BANYAK TEMPAT MAKANAN VIRAL DI IPOH RUPANYA

Thursday 16 January 2020

BANYAK TEMPAT MAKANAN VIRAL DI IPOH RUPANYA


Assalamualaikum and hye readers.



Entri kali ni sambungan daripada entri Genting Highlands yang sebelum ini. Balik dari Genting, keesokkan harinya ai dengan Encik Husband bersama seorang lagi kawan kami bertolak ke Ipoh, Perak pula. Tapi bukan untuk berjalan-jalan tau. Kami menghadiri majlis perkahwinan kawan kami. Balik hari je. Hari Ahad boleh lah berehat di rumah.




Kami bertolak dalam pukul 10 pagi dan sampai di sana ngam-ngam masa makan tengahari. Pengantin pun tengah makan. Jadi, sampai je sana kami bertiga terus amik pinggan isi nasi dan lauk. Sedap lauknya. Dah lama tak pergi majlis kahwin ala kampung-kampung. Tak sia-sia datang dari jauh bila dijamu dengan lauk yang sedap. Hahaha!


Pengantin lelaki adalah kawan kami sejak kami sama-sama belajar di Kuantan dulu. Bila dah jumpa balik tu, memang macam-macam punchline masa zaman belajar keluar. Masing-masing masuk air. Bila dah lama tak jumpa  macam itu lah. Walaupun ada rasa malu-malu yang menebal dalam diri. Rindunya zaman tak payah nak fikirkan masalah dunia.


Selepas makan dan sesi bergambar bersama pengantin, kawan ai ajak pergi beli air soya dan nasi ganja. Famous katanya. Dalam kepala ai, nasi ganja adalah Nasi Vanggey. Rupanya tak. Ada yang lagi berganja rupanya. Ai dan Encik Husband ikut je lah. Sebab kami memang tak tahu pun area situ. Kawan ai kata memang famous.




Dekat kawasan Bandar Ipoh tu memang sesak. Kereta jalan perlahan je. Nasib baik bergerak. Mana taknya, sana-sini kedai makan orang beratur panjang. Majoriti kedai makan kat situ adalah kedai cina dan mamak. Terpulang pada korang lah yakin atau tidak dengan status halal mereka. Dah macam dekat Pulau Pinang pula persekitaran kat situ.


Kawan ai memang dah biasa di Ipoh kerana dia selalu kerja luar kawasan di sana. Dia dah macam pemandu pelancong pula kenalkan tempat-tempat makan pada kami. Air soya yang dikatakan famous tu, siap ada drive thru. Dalam kesesakan kereta jalan perlahan, ada pelayan datang ambil pesanan. Lepas kawan ai order, berlari-lari anak dia membungkus pesanan kawan ai. Sekejap je. Sebab memang dah siap dalam botol. Nak minum di situ pun boleh. Tapi kami tak sanggup menunggu untuk dapatkan tempat duduk.




Dah dapat soya, baru kami pergi beli nasi ganja. Nasi ganja kena beratur. Barisan memang panjang lah. Nak makan kat situ pun boleh. Tapi kami baru je makan di kenduri kahwin, tak muat perut ni nak isi makanan lagi. Tapi, lepas selesai beli nasi ganja, kami lepak di Plan B sebelum balik. Korang rasa kami lepak minum ke makan? Mestilah makan. Kebetulan tengah hujan lebat, perut pun lapar. Ni kira makan petang lah.


Masa ai berbulan madu di Ipoh dulu, Plan B ni tak ramai orang pun. Tapi kali ni penuh pula. Nasib baik ada tempat duduk kosong untuk kami. Rezeki. Mungkinkah disebabkan pernah viral atau disebabkan hari hujan yang membuatkan Plan B dipenuhi pelanggan? Entahlah. Ai tak pasti. Yang pasti laksa Johor Plan B sedap yang amat.




Korang tau tak, lorong di antara Plan B dan Sekeping Kong Heng adalah tempat ootd paling popular kar area situ? Ya! Tak putus-putus orang bergambar di situ. Selepas makan, kami pun tak lepaskan peluang untuk bergambar di situ. Wajib ok walaupun  tak secantik korang-korang yang cun berootd. Hahaha! Selesai bergambar kami pun meneruskan perjalanan pulang ke pangkal jalan.




Sampai rumah dah lepas Isya'. Jauh juga Ipoh rupanya. Tapi tak terasa sangat sebab jalan lurus dan tak sesak. Sampai rumah, Encik Husband bersiap-siap untuk keluar main badminton dan ai pula bersiap-siap untuk makan nasi ganja. Makan lagi! Pada ai nasi ganja tu sedap pada ayamnya. Sedap. Kari mamak pula bukan selera ai. Tapi.... ai tetap ai. Tak berapa rajin sangat nak beratur panjang untuk mendapatkan makanan yang sedap.




aisyaismail

17 comments:

  1. Wah tak sangka tengok gambar macam jat penang ja. Rupanya di ipoh 😁

    ReplyDelete
  2. Ipoh pun sama hebat macam kat Penang nun kalo nak OOTD tempat2 hipstur kan.. banyak benda baru sana ada je each time pegi. tak jemu la kiranya..

    ReplyDelete
  3. bestnya jalan-jalan ipoh, kat sana mmg terkenal dgn nasi ganja nya... sedap nengok laksa johor kat plan B yang penuh dengan ulaman tuh

    ReplyDelete
  4. Dah banyak kali dengar cerita pasal nasi ganja nih! tapi tak pernah rasa pun hahahaa...
    Lagipun Mrs. A nih! bukan sejenis jalan-jalan cari makan punya olang.

    ReplyDelete
  5. I just explored a little bit of Melaka a few days ago and found quite a number of places to eat.

    ReplyDelete
  6. Pernah sekali je g ipoh itupun atas urusan kerja...sempat jugalah lepak makan dkt area dataran ipoh tu..pekan dia x g pun...

    ReplyDelete
  7. rindunyaaaa Ipoh! paling best makan mcm2 kt sana. suka lepak makan dim sum greentown

    ReplyDelete
  8. Ipoh pun makin best sekarang.. bnyk tpt makan, tpt jln2..

    ReplyDelete
  9. Asalam..banyaknya tulisan cina ..Ipoh tempat bersejarah juga kan dek

    ReplyDelete
  10. terbaek.. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  11. Ipoh banyak tempat makan sedap sedap. tapi tu lah datang ipoh sekejap xsempat nak terjah mana yang sedap.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D