KENALI APA ITU ZY PHYTO UNTUK MENJANA PENDAPATAN - Aisya Ismail

Friday, 13 July 2018

KENALI APA ITU ZY PHYTO UNTUK MENJANA PENDAPATAN

Assalamualaikum and hye readers.



Pernah tak korang terfikir nak jadi jutawan? Atau pernah tak korang bercita-cita untuk ada perniagaan sendiri? Kebanyakan orang ada cita-cita itu, cuma tidak tahu di mana permulaan langkah yang perlu diambil. Pernah dengar ZY Phyto?


Apa itu ZY Phyto



ZY Phyto adalah sebuah syarikat Bumiputera yang mengendalikan pembuatan produk kecantikan dan juga produk kesihatan. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu usahawan-usahawan untuk merealisasikan impian mereka untuk memiliki jenama sendiri. Ok korang dah teruja ke tak ni?


Kalau korang rasa, ZY Phyto ni boleh percaya ke? Nanti kena tipu macam mana pula ye? Jangan risau sebab ZY Phyto telah beroperasi sejak tahun 2007 dan telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2011 di Taman Industri Alam Jaya, Bandar Puncak Alam. Dalam erti kata lain, ZY Phyto bukan syarikat yang baru wujud beberapa bulan lepas.


Pada awal kemunculan ZY Phyto pada awal tahun 2007, dengan berbekalkan modal sebanyak RM3000 ZY Phyto memulakan operasi. Dengan hanya mengendalikan mesin buatan secara manual pada ketika itu, kini ZY Phyto telah memperoleh aset berbayar yang melebihi RM30juta. Wow!


Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun, ZY Phyto telah berkembang sehingga menjadi salah satu pengeluar yang paling dipercayai kepada ramai usahawan. Dilengkapi dengan mesin yang canggih dan mematuhi prosedur standard GMP merangkumi keseluruhan rumusan produk, penyelidikan dan pembangunan produk, reka bentuk, pengeluaran, pembungkusan dan penghantaran yang berkualiti. Mampu menghasilkan kuantiti pesanan yang besar.


Siapa di sebalik ZY Phyto?



Sejak memulakan operasi, ZY Phyto telah diketuai oleh Encik Zaidi Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif manakala Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd.


Encik Zaidi Yusoff  dikenali sebagai seorang yang telah menubuhkan syarikat multi-industri kecantikan dan kesihatan yang terbesar di Malaysia, iaitu ZY Phyto Group of Companies. Dengan kepimpinanya, ZY Phyto kini semakin berkembang pesat mengeluarkan pelbagai produk dan jenama. Puan Sharifah Ameelia Akma pula pernah dilantik sebagai Pengarah Sumber Manusia termuda di HYATT Hotel International dan HYATT International Group sebelum menyertai ZY Phyto.


Syarikat Subsidari ZY Phyto

Kumpulan Syarikat ZY Phyto terdiri daripada ZY Manufacturing Sdn Bhd, ZY Phyto Cosmetic Sdn Bhd, ZY Phyto Herbal Science Sdn Bhd, ZY Academy Sdn Bhd, ZY Printpack Sdn Bhd, ZY Phyto Marketing Sdn Bhd, ZY Phyto East Coast Sdn Bhd, Yayasan Qaseh ZY Phyto dan Emily's Cattery.



ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd - Pembuatan produk kesihatan yang berasaskan makanan herba dan produk kosmetik berkualiti tinggi dan  di dalam persekitaran yang bersih. Mengamalkan proses pengilangan yang baik (GMP) di mana semua proses pembuatan adalah jelas dan dikawal dengan rapi.

ZY Cosmetics Sdn Bhd - Dengan menginspirasikan produk antarabangsa, ZY Phyto mengeluarkan pelbagai produk kosmetik seperti minyak wangi, pomade, krim rambut dan juga alatan make up.

ZY Herbal Science Sdn Bhd @ Saudagar Herba - Membekalkan pelbagai herba yang berkualiti tinggi kepada pelanggan. Sama ada di dalam bentuk serbuk, ekstrak atau tumbuhan pada skala kecil sehingga besar di samping hub untuk produk siap dibeli.

ZY Academy Sdn Bhd - Menyediakan kumpulan pengurusan yang berpengalaman dan menyediakan program dan organisasi khusus yang direka khas.

ZY Printpack Sdn Bhd - Menawarkan perkhidmatan percetakan, pembungkusan semula, reka bentuk dan kemasan untuk kumpulan syarikat ZY Phyto.

ZY Phyto Marketing Sdn Bhd - Menyokong dalam membangunkan pasaran baru dengan menyediakan pengiklanan, penyelidikan pasaran, perancangan media, perhubungan awam serta strategi jualan.

ZY Phyto East Coast Sdn Bhd - Mengeluarkan produk berasaskan herba dan membuat penyelidikan dan perkembangan yang direka secara ilmiah di Pantai Timur, Malaysia.

