A WEREWOLF BOY - FILEM KOREA

Thursday 31 October 2019

A WEREWOLF BOY - FILEM KOREA


Assalamualaikum and hye readers.



Buat pertama kalinya ai layan filem Korea. Selalunya asyik layan drama je kan. Lagi best tengok filem rupanya. Tak payah nak tertunggu-tunggu apa yang akan jadi seterusnya. A Warewolf Boy telah ditayangkan pada tahun 2012 di Korea Selatan. 


Gambar hasil carian di google.com


Sinopsis

Kim Sun-yi ( Lee Young-lan ), seorang wanita tua yang tinggal di Amerika Syarikat pulang ke Korea Selatan setelah menerima panggilan telefon berkenaan penjualan rumahnya di sana. Setibanya di rumah itu, Kim Sun-yi terus teringatkan kisah 47 tahun lepas di mana dia telah berpindah ke dalam rumah itu bersama ibu dan adiknya kerana masalah paru-paru yang dihadapinya. Mereka hidup di dalam kemiskinan.


Suatu hari, Kim Sun-yi ( Park Bo-young ) telah bertemu dengan seorang lelaki yang pelik dan liar di kawasan rumah mereka. Lelaki itu tiada identiti dan berkelakuan seperti haiwan liar. Ibunya, menganggap lelaki itu adalah salah seorang daripada kanak-kanak mangsa perang di korea dan mengambilnya sebagai anak angkat dan menamakannya sebagai Chul-soo ( Song Joong-ki ). Pada mulanya Sun-yi tidak suka dengan kehadiran Chul-soo, namun lama-kelamaan mereka menjadi rapat.


Ulasan

Bagusnya filem ini kerana tiada babak yang melampau. Sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Hero dengan heroin comel. Filem ni tak banyak dialog sangat, mungkin korang akan cepat bosan. Masa ai tengok pun, ai banyak cepatkan cerita. Itulah kelebihan tengok di website berbanding siaran di televisyen. Bleh skip je bahagian yang kita taknak tengok.




aisyaismail

12 comments:

  1. Dah tengok hari tuu, sedih T-T

    ReplyDelete
  2. mula-mula ingat cerita tu pasal serigala jadian betul hehehhe,.. oh bukan rupanya ye

    ReplyDelete
  3. suka Park BoyOung.. comel sangat =D

    ReplyDelete
  4. I really like this film. It makes me an impression on the love of a werewolf boy. It touched my heart. Join Origin Access Premier and get The Sims 4 Digital Deluxe, Dine Out Game Pack and Kids Room Stuff Pack to create new stories sims 4 news.

    ReplyDelete
  5. Wah menariknya cuter Macam Ni mama suka

    ReplyDelete
  6. Belum tengok. cambest je citer ni sebab ada Jong ki and bo young.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D