PENTING KE PEREMPUAN PANDAI MEMASAK?

Saturday 23 June 2018

PENTING KE PEREMPUAN PANDAI MEMASAK?


Assalamualaikum and hye readers~



Zaman sekarang, tidak kira wanita atau lelaki sama-sama tahu memasak. Tak dinafikan, hanya segelintir lelaki yang tidak tahu masuk ke dapur. Tapi yang malas masuk dapur memang ramai. Bertuah lah mak atau isteri zaman sekarang kalau anak atau suaminya nak membantu di dapur. Satu dalam seribu tau tak. Korang kena bersyukur.


Memandangkan lelaki pun dah mula masuk ke dalam bidang masakan ini, penting ke untuk perempuan pandai memasak? Kalau dulu, tak pandai masak mak mertua mesti nak rejected. Sekarang masih macam tu ke? Ada lagi ke mak-mak yang memandang masak tu suatu keperluan yang wajib bakal menantu tahu? Ya, masih ada. Zaman moden, tapi bukan semua orang moden pemikiran ok.


Event Domino's pada April 2018


Teringat masa zaman sekolah dulu. Mak ai tak ajar ai masak pun. Belum masanya lagi kata mak. Lagipun ai ada kakak-kakak lain yang lebih besar dan mereka boleh bantu mak untuk memasak. Ai hanya tahu goreng telur, masak nasi, masak air dan masak meggi sahaja. Sampai tercetusnya menu 'Telur Goreng Petai'. Tapi basuh pinggan, memang ai dengan adik punya kerja. Sampai besar ok. Jangan kata ai goyang kaki.


Bila habis saja SPM, ai tidak dibenarkan langsung bekerja. Kena duduk rumah, belajar memasak sampai diterima masuk ke mana-mana institusi pengajian. Begitu juga dengan adik-beradik perempuan yang lain. Kami ok je, tak ada pula sampai nak memberontak sebab nak bekerja. Kalau ibu bapa dah tak bagi, ikutkan je lah. Kalau nak juga bekerja, pujuk dengan cara yang baik. Mana tau lembut hati mereka kan.


Bila ai dah sambung belajar, ai dah berhenti masuk ke dapur. Hanya sesekali je bila balik bercuti. Itu pun kalau ada kakak-kakak ai, mereka yang akan masak. Ai hanya tolong-tolong siapkan bahan sahaja. Macam potong sayur, siang ayam, siang sotong dan sebagainya. Basuh pinggan, memang kerja tetap. Perkara ini masih lagi kami amalkan sehingga ke hari ini. Habis skill memasak ai hilang sikit demi sedikit.


Tamat belajar dan mula bekerja, ai duduk dengan kakak-kakak ai. Korang rasa siapa yang memasak kat rumah? Mestilah kakak-kakak. Hahaha! Sesekali tu masak juga, tapi menu yang simple je. Bila balik kampung mesti nak makan air tangan mak. Sampai dah pindah duduk rumah sewa baru lah ai rajinkan diri memasak. Tapi ai masak yang simple-simple je. Sebab nak kurangkan kos makan di luar. Sejak itulah ai mula pupuk minat untuk memasak. Balik kampung pun ai dah ringan tulang memasak.


Me'nate Ramadan Preview pada April 2018


Selepas berkahwin, memang mak mertua ai yang masak. Kerja kan. Pernah ai cakap kat mak mertua tak payah masak, tapi kalau tak masak apa mereka nak makan untuk tengahari. Jadi, ai rajinkan diri masuk ke dapur pada hujung minggu. Ok lah dari tak buat apa-apa.


Jujur ai nervous. Lebih-lebih lagi bila mak mertua ai ada sekali di dapur. Perkara pertama ai akan cakap, "ibu pergi lah duduk kat depan, biar sha masak". Lepas tu apa lagi, amik handphone buka blog buka youtube untuk cari resepi. Kalau memang dah plan awal menu untuk dimasak lagi senang. Ai tak payah susah-susah tanya pakcik G. Telefon je mak minta resepi. Pasti jadi.


