JANJIKAN EMPAT TAPI DAPAT SATU JE

Thursday 21 June 2018

JANJIKAN EMPAT TAPI DAPAT SATU JE


Assalamualaikum and hye readers,



Selamat Hari Raya ai ucapkan kepada semua pembaca aisyaismail.com yang meraikannya. Maaf zahir dan batin jika ada terasa hari dengan setiap patah tulisan ai sepanjang menulis di dalam blog ini. Macam lambat sangat ucap kan? Nak buat macam mana balik kampung gajet kena simpan tepi. Lagipun, raya kan sebulan.




Alhamdulillah tahun ni sama macam tahun-tahun lepas, ai terima tempahan untuk design dan jahit baju raya. Penat dia tak payah nak cakap lah, siang mengadap pc malam mengadap mesin. Demi sesuap ketupat ai layankan saja. Tahun depan ai nak tutup tempahan untuk raya sebulan atau dua bulan sebelum puasa supaya tak terkejar-kejar nak siapkan. Siapa nak hantar boleh hantar awal ok. Tak ada booking ok.


Hari raya pertama, kedua dan ketiga, meriah ai tengok kawan-kawan muat naik gambar baju raya masing-masing di media sosial. Yang mana baju yang ai buat, dan menerima pujian di ruangan komen, ya ai rasa gembira. Yelah, hasil sentuhan jari-jemari ini dipuji, siapa yang tak gembira kan. Kalau korang pun mestilah bangga kan. 


Bercakap pasal baju raya, apa warna tema baju raya korang tahun ni? Tahun lepas, selepas cari kain untuk baju raya, Encik Husband cakap dia teringin nak pakai baju raya warna hitam. Jadi kami buat keputusan untuk pakai hitam pada tahun ini. Tapi susah pula nak cari kain bertemakan hitam yang bercorak mengikut citarasa kami. Akhirnya tema hitam merah menjadi pilihan. Ok lah tu, ada juga hitamnya.


Shopping punya shopping, kami sepakat untuk buat empat pasang baju raya tahun ini. Wow! Meriah betul sampai empat pasang. Paling banyak ai pernah jahit baju raya sendiri pun hanya dua pasang. Disebabkan semangat nak sedondon dengan Encik Husband, empat pasang pun empat pasang lah. Ai ok je. Tak keluar duit upah menjahit pun. 


Tapi itu lah yang dikatakan kita hanya mampu merancang. Ai janjikan empat pasang baju raya untuk Encik Husband, namun ai hanya sempat siapkan satu sahaja. Nasib baik Encik Husband bukan jenis yang beriya sangat. Bila kejarkan dateline untuk baju-baju customer, rasa malas pula nak siapkan baju sendiri.


Selamat hari raya.


Dulu ai tak faham, kenapa tukang jahit suka beli baju untuk diri sendiri. Bukankah lebih jimat jika jahit baju sendiri. Nak pattern macam mana, cakap sahaja mesti boleh jadi. Tapi sekarang ai dah faham sangat. Tak payah cakap apa-apa kalau tak ada di tempat orang lain. Ai respect dekat korang yang tak pernah jemu-jemu mengadap mesin jahit siang dan malam tu. Korang memang idola ai tak kira lah siapa pun.




aisyaismail

21 comments:

  1. alololo..pandainya dia menjahit.Ina setakat jahit baju dan seluar koyak,bolehlah.. ehehe.Next time,bolehlah buka kedai jahit dah ai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu.. terpaksa belajar.. kedai tu lambat lagi kot..

      Delete
  2. Mak kita jahit baju jadi memang sebulan/ 2 bulan sebelum puasa tempahan telah ditutup tapiii kalau itulah ramai yang tiba-tiba mai letak. Masa letak tu gtau kalau tak sempat siap takpalah tapi bila tiba bulan puasa dioranglah yang paling kalut..paling bising nak cepat. Kita yang anak-anak ni memang dah lama tak merasa baju raya la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram yang kalut-kalut tu.. rosak tailor punya schedule tau..

      Delete
  3. Baru tau ai pandU menjahit. Cantik Warna tema ai tahun ni. Suka tengok.

    ReplyDelete
  4. bolehlah tempah kat ai untuk raya haji? eh hehehehe selamat hari raya ai!

    ReplyDelete
  5. salam sis aisya..
    SELAMAT HARI RAYA..
    gojes je tgok pic raya dia kat ig..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya sis.. Malu kite.. hehehe

      Delete
  6. Cantik baju..akk xpandai jahit. Hehe jahit butang pn, anta tailor

    ReplyDelete
  7. waaa, AI pndai jahit baju eyh. untung.. lawo baju raya AI dengan suami.

    ReplyDelete
  8. salam aidilfitri. comel baju raya sedondon =D

    ReplyDelete
  9. waaa..baju raya ai sedondon gitu dengan husband

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D