Yayasan Qaseh ZY Phyto - Sebuah komuniti organisasi yang ditubuhkan dengan tujuan memperkasa sosio-ekonomi ummah melalui jaringan perniagaan, pembangunan ilmu, latihan dan usahasama sahabat-sahabat secara istiqamah.

Emily's Cattery - Usahawan kucing yang bijak dan menarik daripada gred A+++. Menyediakan tempat tinggal dan pembiakan untuk baka kucing.


Produk ZY Phyto



Produk yang dikeluarkan adalah yang dirumus dan dicipta dalam persekitaran yang bersih dan menggunakan bahan mentah daripada herba tradisional. Setiap produk yang dihasilkan mengikuti langkah yang teliti untuk menjamin pelanggan mendapat hasil yang terbaik.


Antara produk yang dikeluarkan adalah seperti produk cecair, serum, tiub, chewable table, tea bag, matte lip, bedak, sabun, krim, wangian, pomate dan juga semburan.


Antara perkhidmatan yang ditawarkan

Apa sahaja produk herba yang korang perlukan, in syaa Allah boleh dapatkan di ZY Phyto. Zy Phyto ada menyediakan banyak perkhidmatan untuk membantu usahawan kecil dan sederhana dalam merealisasikan impian semua pelanggan. Asyik sebut ZY Phyto dari tadi, apa perkhidmatan yang ditawarkan?



Reka bentuk - Designer dari ZY Phyto dapat membantu mereka segala jenis pembungkusan yang korang idamkan.

Perkhidmatan makmal - Makmal ZY Phyto berfungsi sebagai pusat pembangunan produk di mana setiap produk akan dinilai untuk mengetahui secara menyeluruh nutrien dan kebersihannya.

Pembungkusan - Setiap produk akan dibungkus di dalam kotak yang direka dengan baik termasuk dengan brosur dan maklumat lain.

Pendaftaran produk - Pihak ZY Phyto akan membantu korang dari segi pendaftaran dan perundingan. Korang perlu berikan penerangan ringkas sahaja.

Pembangunan produk - Pihak ZY Phyto akan terlibat di dalam setiap peringkat perkembangan sesuatu produk daripada proses penciptaan sehinggalah ke penghantaran.

Percetakan - Dengan adanya pelbagai khidmat percetakan profesional akan memenuhi keperluan peribadi dan perniagaan korang.

Logistik - Korang tak perlu risau memikirkan bagaimana untuk membawa pulang produk yang banyak kerana produk itu akan sampai di hadapan pintu rumah atau kedai korang.

Latihan dan rundingan - ZY Phyto menyediakan program latihan berterusan untuk kakitangan dan rundingan profesional akan diberikan satu per satu kepada prospek dan pelanggan.


Pilihan pelanggan


Kalau korang berminat menjadi usahawan dan memiliki produk sendiri, korang boleh pergi sendiri melihat ke Galeri Jualan ZY Phyto. Atau korang juga boleh membuat temu janji dengan pihak ZY Phyto dan berbincang tentang produk yang bakal korang keluarkan. Korang diberi banyak pilihan produk seperti makanan kesihatan, teh, kopi, kosmetik dan juga produk penjagaan kulit.


Dah fikirkan nak jadi usahawan untuk produk apa? Untuk keterangan lanjut, korang boleh layari laman sesawang http://zyphyto.com. Semoga dimurahkan rezeki buat kita semua. Aamiin!


"Sabda Rasulullah s.a.w, 9 daripada 10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan - Riwayat Tarmizi"




aisyaismail

15 comments:

  1. Bagusnya...satu tempat je dah boleh ada angan2 nak jd founder produk yang di yakini. Sekarang kena kumpul modal...insyaAllah nak try la nanti. Jadi ke tak tolak tepi, yg penting kena cuba kan hehe tq aisya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu.. Modal kecil pun masih boleh jadi founder tau.

      Delete
  2. dahsyat betul ZyPhoto ni. Bangga tengok anak Melayu boleh buka perniagaan yang hebat macam ni,

    ReplyDelete
  3. Wahhh besar jugak empayar Zy Phyto ni, moga mereka terus sukses!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cerita details satu-satu, lagi besar sebenarnya..

      Delete
  4. Terbaiklah pencapaian Zy Phyto

    ReplyDelete
  5. baru tau paslzy phyto ni..bagus la perkhidmatan dia..ada macam-macam

    ReplyDelete
  6. salah satu tmpt yg baik bg usahawan yang bru brjinak dlm perniagaan ni

    ReplyDelete
  7. wow..menarik.

    semoga Zy Phyto terus sukses dalam industri ini...

    ReplyDelete
  8. Kategori Jutawan senyap lah ni kan... baru first time dengar nama Zy Phyto.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D