Pada ai, tak penting pun pandai memasak ni. Yang penting korang nak dan ada usaha nak memasak. Rajin-rajinkan lah diri untuk masuk ke dapur. Pupuk keinginan memasak tu. Bila keinginan dah ada, tapi korang tak tahu memasak, secara automatik korang akan cari jalan untuk belajar memasak. Cari resepi, belajar guna itu dan ini dan amik tahu setiap keperluan di dapur.




aisyaismail

20 comments:

  1. baca tajuk entry ai terus macam pentinG!!! perempuan kena pandai masak HAHAAHAHAHAHA mak bf sha nak menantu pandai masak emmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa jaga2.. kena belajar masak sedap-sedap..

      Delete
  2. saya suka masak dan memasak satu aktiviti yang menghiburkan..

    habis masak kita makan la..

    itulah kegembiraan berganda

    ReplyDelete
  3. Ina dl,selepas seminggu berkahwin dan duduk sendiri.Mertua datang makan tengahari.. Ina memang jenis nervous,siap mak mertua masuk sekali ke dapur.Masa tu..ya allah.Macam mana ni.. tapi dalam duknnervous, siap 3 jenis lauk dipersembahkan,akhirnya.

    Bagi Ina,zaman sekarang ni.Tak pandai masak takpe.Jangan ada malas.. tu yang penting.Takpandai memasak,bole gugel.Ehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. yang penting jangan malas tu je..

      Delete
  4. Sejujurnya saya boleh juga memasak tapi sejak mempunyai isteri 20 tahun yang lalu saya lebih suka makan masakan isteri sebab isteri saya pandai masak. So, kesimpulannya, jika boleh setiap isteri perlu ada kemahiran memasak. Baru suami bertambah sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Hahaha... yang penting kalau isteri sakit ke suami boleh tolong masak..

      Delete
  5. sekarang pun dah belajar sikit-sikit sebab dah malas makan luar.

    ReplyDelete
  6. Betul sangat! akak sokong. Tapi oklah tuh juga..banyak tolong di dapur. Basuh pinggan mangkuk periuk belanga tuh for me sangat sangat membantu. Penat weh..kalau masak sesorang. Lepas tuh dah makan longgok jer semua dalam sinki. Huhh! Ni akak pun train anak2 lelaki pompuan sama. Masuk dapur..buat mana yang boleh. Bab pandai ke tak masak tuh..InshaALLAH, kalau nak belajar and rajin..one fine day, mesti boleh punya masak. Silap2 boleh bukak cathering! HAHAH..gurau jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada ai anak lelaki memang perlu dididik untuk membantu juga..

      Delete
  7. bila belum kawin sure riso nanti dh kawin bole ke masak..biasa la org akan berckp2 kn..tp yg penting kita kena tgk situasi juga...kalo tk pandai masak ..slow2 blajar...lama2 pandai la..tp kalo dpt mertua yg nk menantu pandai amsak..kena la blajar dr awal hehe...akak pn bkn pandai masak tp bole la masak simple2 nk2 plak stay ngan mertua..nasibaik mertua ok..and husband pn tk cerewet and die pn suka masak juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah siapa yang mertua dan husband tak cerewet kan..

      Delete
  8. salam sis aisya...

    penting sgt ni utk prmpuan tau masak..
    bukan utk bakal husbnd je..tp utk dri dan fmily kita sdri...
    xkan nk hrap mak or kakak je kaann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu.. Muda-muda dulu tak ada kesedaran.. =P

      Delete
  9. Pandai ke tak pandai pada Mrs. A pula perempuan kenalah tahu juga memasak nanti bila masuk ke dapur kat rumah parents in law takdelah kekok sangat.

    ReplyDelete
  10. penting walaupun merangkak baru nak menjinak diri belajar masak. bukan untuk suami saja pun n kluarga tp untuk diri sendiri. skills kena ada gituuu.. tapi part mak mertua masuk dapur sekali tu nyeeeeramkan kan kan.. hihi rasa diperhatikan =P

    ReplyDelete
  11. tak pandai tak apa..yang penting rajin..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D