PUTERI DUYUNG HADIR KERANA PENYU? - SOFEAROSE - Aisya Ismail

Wednesday, 2 May 2018

PUTERI DUYUNG HADIR KERANA PENYU? - SOFEAROSE

Assalamualaikum and hye readers~



Sudah beberapa minggu ni ai scroll koleksi tudung-tudung yang dikeluarkan oleh SofeaRose di instagram. Rekaan coraknya sangat menarik perhatian ai. Akhirnya, dapat juga merasa pakai salah satu koleksi daripada SofeaRose iaitu Diona yang diperbuat daripada satin matte berteknologi tinggi. Koleksi ini bertemakan Mermaid tau. Terasa macam di alam fantasi pula.


Diona Mermaid Collection by SofeRose.


Ai ni pasal tudung memang jenis yang tak suka instant shawl atau yang susah nak pakai. Jadi tudung yang menjadi pilihan selalunya adalah bawal dan selendang panjang. Oleh kerana itu, rekaan corak pada tudung tersebut amat penting untuk orang yang macam ai ni. Bertujuan untuk sesuaikan dengan baju. Corak pada tudung koleksi Diona ini simple dan ai suka. Boleh didapati pada harga RM79. Koleksi ini dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas. Ai berkenan betul dengan charm tu. Nampak sangat exclusive. Sesuai sangat kalau korang nak jadikan sebagai hadiah.






Koleksi Ready-to-wear

Selain daripada rekaan tudung yang exclusive, SofeaRose juga ada mengeluarkan koleksi baju raya Ready To Wear yang bertemakan Mermaid. Antara koleksi baju yang dikeluarkan adalah seperti Mini Kurung, Kurung Kedah, Kurung Moden, Jubah dan beberapa jenis lagi koleksi yang pasti menyerlahkan keayuan di pagi raya. Harga koleksi Mermaid in bermula daripada RM59 sehingga RM419 dan sebahagian daripada duit itu akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.






Bila sebut penyu, ramai yang akan turut membayangkan kura-kura kerana fizikalnya yang hampir sama. Kalau korang tak reti nak bezakan, korang tengok pada kaki mereka. Penyu mempunyai kaki pendayung di depan manakala kura-kura pula mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.


SEATRU - "Adopt a Turtle"

Korang tau tak populasi penyu semakin menurun dan tidak mustahil akan berlaku kepupusan penyu ini. Secara purata, hanya 1 dari 5000 anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa. Hal ini terjadi oleh beberapa faktor seperti pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa dan macam-macam lagi yang menjadi punca kepada ancaman penyu.


SofeaRose telah bekerjasama dengan SEATRU (Unit Penelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. Setelah empat tahun di dalam industri, SofeaRose tampil dengan koleksi pakaian yang bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) untuk mengumpul dana program "SEATRU - Adopt a Turtle".


SEATRU - "Adopt a Turtle"


Bagi mencuba sesuatu yang lain dari yang lain, SofeaRose telah merakamkan video seorang puteri duyung memakai tudung koleksi Diona sedang berenang di dalam air. Cantik betul tudung tersebut beralun di dalam air. Kalau korang nak tengok juga, korang boleh klik link di bawah.



Kalau korang berminat untuk turut memiliki koleksi daripada SofeaRose, korang boleh pergi terus ke butik SofeaRose yang terletak di Bangi Sentral atau lawati website www.sofearose.com. Kalau korang jauh dan tak boleh masuk ke website tersebut, korang boleh juga menghubungi Perunding Imej di talian 019-6350313 (Teha). Dengan setiap pembelian RM100 ke atas, korang secara tidak langsung akan didaftarkan sebagai ahli SofeaRose sacara percuma seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi di SofeaRose.




aisyaismail

36 comments:

  1. Kawan Rawlins ada yang dah memiliki koleksi ini. Rawlins suka fabriknya yang lembut dan design dia yang menarik serta simple tu. Cantik terletak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak panas and flaw dia senang nak adjust.

      Delete
  2. Menarik konsep dia.. cntik pulak tu

    ReplyDelete
  3. selesa tudung dari Sofea rose ni.. Ina nak tambah koleksi juga dari SR ni.Nak cari plain pula..

