SUKA ATAU TIDAK, AMBIL SAHAJA - Aisya Ismail

Friday, 5 July 2019

SUKA ATAU TIDAK, AMBIL SAHAJA

Assalamualaikum and hye readers.



Pergi bercuti memang seronok. Yang tak seronok bila ada yang mengirim barang bermacam-macam dengan bermodalkan air liur. Terpulang kepada individu yang pergi bercuti tersebut sama ada nak membeli barangan yang dikirim ataupun terus-terang sahaja yang korang nak duit untuk kiriman itu.


Kalau ai, setakat murah-murah tu boleh lah dahulukan duitnya. Tapi kalau dah sampai beratus beribu, tak bagi duit memang tak ada lah barang. 


Korang mesti selalu terima ole-ole dari keluarga dan kawan-kawan yang pergi bercuti kan? Seronok sebenarnya berkongsi kegembiraan ni. Tapi kalau tak cukup modal tak perlulah beriya juga nak keluarkan modal untuk berikan sesuatu kepada kawan-kawan.




Pernah tak korang tolak pemberian tersebut dengan alasan sudah ada atau tidak memerlukan barangan tersebut? Pada ai, kalau korang dah ada sepuluh barang yang sama sekalipun, ambil lah ole-ole tersebut. Bukan barangan terpakai pun, malah dibeli di tempat yang jauh.


Ada orang yang fikir, dari tak guna barang tu baik bagi pada orang lain. Tapi fikirlah apa perasaan orang yang beli tu. Dia pergi jauh-jauh dan ingat pada kita, tapi kita tolak barang dia. Kalau perkara ni terjadi pada ai, ai dah tak akan belikan apa-apa untuk sesiapa yang tolak ole-ole dari ai tu.


Tak salah pun kalau korang ambil je ole-ole yang diberi tu. Pastu simpan lah. Jika perlu untuk bagi pada orang lain, korang bagi. Yang penting korang terima ole-ole tu dengan senang hati dan sudah tentu si pemberi berasa senang hati. Kita hormat pemberian orang dan orang akan hormat kita. Sekian luahan untuk hari ini.




aisyaismail

11 comments:

  1. ishh kalau kite suke je dapat souvenir kalau kwn2 baru balik holiday kasik..tak kisah lah ape pun.. key chain ke.. hihi

    ReplyDelete
  2. Apa orang bagi terima je. Tu pun kira syukurlah dia ingat kat kita 😂 Kan kan

    ReplyDelete
  3. Terbaik perkongsian daripada bro

    ReplyDelete
  4. Suka aje kalau dapat barang free

    ReplyDelete
  5. tajuk tu menyeronokkan je dgr

    ReplyDelete
  6. Selalu kalau dapat souvenir dr sesape rasa sayang sangat kt brg tu haha, sebab tu tanda dia ingat kt kita. Tak kisah lah brg apa pun. Huhu. Rasa mcm tak hargai pulak kalau tak terima or bg org lain kan!

    ReplyDelete
  7. Mrs. A pun sependapat dengan Ai kalau dah orang bagi tu terima ajelah suka ke tidak lainlah kalau kita menjual. Kecik ati kita

    ReplyDelete
  8. sgt suka trima ole2 from friends.
    moreover, ofis memang ada je friends yg outstation, kan.
    pe pun i amik jer. tak pernah persoalkan.

    ReplyDelete
  9. Zumal tak suka kirim2 orang belikan barang. Tapi kalau orang bagi memang ambil je dan tentunya suka...

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D