ENCORE MELAKA - TEMPAT YANG WAJIB DILAWATI DI MELAKA

Saturday 13 July 2019

ENCORE MELAKA - TEMPAT YANG WAJIB DILAWATI DI MELAKA


Assalamualaikum and hye readers.



Akhirnya... Ai dah sampai juga ke Encore Melaka. Selalunya ai tengok je gambar kawan-kawan di instagram mahupun facebook. Cool teruk tempat dia dalam gambar. Putih suci tepi laut pula tu. Memang cantik dan luas mata memandang.


Ai memang selalu lambat sikit dengan benda atau perkara yang tengah popular ni. Malas nak bersesak dengan orang ramai. Lokasi cantik pun boleh jadi serabut. Macam tengok wayang juga lah. Bila keadaan dah reda, orang pun dah tak berpusu-pusu sangat nak pergi, waktu itu baru lah ai pergi.




Encore Melaka

Mesti korang dah tahu lebih awal dari ai apa bendanya Encore Melaka ni kan? Kalau korang masih tak tau tempat apa ni, meh ai nak bagi tau. Ramai yang ingatkan Encore Melaka adalah panggung wayang. Tapi buka ya. Encore Melaka adalah pentas teater.


Korang tau Istana Budaya atau Sydney Opera House? Hah macam tu juga lah dengan Encore Melaka ni. Tapi selalunya kita hanya tengok prop di atas pentas bertukar-tukar setiap kali bertukar lokasi, di Encore Melaka platform penonton yang akan berpuutar sebanyak 360 darjah.


Kiri kanan depan belakang adalah pentas teater. Dan kalau korang lambat masuk, korang akan rugi kerana laluan masuk tidak boleh digunakan dan korang perlu menunggu kira-kira 20 minit sebelum dibenarkan masuk ke dalam.


Tiga pintu itu adalah laluan masuk sebelum ditutup untuk memulakan persembahan.


Buat masa ini, Encore Melaka hanya menayangkan satu jenis cerita sahaja. Akan datang In Syaa Allah akan ada pelbagai cerita yang lebih menarik lagi. Kalau korang ada produksi dan nak buat pementasan di Encore Melaka pun boleh. Apa ai boleh katakan, pentas Encore Melaka memang canggih. 


Unfold Stories Behind Melaka Inheritance

"Ini adalah kapal." "This is ship." "这是一艘船。" Kalau korang dah pergi ke Encore Melaka dan tengok teater Unfold Stories Behind Melaka Inheritance, mesti korang kenal tiga ayat ni. Ya betul, ayat pembuka teater tersebut.


Teater ini menggabungkan tujuh cerita yang menarik penonton kembali ke zaman dahulu Melaka. Penonton akan disajikan dengan dialog dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, dialek tempatan dan Portugis untuk mencerminkan keharmonian pelbagai bangsa yang ada di negeri Melaka.




Kalau tanya ai, ai akan cakap teater ni menarik. Bukan kerana jalan cerita, tetapi kerana cara jalan cerita ini dipersembahkan. Daripada muzik, tarian sehingga ke prop semuanya ai suka. Paling gempak pada ai semasa adegan sewaktu hujan. Air betul ok!




Tapi hebat mana pun teater ni, kalau korang tak minat teater dan apatah lagi sejarah, korang akan rasa bosan sepanjang menyaksikan teater tersebut.


Senibina dan landskap yang cantik

Perkara yang paling menarik di Encore Melaka adalah senibina bangunan nya sendiri. Dinding yang putih bersih dan seperti sisik ikan itu menarik untuk dijadikan lokasi bergambar. Para instagrammers suka lah kan tempat-tempat macam ni. Tepi laut pula tu. Haritu ai beruntung, sebab ai dapat tengok sunset yang cantik.




Pada sesiapa yang nak bercuti di Melaka, jangan lupa masukkan Encore Melaka di dalam senarai tempat yang wajib korang lawati. Oh ya, di Encore Melaka belum ada tempat makan yang korang boleh lepak sambil makan tau. Kalau nak berada lama di situ, jangan datang dengan perut kosong. Dan korang juga dilarang untuk mendekati laut. Ini amaran keras! Dikhuatiri korang terjatuh ke dalam laut pula nanti.