    ReplyDelete
  4. Tahniah SofeaRose atas keprihatinan terhadap penyu yang semakin pupus sekarang ni.
    Cantik2 tudung dia ai. Nak juga lah beli untuk raya nanti. :)

    ReplyDelete
  5. terus buka laman web dia, nak shopping tudung!

    ReplyDelete
  6. Cantiknya corak pada tudung tu. Very minimalist yet so classy. Fabrik pon berkualiti. Suka business sebegini yg ada purpose. Semoga terpelihara penyu2 di negara kita dgn adanya usaha ini.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya koleksi tudung dari Sofearose ni. Kombinasi kaler dia looks so fine..bersih suci je. I like. Yet dah nak raya kan very soon boleh la bergaya sebab it has the ekslusif look.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. ai pakai dengan baju bercorak pun nampak ok.

      Delete
  8. wah.. cantik tudungnya.. nampak lembut je jenis material dia ni.. mesti tak panas kan? warna dia pun soft-soft gitu.. warna pastel.. i likee..

    ReplyDelete
  9. Membeli sambil berapa bagus ni tengok koleksi tudung yang ada pun sangat cantik dan trendy kat sini sesuai untuk wanita moden dan inginkan kelainan

    ReplyDelete
  10. Saya tak pakai tudung. Setakat baca je. Thnks.

    ReplyDelete
  11. Waaa csntiknya.. color pastel lg. Dgn kerjasama dgn SEATRU maybe boleh membantu dlm pemulihan dan pemelihara penyu yang kian pupus. Boleh cantik sambil menderma

    ReplyDelete
  12. Sis ada tudung SofeaRose ni. Kain elok. Buat awning pun elok terbentuk. Tak ambil masa yang lama untuk lilit tudung.

    ReplyDelete
  13. Cantik-cantik nya tudung dia... bolehlah buat koleksi untuk raya tak lama lagi ni.

    ReplyDelete
  14. hahaah suspen je ingatkan apalah tadi. rupanya tudung hahaah

    ReplyDelete
  15. Airinaa berkenan sangat dengan koleksi ready to wear dier... sudah bookmark untuk dapatkan "approval" si dia heee...

    ReplyDelete
  16. Cantiknya tudung Sofearose ni. Bella pernah guna Sofearose sebelum ni, bidang shawl tu besar dan panjang. Corak pun cantik, sesuai untuk mana2 peringkat umur. Ok lah, nak beli lah Sofearose untuk padankan dengan baju raya nanti.

    ReplyDelete
  17. Suka sangat dengan design dia. Cantik ! Warna pun lembut dan shawl mudah bentuk.rasa nak kumpul semua

    ReplyDelete
  18. Cantik sangt design tdung sofearose ni.. Nampak lembut dan menawan.. Kain nampak ringan dan selesa utk dipakai sepanjang hari

    ReplyDelete
  19. tapi cantikkan tudung dia..suka sangat fabrik dan warna latar..sangat lembut..paling penting senanggosok dan senang pakai hehe

    ReplyDelete
  20. Ramai update mengenai Sofea Rose ni. Ada juga tengok yang dah pakai. Cantik sangat. Koleksi warna pastel menyerlahkan lagi si pemakai.

    ReplyDelete
  21. smart giler video duyung bertudung tengah berenang-renang tu..nampak lembut sgt material yang digunakan tu.

    ReplyDelete
  22. comel la tudung SofeaRose ni. macam berkenan pulak

    ReplyDelete
  23. Cantik color-color tudung ni. Nampak lembut aje dan nampak si pemakai sweet aje. Sis kalau gitau dengan kakak2 sis ni..sure diorg suh belikan ni..hehehe

    ReplyDelete
  24. Tundung tudung ini semua bagus yah, Abby suka warnanya, lembut n soft menawan hati hehee..
    Kalau dilihat dari foto kainnya juga bagus lembut dan halus bikin hati adem jika memakainya.

    ReplyDelete
  25. cantik lah yg gmbr kedua tu. soft je warna. tpi kalau tan skin pkai tataw elok dak

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D