MEGA BONANZA 2018 KEMBALI LAGI! - AGROFARMSTAY MELAKA

Thursday 3 May 2018

MEGA BONANZA 2018 KEMBALI LAGI! - AGROFARMSTAY MELAKA


Assalamualaikum and hye readers~



Ada berita baik untuk sesiapa yang sedang mencari tempat untuk mengadakan Hari Keluarga bersama keluarga mahupun tempat kerja dan juga reunion bersama rakan-rakan. Apa yang baik itu? Tahun ini sekali lagi Agrofarmstay Melaka mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan. Jimat sekurang-kurangnya RM1000. Wow! Banyak tu. Penjimatan bermula dari RM1000 sehingga RM3900.




Tawaran pakej kali ini adalah untuk Family Day yang menggunakan konsep tempah dahulu dan tarikh untuk Family Day boleh ditetapkan kemudian. Maknanya, korang boleh tempah sekarang dan pilih tarikh bila sudah mendapat persetujuan semua yang terlibat. Nak organize Family Day yang melibatkan ramai orang bukannya mudah. Makan masa nak dapatkan persetujuan semua berkenaan tarikh. Lebih mudah mencari lokasi daripada tarikh tau. Oleh kerana tempoh promosi ini adalah terhad, boleh lah tempah dahulu dan tetapkan tarikh kemudian. 


Tarikh boleh dipilih daripada hari ini sehingga 31 Mei 2018. Banyak lagi masa untuk berbincang. Promosi bermula daripada 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja. Boleh booking terlebih dahulu, dan berikan tarikh kemudian.


Pakej Mega Bonanza 2018

Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih daripada 20 orang, caj akan dikenakan mengikut pax selebihnya. Sepanjang penginapan, makanan akan disediakan yang terdiri daripada makan tengahari, makan malam BBQ dan juga sarapan pagi. Sukaneka juga disediakan sebanyak 5 permainan bersama jurulatih. Korang suka karaoke? Boleh berkaraoke di sana. Bagi yang sukakan aktiviti air, boleh cuba berkayak dan memancing. Tetapi joran tidak disediakan ya. Boleh bawa joran sendiri.







Terdapat pelbagai jenis haiwan di Agrofarmstay Melaka ini. Haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan juga kuda. Haiwan tersebut boleh diberi makan ya. Pertandingan mewarna juga disediakan untuk anak-anak. Boleh serlahkan bakat mereka nanti. Hamper disediakan tau untuk sukaneka dan pertandingan mewarna. Banner Family day dengan nama keluarga masing-masing juga disediakan. Wah, sangat menarik kan? Korang dah tak perlu bawa barang-barang tu semua. Datang dan enjoy sahaja.


Harga yang ditawarkan

Harga asal tanpa promosi untuk 20 orang ialah RM3,780 (RM189/pax). Harga promosi pakej 2 hari 1 malam untuk 20 orang ialah RM2,780. Harga jatuh dalam RM139 sahaja satiap pax. Untuk tambahan setiap pax adalah RM139 untuk dewas dan RM99 untuk kanak-kanak. Maximum 78 pax.


Sangat murah kan? Dijamin berbaloi dengan semua kemudahan dan aktiviti di sana nanti. Untuk tempahan boleh layari laman web di bawah.

Website : https://agrofarmstay.my
Facebook : www.facebook.com/agrofarmstay
WA/ SMS/ Call : 012-2118246/ 016-2098623/ 012-2025647
Office : 06-2322761




aisyaismail

4 comments:

  1. Wow menariknya pakej yang ditawarkan. Boleh consider buat family day di Melaka nanti.

    ReplyDelete
  2. Menarik promosi ni, memang banyak jimat! Boleh buat family day ofis kat sana ni.

    ReplyDelete
  3. best ada aktiviti berkayak..karaoke x minat..pitching ke laut..

    ReplyDelete
  4. dah habis projek tak boleh lah nak suggest

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D