DUA HARI SATU MALAM SERAMAI 22 ORANG DI VILLA 969, PORT DICKSON

Wednesday 21 August 2019

DUA HARI SATU MALAM SERAMAI 22 ORANG DI VILLA 969, PORT DICKSON


Assalamualaikum and hye readers.



Masih terasa penat badan ai lepas balik dari bercuti di Port Dickson hujung minggu yang lepas. Pergi Port Dickson je pun, tapi dua hari satu malam di sana penuh dengan aktiviti. Yang pasti semua pun seronok.


Percutian pendek kali ini bersama keluarga Encik Husband. Selepas merancang dan memilih beberapa tempat selama beberapa bulan, akhirnya kami memilih Villa 969, Port Dickson sebagai destinasi hari keluarga kami. Jumlah semua sekali seramai 17 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak.




Villa 969, Port Dickson

Villa 969 terletak di tanah lot perumahan. Jalan masuknya betul-betul berhampiran Pantai Teluk Kemang yang popular tu. Kalau berjalan kaki dari villa ke pantai, memang berpeluh lah ketiak. Apa yang menarik di Villa 969 ini adalah kolam renang. Memang sesuai sangat untuk korang nak habiskan masa dengan keluarga di situ.


Terdapat 5 buah bilik yang selesa di villa ini. Setiap bilik diberi gelaran sebagai mummy, abang, kakak, adik dan juga baby. Kalau nak bandingkan dengan Erly Villa di Kuala Selangor yang kami pergi tahun lepas, Erly Villa jauh lebih besar dan cantik. Tapi macam ai cakap tadi, tarikan di Villa 969 adalah kolam renang selain ianya terletak di Port Dickson. Destinasi yang sangat popular untuk percutian di dalam Malaysia.


Di Villa 969 juga terdapat halaman yang luas untuk lakukan aktiviti berkumpulan. Antara aktiviti yang kami lakukan di halaman tersebut adalah permainan seperti tiup belon sampai pecah, baling belon, muzikal chair dan beberapa permainan lagi.


Gambar dari website Villa 969.

Selepas tamat semua permainan untuk petang Sabtu, semua menghabiskan masa berendam di dalam kolam sebelum sambung permainan di waktu malam pula. Yang lelaki pula sudah mula membakar arang untuk menu bbq. Tempat pemanggang, kipas dan arang sudah disediakan.


Malam itu juga kami adakan aktiviti tukar-tukar hadiah. Semua aktiviti di waktu malam kami lakukan di dalam rumah sahaja. Selepas tamat segala aktiviti, ada yang sambung berendam di dalam kolam, lepak sambil berborak dan ada yang masuk ke dalam bilik untuk tidur. Ai salah seorang daripada yang nak masuk tidur.


Bukan apa, ai ni sejenis susah nak tidur kat tempat baru. Memang dah tau akan terjaga beberapa kali di tengah malam, jadi ai cuba lah tidur awal walaupun hakikatnya mata ni tak nak lelap pun. Ai tetap tidur selepas pukul 12 juga.


Keesokkan harinya, selepas bersarapan dan berendam lagi di dalam kolam, kami bersiap-siap untuk pulang. Tepat pukul 12 tengahari kami keluar dari villa dan menuju ke Pantai Seri Purnama. Ai pertama kali pergi ke pantai ini.


Pantai Seri Purnama, Port Dickson

Kalau korang tak suka bersesak di Pantai Teluk Kemang, korang boleh pergi ke Pantai Seri Purnama. Orang tak ramai. Sama ada mereka tak tahu atau pun tak mahu ke situ. Tapi pantai ini tiada jualan barangan seperti di Pantai Teluk Kemang. Hanya ada sebuah kedai makan sahaja. Pergi ke mana-mana pun ada baik dan buruknya. Tak ada yang sempurna.




Selepas bermain layang-layang dan sesi bergambar, kami pulang ke rumah masing-masing dengan keletihan. Dan keletihan itu ai rasakan sehingga ke hari ini. Huh, faktor usia agaknya. Walau bagaimanapun, percutian bersama keluarga sentiasa menjadi percutian yang meriah dan menyeronokkan kalau korang bukan seorang yang anti sosial.




aisyaismail

8 comments:

  1. Bestnya Ai...nak skodeng laaa, senang ek nak buat family day reramai sumbat semua....meriah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Sis Lin. Tak payah susah payah cari dua tiga tempat untuk family yang ramai.

      Delete
  2. menarik ni, aisya.
    selesa. ada pool, tu penting.
    lama da tak bermlm di pd.
    umah mak aida dekat jer, tu yg kami2 dah lama x stay sana.
    just lalu lalang jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai pun dah lama tak ke PD, tu yang ok buat family day kat sana.

      Delete
  3. Menarik villa ni. Boleh la kalau percutian dengan family ni...

    ReplyDelete
  4. betul tu bercuti bersama keluarga memang best

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D