TIPS UNTUK PILIH BAJU RAYA

Friday 17 May 2019

TIPS UNTUK PILIH BAJU RAYA


Assalamualaikum and hye readers~



Raya dah nak dekat sangat ni. Apa persiapan yang korang dah buat? Baju? Mesti rata-rata pembaca blog ai dah siapkan baju raya. Yang tempah baju dekat tailor tapi masih belum siap tu, jangan lupa tanya khabar baju korang tau. Takut tak siap je. Huhuhu! Saja bagi korang cuak.


Selalunya bila tiba hari raya, yang menjadi keutamaan dalam persiapan adalah baju raya untuk golongan muda dan juadah raya untuk golongan yang tua.  Yang ramai ada anak-anak yang masih dibawah tanggungan tu, keutamaan selalunya diberikan kepada anak-anak.


Hitam merah jadi pilihan tema raya tahun lepas.

Zaman sekarang ni, bermacam-macam rekaan baju raya yang diperagakan setiap tahun. Ada yang melaram seperti di pentas peragaan dan ada juga yang berserdahana. Yang rekaan baju raya mengalahkan artis  pun ada. Tahun ni ai boleh katakan adalah tahun batik. Sana-sini iklan baju raya batik.


Tak dinafikan baju raya sangat penting semasa tibanya hari raya. Kalau tiada baju raya terasa tidak lengkap untuk keluar beraya. Tetapi apa yang perlu dititikberatkan untuk bergaya di pagi raya? Selera masing-masing, tapi selera yang membuatkan diri sendiri tidak selesa sehingga orang lain terseksa perlu dielakkan.


Jenis fabrik

Fabrik salah-satu penentu hasil baju raya seseorang. Fabrik yang sering menjadi pilihan di pagi raya adalah seperti cotton, satin, chiffon dan como crepe. Ai sendiri gemar memilih kain jenis cotton. Dulu zaman badan macam rangka, suka juga dengan chiffon. Tapi sekarang, cotton lebih selesa. Pilih fabrik yang betul penting supaya baju tidak panas dan tidak selesa di badan.


Corak

Kita sedia maklum yang corak jalur menegak sesuai untuk yang berisi dan jalur melintang sesuai untuk yang bertubuh kurus. Tapi, takkan nak pakai baju corak jalur sahaja kan untuk bergaya di pagi raya. Korang tahu tak yang corak mampu menyerikan baju raya korang? Jadi pilih lah corak-corak lain seperti flora, geometrik atau apa-apa yang korang suka. Tapi corak besar akan menampakkan korang mengembang sedikit. Nak selamat pilihlah baju yang tiada corak.


Rekaan baju raya 2019 oleh Misslily Shop. Rekaan yang simple dan lari dari tema batik. Klik gambar.


Warna yang bersesuaian

Setiap kali nak raya, mesti ada yang dah membuat perancangan awal tema baju raya. Yang suka sedondon bersama keluarga lagi meriah. Pilihan warna haruslah mengikut kesesuaian semua orang. Bukan pilih disebabkan suka sahaja. Warna yang kita suka pakai tak semestinya sesuai untuk kita atau orang lain. Selalunya yang berkulit cerah tiada masalah dalam pemilihan warna. Untuk yang berkulit gelap, pilihlah warna-warna pastel. Elakkan warna-warna yang terang.


Rekaan yang sesuai

Kalau tanya ai, ai lebih sukakan baju-baju tradisional seperti baju kebaya, baju kurung biasa, kurung riau dan kurung kedah. Malah, baju pertama yang ai jahit untuk diri sendiri adalah baju kebaya. Selain itu baju peplum, jubah dan kurung moden juga menjadi pilihan ai. 

Ai kagum melihat gadis-gadis yang beraya dengan memakai rekaan berlapis-lapis dan berkasut tumit tinggi runcing. Lebih-lebih lagi di kawasan kampung. Hebat meraka menahan panas dan bergetar-getar kaki nak berjalan di atas tanah yang tidak rata. Kalau yang beraya naik turun kereta sahaja tiada masalah. Tapi, penting ke pakai kasut tumit tinggi kalau berjalan tak sampai sepuluh langkah?


Tidak terlalu ketat

Keselesaan adalah keutamaan. Kalau boleh janganlah pakai baju yang terlalu ketat. Susah untuk nak berjalan. Lagipun baju ketat akan membuatkan korang lebih cepat berpeluh. Kalau berpeluh, pasti korang tak selesakan. Jadi, janganlah pakai pakaian yang terlalu ketat.


Pada sesiapa yang masih belum dapat idea nak pilih baju raya, korang cuba lah gunakan tips yang ai bagi ni. Masih sempat nak cari sekarang. Biar lambat asalkan ada baju raya yang bersesuai.




aisyaismail

12 comments:

  1. Lawa teruk baju kebaya hitam yang ai pakai nih

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah tips yg bagus AI
    Kak juju dah siap baju raya anak beranak semua sebelum bulan puasa lagi, syukur, bajet hari raya tak adalah terusik sgt, kena awal kalau tak nanti termenung kemudian hari...tahun ini akak pakai fabrik jenis cotton je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cotton senang kak juju. Tak panas. Tapi pilih yang tak cepat komot.

      Delete
  3. Tips kasut raya tu betul.Hiihihihi,,teringat masa zaman remaja.Payah juga guna heels ni.Dan jenis bertali.Asyik2 nak kena buka kasut,jalan beberapa langkah lagi nak kena buka kasut.Hurmm,jenuh lah. Tapi itu dulu lahh. Sekarang ni dah besar panjang. Takde pula budaya berkonvoi,rindulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang heels memang jadi props nak bergambar time raya je. Dah amik gambar, tukar pakai slipper.

      Delete
  4. lama sudah x pk on pattern baju raya diri sendiri, Ai.
    more to anak-anak.
    kebetulan anak2 aida dah anak dara, so memang fikiran hanya utk diorang la.
    aida pakai je baju kurung cara biasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kurung biasa pun sti pattern gak tu..

      Delete
  5. Good tips.. mama suka kurung moden

    ReplyDelete
  6. Lawa baju. Memang tak suka pakai ketat. Baju raya hubby yg akan pilih design mana sesuai dgn bdn wife.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D