RESIPI MUDAH : SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN

Sunday 29 November 2020

RESIPI MUDAH : SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN


Assalamualaikum and hye readers.



Hari ini Ai nak kongsikan resipi Kangkung Goreng Belacan. Senang je! Hasil dia sedap sehingga menjilat jari. Nyum nyum!   


Kalau korang jenis yang suka makan Kangkung Goreng Belacan di kedai, apa kata kali ni korang buat je sendiri. Dengan harga sepiring di kedai, korang boleh dapat sepinggan di rumah tau. Kalau tak percaya, cuba lah buat dulu.


RESIPI MUDAH : SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN




Bahan-bahan


1. 1 ikat sayur kangkung
2. 1 biji bawang besar
3. 2 ulas bawang putih
4. 1/2 genggam ikan bilis
5. 1 batang cili merah
6. 1/4 belacan bulat (kalau selain ni pandai-pandai agak)
7. Minyak masak
8. Air
9. Garam


Cara-cara


1. Potong sayur kangkung dan cuci bersih-bersih.
2. Tumbuk lumat bawang besar, bawang putih, ikan bilis, cili merah dan belacan. Nak kisar pun boleh tapi lagi sedap jika tumbuk menggunakan lesung batu.
3. Panaskan dalam 3 sudu minyak masak.
4. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga naik bau dan masukkan setengah cawan air dan garam sesedap rasa. Kalau nak guna bahan perasa pun boleh. Tapi Ai tak guna. 
5. Masukkan sayur dan kacau-kacau sedikit sampai sayur disaluti bahan tumisan tadi dengan sebati.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Bahan-bahan boleh dilebihkan atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing.




aisyaismail

17 comments:

  1. saya pun suka juga makan kangkung goreng belacan, nak masak pun senang :)

    ReplyDelete
  2. lama dh tak makan dan masak.. hehe
    Nina follow Ai. #400

    ReplyDelete
  3. sedapnya..jimat memang jimat habis la

    ReplyDelete
  4. akak suka goreng kejap je biar rasa ranggup lagi batang dia tu

    ReplyDelete
  5. Aku juga sering menyantap kangkung, baik ditumis, dimasak cah juga di oseng ..., hmmm sama sedapnya 😋

    ReplyDelete
  6. this is my favorite! tambah2 makan batang dia

    ReplyDelete
  7. bergantung kepada kualiti belacannya.
    Kalau belacannya okay tentulah sedap.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya sayur kangkung tumis belacan. suka kangkung rangup.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya..macam terbau-bau belacan 😂

    ReplyDelete
  10. Sedap kangkung goreng belacan ni. Lauk satu ni dah cukup dah, makan dengan nasi, bagi saya. :)

    ReplyDelete
  11. aduyai sedapnya ni yg buat mama teringin ni.. lama tak makan sayur kangkung goreng belacan

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D