dulu..

      Delete
  2. AA mmg terbaekkkkk,,,pilihan tambang murah sbb blk kpg mmg kene naik flight...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. service pun makin baik dari sesmasa ke semasa..

      Delete
  3. Bagus aisya, kalau nak pi hatyai, jakarta, bangkok boleh rujuk blog sis di ruangan pages 'Travelogue'situ ada part by part aisya boleh baca review sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah kak juju.. Thanks for sharing..

      Delete
  4. haritu tak booking heheh.. sbb nak murah lagi.. tak capai bajet hahaha

    ReplyDelete
  5. AA Mmmg terbaik.. bestnya jalan-jalan

    ReplyDelete
  6. seronoknyaaaa... dia p melancong yer.. btw,tq ada bnyak info yang ina tak tau tentang AA ni.

    ReplyDelete
  7. InshaAllah.. Heee.. Selamat bercuti

    ReplyDelete
  8. Lamanya dah tak naik flight, tahun depan plan nak cuti ke Sabah lah.

    ReplyDelete
  9. Bestnyee. Nak jugak kalau tambang murah

    ReplyDelete
  10. Lama dah Air Asia beroperasi rupa yer. Huda mmg suka kumpul BIG points dan redeem free tickets untuk holiday .

    ReplyDelete
  11. Nice.. Mmg suka AA tp klu pjlnn jauh tu pntnye lah. huuu

    ReplyDelete
  12. ada la jugak wishlist nak ke Sabah..cuma lom berkesempatan je lagi...hehehe

    ReplyDelete
  13. Pernah naik AA lama dulu...
    Pilihan di hati sebab murah. Hehee

    ReplyDelete
  14. Bagusnya info ni. Tak pernah lagi naik AA

    ReplyDelete
  15. memqng takleh nak banding tiket kat AA ni.
    promosi pulak memang tiptop.
    ada je promosi seat murah

    ReplyDelete
  16. bestnya tengok orang jalan-jalan naik airasia ni..selalu airasia buat promo kan..kita entah bila dapat pergi

    ReplyDelete
  17. helloo.. greetings from indonesia..
    This article is really good, I enjoy to read it hahaha..
    unfortunately I have never traveled using "air asia", one day I'll try to holiday using "air asia"

    ReplyDelete
  18. rindu nak jalan2.. lama tak jalan ni kaki tangan gedik2 ni hehe.. best la AA thank you AA harga ticket mampu milik. tapi kalo tak kena gaya mencanak mahai jugak. kena rancang elok2 untul cari ticket ^^

    ReplyDelete
  19. berbaloi book flight dengan air asia. dapat jimat banyak

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D