SOALAN-SOALAN LAZIM UNTUK PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY

Tuesday 7 May 2019

SOALAN-SOALAN LAZIM UNTUK PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY


Assalamualaikum and hye readers.



Ingat tak ai pernah cerita ai pernah menjalani pembedahan laparoscopy pada bulan Januari yang lepas? Banyak juga soalan-soalan cepu emas yang ai dapat. Kalau korang ada apa-apa pertanyaan yang korang segan nak tanya, cuba baca ni. Mana tahu persoalan korang ada tersenarai di bawah.


Gambar hasil carian di Google.

Sakit ke pembedahan laparoscopy ni?

Semasa menjalani pembedahan memang tak rasa apa-apa sebab ai dah dibius terlebih dahulu dan ditidurkan. Bila dah bangun tu, mula rasa sakit pada bahagian pembedahan. Jujurnya, teramat sakit tapi hanya untuk beberapa hari sahaja sebelum kesakitan beransur hilang. Selain itu ai turut sakit di bahagian dada, bahu dan tekak. Tapi itu normal kerana tindak balas gas yang dimasukkan untuk mengembungkan perut semasa pembedahan dijalankan.


Berapa lama tempoh masa pembedahan?

Tambah tolak bahagi darab, dalam tiga jam ai berada di dalam bilik pembedahan. Itu tidak termasuk semasa berada di ruang menunggu. Tapi menurut doktor, kalau tiada masalah yang serius, setengah ke satu jam pun sudah mencukupi.


Apakah kesan sampingan selepas pembedahan?

Sudah semestinya rasa letih sangat dan mengantuk. Selain itu korang akan rasa sakit tekak, kembung perut, sakit bahu dan sakit belakang. Tapi itu semua kesan-kesan yang normal ya. Tak perlu risau.


Berapa lamakah masa untuk pulih daripada pembedahan?

Tempoh masa untuk pulih tu bergantung kepada pembedahan itu sendiri dan macam mana korang menjaganya. Harus diingatkan, pembedahan melibatkan luka dalaman dan kita tidak nampak. Jadi, wajib untuk jaga elok-elok. Jangan melasak selepas pembedahan. Berpantang lah macam pantang lepas bersalin.


Macam mana hedak buang air selepas pembedahan?

Dulu, sebelum buat pembedahan, ai pun risau macam mana nak buang air. Dari pengalaman orang lain, ada yang kena pakai tiub dan ada juga yang terpaksa pakai lampin. Tapi Alhamdulillah, ai dapat buang air secara normal di dalam tandas. Tapi sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. 


Gambar hasil carian di Google.

Bolehkah bekerja selepas menjalani pembedahan?

Boleh kalau korang dah ok. Kalau ai hari tu, memang cuti sebulan terus. Selepas sebulan pun masih terasa sakit-sakit sedikit. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Amaran keras! Jangan angkat barang-barang berat sehingga benar-benar sembuh.


Makanan apa yang tak boleh dimakan selepas pembedahan?

Elakkan makan makanan laut kerana akan menyebabkan luka korang gatal-gatal. Telur pun elakkan. Mula-mula ai tak tahu tak boleh makan telur, gatal dia Allah sahaja yang tahu. Benda-benda masam juga elakkan dan juga kekacang. Banyakkan minum air masak.


Selamat ke pembedahan laparoskopy?

Alhamdulillah ai selamat menjalani pembedahan. Terima kasih kepada Doktor Nazri di KPJ Selangor.


Berapa lama ditahan di hospital?

Dalam 3 ke 5 hari bergantung kepada masalah yang korang hadapi selepas pembedahan. Yang masuk sehari sahaja pun ada. Bak kata doktor, jangan manjakan sangat sakit tu. Makin dimanjakan makin lambat nak baik. Tapi jangan juga tak pedulikan ya. Takut terkoyak balik luka pembedahan tu.


Ada pendarahan selepas pembedahan?

Ya, ada. Korang kena pakai pad macam masa datang bulan. Tapi darah yang keluar bukan darah haid dan boleh solat. Tapi kalau masa tu korang memang tengah datang bulan, janganlah solat. Boleh bertanya pada doktor jika korang tidak pasti.


Macammana nak cepat baik selepas pembedahan?

Jangan makan makanan yang akan menyebabkan luka korang lambat sembuh dan gatal, makan makanan yang berprotein untuk membaiki tisu-tisu otot dan banyakkan bergerak. Akan tetapi jangan terlalu lasak. Ikan haruan pun bagus untuk cepat bagi luka cepat baik. Ikan haruan buat masak lauk tau, bukan pati ikan haruan. Kalau korang seorang yang merokok, silalah berhenti merokok.


Saja letak gambar throwback.

