KEMPEN KESIHATAN MENTAL SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA - SOFEAROSE

Thursday 12 March 2020

KEMPEN KESIHATAN MENTAL SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA - SOFEAROSE


Assalamualaikum and hye readers.



Pada hari Sabtu yang lepas, ai telah menyertai kempen Kesihatan Mental Wanita bersempena Hari Wanita Sedunia. Kempen ini telah dianjurkan oleh jenama hijab terkenal, SofeaRose. Ini bukan kali pertama SofeaRose menunjukkan keperihatinan mereka terhadap isu yang berkaitan dengan wanita.


Terdahulu, SofeaRose pernah menjalinkan kerjasama bersama Majlis Kanser Negara, MAKNA dalam menjayakan Pinktober Day sempena Hari Kanser Sedunia yang disambut secara global.


Kempen Kesihatan Mental Wanita ini telah diadakan di butik SofeaRose, Central i-City, Shah Alam. Apa yang menariknya, kempen yang diadakan ini berkonsepkan sangat santai. Tak ada susunan kerusi, hanya duduk di atas bean bag dan ada yang hanya bersila di atas karpet sahaja.




SofeaRose tampil dengan membawa tajuk Kesihatan Mental : Dari Perspektif Islam dan Kesihatan. Seperti yang kita tahu, dan ada yang baru tahu, peratusan penyakit mental di dunia ini berada di tahap yang semakin membimbangkan. 1 daripada 3 penduduk di Malaysia ada menghidapi penyakit mental seawal usia 16 tahun. Di antara kita, siapa yang menghidapi penyakit mental? Fikirkan.


Jika dahulu penyakit mental sering dikaitkan dengan keturunan, pada masa kini penyakit mental lebih kepada persekitaran. Pergaulan, viral, kecaman malah media sosial juga adalah penyumbang kepada masalah mental masa kini.


Forum Mini Kesihatan Mental : Dari Perspektif Islam dan Kesihatan dibarisi oleh panel jemputan, Pendakwah Selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid serta Pegawai Perubatan, Dr. Husna Zahry yang mengupas isu penyakit mental dari perspektif Islam dan perubatan. Forum ini juga dimeriahkan oleh moderator hebat dan cantik, Syafinaz Yunus.


Selepas tamat forum yang sangat bermanfaat itu, macam biasalah mesti ada sesi bergambar. Ai juga tak lepaskan peluang untuk membeli belah koleksi cantik SofeaRose. Tahun ini adalah tahun keenam jenama SofeaRose dan mereka telahpun membuka cawangan terbaru mereka di Central i-City Shah Alam dan juga di Kota Bahru.




Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi hari raya terbaru dari SofeaRose tau. Pasti menambahkan keserian korang di pagi raya. Koleksi raya SofeaRose cantik-cantik dan korang boleh tengok di ig @sofearose_hq atau layari laman web https://www.sofearose.com.




aisyaismail

12 comments:

  1. memang sesuai lah, wanita dengan offer shopping memang boleh buat semua masalah hilang

    ReplyDelete
  2. Saya mencadangkan pihak puan berkerja-sama dengan LPPKN kerana agensi tersebut berkait rapat dengan Wanita

    ReplyDelete
  3. amboi..byk paper bag tu...shopping... :)

    ReplyDelete
  4. Saya pun ada koleksi Sofearose nii...
    Memang cantik cantik dan menawan kalbu lahhh... Bagusnya diadakan kempen cenggini...

    ReplyDelete
  5. I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don’t know what to say except that I have enjoyed reading. barridos electronicos madrid

    ReplyDelete
  6. Bagus kempen ni sebab ramai wanita memerlukan penjagaan kesihatan mental.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D