Melaka International Cultural Night

Pada hari yang sama ai berada di sana, Encore Melaka ada mengadakan Malam Kebudayaan semperna ulangtahun Encore Melaka yang pertama. Dapat lah ai tengok jualan hasil karya seni dan juga tarian kebudayaan negeri Melaka.




Kebanyakan jualan di situ adalah hasil seni buatan tangan para pembuatnya. Siap ada yang buat secara terus di situ. Nasib baik ai beringat, kalau tak mesti dah beli macam-macam sebab cantik. Lepas tu simpan je di rumah jadikan hiiasan dinding.




Waktu Tayangan

Isnin hingga Sabtu - 5.30 pm dan 8.30 pm
Ahad                      - 2.30 pm dan 5.30 pm


Macam ai cakap tadi, ini teater dan bukannya panggung wayang. Jadi, datanglah sebelum pintu ditutup. Rugi tau tak dapat tengok permulaan cerita. Abang-abang sado main drum. Hahaha!


Harga Tiket

Standard       - RM128 untuk pemegang mykad dan RM148 untuk tanpa mykad.
Premium       - RM228 untuk pemegang mykad dan RM248 untuk tanpa mykad.
VIP               - RM528 untuk pemegang mykad dan RM568 untuk tanpa mykad.
Wheelchair   - RM98 untuk pemegang mykad dan RM98 untuk tanpa mykad.


Sempena ulangtahun yang pertama, Encore Melaka ada diskaun dengan hanya RM77 untuk dua orang sepanjang bulan Julai. Harga ini untuk tempat duduk Standard dan Premium. Siapa cepat dia dapat lah tempat duduk yang best. Korang boleh juga buat pembelian di shopee dengan klik je link ni  https://bit.ly/2YkOWR8. Kalau cepat confirm dapat tempat duduk premium.


Untuk pembelian tiket boleh layari https://encore-melaka.com/ticketsonly/ atau hubungi mereka di talian +6062707777. Sebarang keterangan lanjut pula korang boleh layari https://encore-melaka.com atau hubungi +062707700.


Encore Melaka

No. 3 Jalan KSB - Impression 8,
Impression City @ Kota Syahbandar,
75200 Melaka, Malaysia


06-2707700 ( Customer Service )
06-2707777 ( Tiket )




aisyaismail

27 comments:

  1. aida, org melaka, pun lom sampai encore ni.
    just dgr citer org je :)
    lama x ke klebang area, aisya. trafik nyer amat sesak!
    lagipun, now weekend x brape free. anak2 tuisyen.
    nanti lepas settle upsr, in shaa Allah nak gi lihat-lihat :)
    sgt teringin nak gi sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi lah aida.. Best tau cantik tempat tu.

      Delete
  2. Replies
    1. Cantik Cik Nor. Kalau turun Melaka nanti pergi lah.

      Delete
  3. Replies
    1. Haah cantik.. Kalau pandai amik angle memang terbaik.

      Delete
  4. cantik..boleh tahan juga harga tiket masuk dia yaa...

    ReplyDelete
  5. Tak jejak kaki ke sini lg. Next timelah. Hehe. Tq info!

    ReplyDelete
  6. fuhhh boleh tahan harga tiket hehehhe...

    ReplyDelete
  7. Wah.. Nampak menarik nie, hujung minggu nie nak pergi Melaka, bolehlah singgah

    ReplyDelete
  8. Boleh tahan harga tiketnya tapi nampak best!

    ReplyDelete
  9. bestnya. baru tahu ada tempat ni. thanks for sharing. nati boleh la saya masukkan dalam itinerary

    ReplyDelete
  10. Wah, cantik tempatnya. Rasa rugi lak tolak invitation hari tu.

    ReplyDelete
  11. Boleh tahan juga harganya tu

    ReplyDelete
  12. semuanya menarik! thanks for sharing. :)

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D