PELUANG MENJAGA ORANG SAKIT DI HOSPITAL - Aisya Ismail

Friday, 29 June 2018

PELUANG MENJAGA ORANG SAKIT DI HOSPITAL

Assalamualaikum and hye readers.



Berdegup laju jantung ni, rasa nak gugur bergolek-golek bila dapat whatsapp 'korang, mak masuk hospital'. Bila jarak terlalu jauh dengan mak baba, kesihatan mereka memang sering kami risaukan. Apatah lagi bila dapat berita macam ni, tak jadi kerja dibuatnya.


Sebelum ini, ai pasti akan bergegas balik ke Melaka. Memandangkan adik dan kakak ai memang sudah ada di sana, ai tangguhkan dulu untuk balik. Bukan tak risau, risau sangat. Cuma kalau semua orang balik serentak, susah untuk kami bergilir-gilir untuk jaga mak di hospital.


Keputusan itu dibuat setelah mengetahui kondisi mak. Kalau masih tak stabil, memang ai akan balik juga. Ai pulang pada hari keempat, dapat lah jaga tiga hari. Nasib baik hari last ai di Melaka mak dah boleh keluar. Tak ada lah risau sangat. Kalau masih di hospital maknanya masih kritikal lah kan?


Awan mendung. Sekadar gambar hiasan.


Sepanjang berada di hospital, tak ada benda-benda pelik pun terjadi. Mak pun beransur baik walaupun masih lemah. Masa mak tidur tu, ai sempat lah merayau dalam hospital. Ramah betul semua pesakit dan penjaga. Jadi, tak ada istilah bosan ye. Bosan masa baru sampai sahaja.


Bermacam-macam penyakit yang dihidapi oleh pesakit di dalam hospital itu. Ada yang strok, sakit buah pinggang, kencing manis, kolestrol dan macam-macam lagi lah. Masing-masing tak lokek untuk berkongsi masalah sakit mereka. Yang bagi tips pada pesakit lain pun ada.


Paling ai sedih, bila ada pesakit yang tiada penjaga. Tambahan pula warga emas. Ada doktor dan jururawat untuk membantu mereka di hospital itu. Namun, jauh disudut hati mereka memerlukan keluarga untuk menjaga mereka di situ. Itu adalah luahan seorang nenek yang menunggu kehadiran anak cucunya yang tak kunjung tiba. 


Lagipun, doktor dan jururawat di situ bukan boleh fokus pada pesakit yang tiada penjaga itu sahaja. Banyak lagi kerja lain yang perlu mereka buat. Setiap pesakit perlu diberi layanan yang sama sahaja. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang.


Bila pesakit yang tiada penjaga minta tolong ai, ai sangat berbesar hati untuk membantu. Setakat tolong naik dan turunkan katil, ambilkan air atau makanan, hulurkan barang, buka tutup lampu atau benda-benda kecil macam tu, apalah sangat. Tak rugi pun. Malah seronok bila ada peluang membantu mereka. Bila lagi nak beramal kan. Hehehe!


Ai taknak lah judge kenapa anak-anak tak mahu jaga ibu bapa di hospital. Ai percaya masing-masing ada alasan mereka. Walaupun alasan sibuk, ai terima sebab bukan semua orang bernasib baik dapat kerja yang mudah untuk cuti. Tapi apa pun alasan korang, jenguk lah ibu bapa nenek atok korang yang terlantar di hospital tu. Sekejap pun tak apa. Sedih tau dengar luahan nenek tu.


P/s : Gambar di hospital tak ada sebab sibuk membawang.




aisyaismail

13 comments:

  1. sha taksuka pi hospital huhu tapi kalau pi hospital sha suka jugak sembang sembang dengan makcik makcik kat situ, tambahan yg takdak penjaga sedih je tengok. mulalah nak kenang cemana nanti bila dah tua huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai pun tak suka hospita, takot entiti yang tak diingini berkeliaran. Hahaha!

      Delete
  2. dulu masa jaga arwah ayah pun kesian jugak tengok pesakit yang tiada penjaga. Sayu je muka. Semoga mak ai cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  3. risau btl kalau ada ahli keluarga sakit..Cik Nor alhamdulillah..dkt dngn famly walaupun xdok serumah.. klu ada emergency blh trus balik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki nanti nak duduk dekat dengan parents.

      Delete
  4. hospital adalah tempat yang menginsafkan...

    dari sinilah kita akan menghargai nilai kesihatan

    ReplyDelete
  5. allahuakhbar.. semoga semua baik2 saja dan dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  6. Mak dah sihat? semoga mak cepat sembuh..

    ReplyDelete
  7. banyak pahala bila jaga orang sakit ni. semoga cepat sembuh

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D