THE HEIRS

Thursday 9 May 2019

THE HEIRS


Assalamualaikum and hye readers.



Drama yang telah disiarkan pada tahun 2013 ini dibintangi oleh Lee Min-ho, Park Shin-hye dan Kim Woo-bin. Ai tak ingat bila ai tengok drama bersiri The Heirs ni, tapi disebabkan Lee Min Ho dah tamat dari menjalani perkhidmatan ketenteraan, ai nak tulis tentang salah satu drama yang dilakonkan oleh beliau.




Sinopsis

The Heirs mengisahkan tentang Kim Tan (Lee Min-ho) yang merupakan salah seorang pewaris kepada perusahaan yang besar, Jeguk Group. Kim Tan dihantar jauh ke Amerika Syarikat oleh abangnya, Kim Won (Choi Jin-hyuk) yang cuba mengawal perniagaan keluarga.


Di Amerika Syarikat, Kim Tan telah bertemu dengan Cha Eun-sang (Park Shin-hye), yang kebetulan pergi ke sana untuk mencari kakaknya. Bermacam-macam perkara yang berlaku di sana, dan akhirnya mereka berpisah dan bertemu semula di Korea.


Apabila kembali semula ke Korea, Kim Tan bertemu semula dengan Eun-sang di sekolah yang sama. Ketegangan mula berlaku apabila Choi Young-do (Kim Woo-bin), iaitu sahabat karib Kim Tan yang kini telah menjadi musuhnya turut sama jatuh cinta kepada Eun-sang. Kim Tan pula terpaksa memilih antara tanggungjawabnya untuk mengejar perniagaan keluarga atau cintanya pada Eun-sang.


Ulasan

Cerita ni tak lari dari cerita cinta yang biasa kita tengok kat televisyen. Seorang lelaki kaya yang jatuh cinta dengan seorang gadis yang miskin. Jurang darjat diorang memang jauh berbeza. Hero boleh dapat apa saja dalam sekelip mata, yang heroin pula nak makan sehari pun susah. Lepas tu ayah hero tak suka heroin. Ai tak suka sangat cerita cinta yang ada tentangan keluarga ni. Hahaha! Tapi masih ramai lagi kan yang suka tengok cerita cinta yang macam ni?




aisyaismail

17 comments:

  1. how time flies. lama dah drama ni weyhh

    ReplyDelete
  2. kak pun penah tengok cerita ni. walaupun sama ja kisahnya dengan drama lain, tapi syok jugak lah. boleh la nak layan. hahaha

    ReplyDelete
  3. ramai suka tengok sebab Lee Min Hoo..kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. sama lah sebab tak kenal pelakon lain.

      Delete
  4. Macam menarik dan Sis tak pernah tengok lagi ni...okay nak cari dan layannn...

    ReplyDelete
  5. anak2 dara abe kie meme layan drama Korea ni..

    ReplyDelete
  6. eiii hari tu pun kawan share pasal cite ni jugak..nak kene tengok ke ape ni dah dua orang share...nak cukupkan jadi 3 orang..hahahha

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D