BARU NAK KENAL JIRAN - OPEN ROAD 2018

Wednesday 18 July 2018

BARU NAK KENAL JIRAN - OPEN ROAD 2018


Assalamualaikum and hye readers.



Raya dah habis dah, tapi ai masih nak bercerita tentang raya. Penutup raya 2018 seorang Aisya Ismail. Eh, yeke penutup? Hahaha! 'Nak raya ke mana je lagi? Duduk diam-diam kat rumah' kata seorang Encik Husband yang malas nak bawa isterinya keluar jalan beraya. Dengan alasan isteri dia tak jahitkan baju raya dia yang lagi tiga pasang tu.


Open Road 2018

Ni geng jiran-jiran muda.

Ini adalah pengalaman pertama ai sertai jalan terbuka. Selalunya orang buat rumah terbuka kan, tapi kali ni kawasan kejiranan buat jalan terbuka. Sebenarnya ini bukan perkara baru untuk mereka, tapi ai yang masih baru sebab ai baru pindah ke situ selepas berkahwin dengan Encik Husband. Sebelum kahwin asyik dengar cerita dari Encik Husband, sekarang ai dah rasai sendiri.


Jalan terbuka dan rumah terbuka dua perkara yang sama je. Berkumpul dan makan beramai-ramai di hari raya. Yang membezakannya adalah, rumah terbuka tuan rumah menjamu makan tetapi jalan terbuka setiap rumah adalah tuan rumah. So tak boleh lah suka-suka nak jemput orang luar datang sebab jalan terbuka ni lebih kepada meraikan dan merapatkan silaturrahim di kalangan jiran-jiran.

Bekerjasama tak kira lelaki, perempuan, besar ataupun kecil.


Pada ai bagus adakan jalan terbuka ni, sebab ai dapat berjumpa dan kenal dengan jiran-jiran yang ai tak pernah kenal. Baru ai tahu ramai betul jiran-jiran ai sebenarnya. Dan lagi satu perkara yang ai baru tahu, jiran-jiran ai ramah semuanya. Rasa macam dah lama dalam kejiranan tu. Lepas habis majlis, ramai yang ringan tulang bergotong-royong mebersihkan kawasan yang digunakan.


Untuk menjayakan jalan terbuka tersebut, setiap rumah diwajibkan untuk membayar sebanyak rm120 untuk menyertai jalan terbuka tersebut. Dengan duit yang terkumpul itu lah kami menyewa khemah, beli kambing dan ayam golek, nasi beriani dan beberapa menu sampingan lagi. Menu selebihnya adalah hasil potluck dari jiran tetangga.

Kambing Golek dan Ayam Bakar.
Char Kuew Teow panas-panas.
Ice Cream Che Umi yang sedap kurang manis.
Menu pot luck dari jiran tetangga.


Banyak sangat menu malam tu, ai sampai tak berpeluang nak makan nasi. Bukan sebab nasi tak cukup, tapi kerana dah kenyang telebih dahulu. Bertuahnya perut ni pada malam tu. Makanan yang tidak habis, semua orang tapau untuk bawa pulang. Esoknya boleh lah dipanaskan dan dijadikan lauk untuk sarapan dan makan tengahari. Jimat bukan?


Pengalaman yang sangat baru untuk ai. Seronok kerana semua tetamu adalah tuan rumah dan semua tuan rumah adalah tetamu. Korang pun boleh cuba buat di kawasan kejiranan masing-masing. Tak perlu tunggu hari raya sahaja untuk berkumpul dan makan-makan bersama jiran-jiran. Santai-santai biasa atau nak buat kenduri pun boleh.


P/s : Semua gambar-gambar dikreditkan kepada photographer Didi Yellow. Jiran juga photographer ni.



aisyaismail

18 comments:

  1. Taun depan bolehlah buat taman terbuka pulak.
    Tentu lebih meriah.

    ReplyDelete
  2. salam sis ai..
    yaya singgh sini sat..

    wahh..bestnye mkn.buat potluck dgn jenjiran sume..bguih la..
    patut buat tiap thun ni kan..kat kwsn uma yaya pun ade buat last hri tu..rs nye tu pun bru 1st time buat pot luck kt kwsan uma jiran =D

    ReplyDelete
  3. bestnya macam ni, teringin jugak nak rasa pengalaman macam ni

    ReplyDelete
  4. eh tak pernah dengar jalan terbuka..hahah menarik la weh

    ReplyDelete
  5. seronoknya dapat tinggal di perumahan yang jiran-jiran semua berkumpul dan berkerjasama.

    ReplyDelete
  6. meriah ada kejiranan mcm ni...mcm2 menu tu..kambing golek pn ada...yummmm

    ReplyDelete
  7. kita singgah sini.

    bestnya singgah tengok banyak makanan. tetibe lapooo kih3

    ReplyDelete
  8. Suka sangat konsep kejiranan aisya mcm ni...saling kenal mengenali jiran2 yg muda2 tu bagus...merapatkan lagi ukuwah terjalin...kalau ada sesiapa yg sakit ramai yg dtg membantu dan ziarah...seronok!

    ReplyDelete
  9. wow first time ni dengar orang buat jalan terbuka. bagus program macam ni dibuat untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama jiran.

    ReplyDelete
  10. first time dengar open road..meriah jugak buat open road macamni

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D