Entri kali ni dapat membantu korang tak? Ai harap siapa yang takut untuk buat pembedahan tu, tak salah rasa takut tapi korang kena juga beranikan diri untuk lakukan pembedahan. Ini adalah untuk kebaikan jangka masa panjang untuk badan korang.




aisyaismail

34 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. nice sharing... pengalaman yang bermakna bagi Ai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Walaupun bermakna, taknak ada kali kedua. Hehehe

      Delete
  3. but this still sounds scary

    ReplyDelete
  4. Very informative tq ai for sharing

    ReplyDelete
  5. takutnya...huhuhu...semoga terus sihat berkekalan hendaknya...ameen

    ReplyDelete
  6. Yg ni prosedur utk buang cyst ka? Somebody I know tgh berusaha utk kecutkan cyst secara semulajadi sbb nak elak surgeri. Don't know sama ada blh atau tak. Byk pantang kena ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope.. PCOS. Tapi lebih kurang je procedur dengan cyst. Cyst boleh kecut sendiri kalau jaga makan. PCOS tak boleh.

      Delete
  7. Hai..u bleeding berapa hari lepas laparoscopy? I baru lepas buat prosedur tu last week and still bleeding lagi sampai sekarang.. boleh share your experience? Tq!! 🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu lebih. Tapi x banyak. Sikit-sikit je. Kalau termasuk masa kat hospital, guna 2 paket pad. Tapi doctor cakap darah tu biasa cuma kalau banyak dan berlarutan jumpa doctor balik. Takut luka bahagian dalam. Make sure jangan kuat berjalan even dalam rumah. Jangan angkat barang berat. Makan pun kena jaga. Makan sup ikan haruan.

      Delete
  8. Hai.. u bleeding berapa hari lepas laparoscopy? I baru buat prosedur tu last week untuk buang cyst and still bleeding sampai sekarang..risau la. Hope everything is good for u now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Even dah 8 bulan, still jaga makan. Hopefully tak berulang.

      Delete
  9. hai thx share pengalaman ai, harap sy ade kekuatan utk hadapi pada bln12 ni�� tkottt

    ReplyDelete
  10. Baru jgk lepas operation.Baru nk masuk 2 minggu operation. Normal ke kalau masih terasa pedih bawah perut.Pedih macam kena hiris je.��Sebelah kiri yang kena buang embrio tu pn sakit. Risau jugak sebenarnya.��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normal kot. Saya lepas sebulan macam tu baru ok.Tapi saya kerap jumpaa doc. Jangan lupa berpantang tau sis. Lagi satu jumpa doc terus kalau rasa tak selesa atau sakit yang luar biasa.

      Delete
  11. Salam hi, pantang tu pantang macam orang bersalin ke? ada urut bertangas semua ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tak. Just jangan buat kerja berat and jaga makan sebab luka tu luka kat dalam yang kita tak nampak. Tapi lepas dua bulan macam tu kena pergi urut untuk buang angin dalam badan.

      Delete
  12. awk, nak tanya.. awk husband teman ke? atau mmg ambil bilik jenis yg kongsi? kalau husband tak teman kita boleh je kan jalan sendiri pergi toilet, etc.? sorry tanya. plan nak buat 2 minggu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya hsband teman. Tapi boleh je jalan sendiri. Slow-slow sebab tak kuat kan lepas operation. Tapi kalau tak confident, panggil je nurse.

      Delete
  13. Assalamualaikum..sy pn br lepas buat laparoscopy 3 hari lepas tp sbb ectopic & tiub fallopio sblh kanan kna buang sbb dh pecah..Skrg ni sy pn ada sakit belakang tp waktu berbaring tidur malam..awak pn mcm tu jgk ya?? Klu blh sy tahu,mcm awak tu berapa lama sakit belakang tu berlarutan ya?? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.Semoga Puan cepat sembuh. Tak lama pun. Bila saya dah mula bergerak sikit-sikit dia mula beransur pulih.

      Delete
  14. Assalamualaikum, normal ke rasa sakit bhgian dubur waktu nak buang air besar. Dan ada rasa sakit² manja bhagian ari²? Saya baru 5hr buang tiub seblah kanan, ectopic pregnancy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya takde experience ni. Tak pasti sama atau tidak simptom dia.

      Delete
  15. Baru seminggu buat operation. Sebab ectopic pregnancy. Pantang makan macam biasa je. Hope tabah la nak pantang dalam mood nak raya ni. Tapi tak pasti kena pantang berapa lama. Ada yg kata 2mggu ada yang kata sebulan. N tahu tak kalau pantang suami tu brp lama 😶. Hope ada yang advice Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik dapatkan nasihat dari doktor sis.

      Delete
  16. Luka pembedahan boleh kena air ke?

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D