RESIPI MUDAH : NASI AYAM ROASTED YANG MESTI CUBA!

Sunday 15 November 2020

RESIPI MUDAH : NASI AYAM ROASTED YANG MESTI CUBA!


Assalamualaikum and hye readers.



Menu kesukaan seorang Aisya Ismail. Asal entri resipi je mesti menu kesukaan. Hahaha! Ai memang malas sangat nak masak benda yang ai tak suka makan. Apatah lagi nak tulis entri dalam blog.


Nasi ayam salah satu menu yang ai suka. Tapi dari dulu ai tahu beli je, buat nya tak reti. Malas nak belajar sebab macam leceh je. Nak masak nasi, masak ayam, sup, cili, kicap. Eh banyak betul nak kena buat. Tapi sekali dah buat, lah... senang je rupanya. Rugi tak belajar awal-awal.


Lepas sekali dah buat dan berjaya, siap orang puji-puji kesedapan nasi ayam ai, terus nak buat lagi. Hahaha! Bukan ai yang cakap tau, orang yang makan yang cakap sedap. Kalau korang baru nak belajar masak menu mudah nasi ayam roasted , korang ikut je step-step kat bawah ni. Mesti jadi. Kalau tak jadi tu mungkin korang ada tersilap kat mana-mana. Resepi ini untuk 5 ke 6 orang makan.


RESIPI MUDAH : NASI AYAM ROASTED YANG MESTI CUBA!


Bahan-bahan Ayam Roasted

1. 1 ekor ayam dipotong ikut keselesaan korang
2. Air untuk merebus. Pastikan air rebusan cukup untuk masak nasi dan sup.
3. 5 ulas bawang putih
4. 2 inci halia 
5. 2 sudu teh garam
6. 3 sudu makan serbuk lada hitam
7. 5 sudu makan sos tiram
8. 1 cawan kicap manis

Cara-cara masak Ayam Roasted

1. Siang dan cuci ayam bersih-bersih.
2. Rebuskan di dalam periuk yang bersesuaian bersama bawang putih, halia dan garam sehingga masak.
3. Apabila dah masak, keluarkan ayam di dalam mangkuk.
4. Campurkan serbuk lada hitam, sos tiram dan kicap manis ke dalam mangkuk yang berisi ayam dan gaul perlahan. Jangan rakus sangat, takut ayam hancur.
5. Ayam yang sudah diperap sekurang-kurangnya 1 jam boleh lah di masak menggunakan air fryer selama 5 ke 10 minit dengan suhu 180 darjah. Tak perlu lama sebab ayam dah masak sewaktu direbus.
6. Ketuk-ketu sedikit ayam yang siap di masak menggunakan anak lesung atau penyekkan menggunakan pisau besar (tak buat pun tak pe).
7. Kicap perapan tadi tapis untuk dimakan bersama nasi.


Bahan-bahan nasi ayam

1. 5 pot beras atau boleh ikut sukatan biasa masak nasi
2. Air rebusan ayam yang cukup
3. 3 ulas bawang putih dihiris
4. 1 biji bawang merah bersaiz sederhana dihiris
5. 2 inci halia dihiris
6. 2 sudu makan mentega
7. 1 sudu teh serbuk kunyit
8. 1 sudu teh garam
9.  3 helai daun pandan disimpul

Cara-cara masak nasi ayam

1. Tumis bawang putih, bawah merah dan halia yang telah dihiris menggunakan mentega. Tak perlu minyak ya.
2. Bila sudah naik bau, masukkan satu senduk air rebusan ayam.
3. Cuci beras bersih-bersih kemudian masukan bahan tumisan tadi bersama serbuk kunyit, daun pandan dan air rebusan ayam mengikut sukatan seperti masak nasi biasa.
4. Masak nasi seperti biasa.


Bahan-bahan sup nasi ayam

1. 2 ulas bawang putih dihiris halus
2. 3 biji bawang merah dihiris halus
3. Air rebusan ayam secukupnya
4. 1 sudu teh gula perang
5. Garam secukupnya

Cara-cara masak sup nasi ayam

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan ayam, gula perang dan garam. Kacau sehingga rata dan tunggu sup mendidih boleh tutup api.


Bahan-bahan sos cili

1. 9 biji cili merah
2. 3-5 biji cili padi
3. 3 sudu makan gula perang
4. 2 sudu makan cuka
5. 1/2 cawan air rebusan ayam
6. Semua halia dan bawang putih di dalam air rebusan ayam

Cara-cara masak sos cili

1. Mesin semua bahan-bahan di atas sehingga lumat.
2. Keluarkan di dalam kuali dan masak di atas dapur. Kacau-kacau sehingga pekat sedikit.


Bahan-bahan sos kicap

Tapis kicap perapan ayam dan boleh terus dimakan.


Siap untuk dihidangkan dan dimakan seisi keluarga. Jangan lupa sertakan salad, timun dan tomato! Selamat mencuba!




aisyaismail

39 comments:

  1. sedapnya nasi ayam. tak pernah cuba masak nasi ayam nanti boleh cuba resepi ni..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. sedapnya! lama dah tak buat nasi ayam!

    ReplyDelete
  3. wah senang juga rupanya nak buat nasi ayam

    ReplyDelete
  4. terima kasih resepi saya simpan ye :)

    ReplyDelete
  5. Pernah cuba masak nasi ayam sebelum ni n fail haha..nda sedap. Mau try masak lg mcm ada takut2 nda menjadi huhuhu

    but yours hmm look tasty. tq for sharing the recipe!

    ReplyDelete
  6. sedapnya Nasi Ayam..lama saya xbuat nasi ayam ni..tq Aisya sharing resepi ni :)

    ReplyDelete
  7. Love nasi ayam ni. Sisyat suka masak ni. Sekali harung je. Nasi n lauk.lengkap semuanya 😊

    ReplyDelete
  8. Okey WFH Khamis ni nanti akak nak buat nasi ayam la...

    ReplyDelete
  9. nk masak nasi ayam ni bila mood rajin 200% baru menjadi. hahaha
    memang nampak sedap ayam tu

    ReplyDelete
  10. Akak suka nasi ayam yang macam ni.Ayam roasted.. tak pun ayam goreng.tak suka ayam yang macam lembik berair tu. Tak boleh telan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hainan ke? Hehe. Rosted senang tapi lagi sedap kalau ketuk ayam tu.

      Delete
  11. Menu yang sedap. Sekali dah pandai buat dan orang dok puji memang semangat ler nak membuat lagi. Masak nasi letak gula perang first time tahu. Nanti boleh cuba lah masak nasi ayam tambah gula perang.

    ReplyDelete
  12. Oh, masak ayam guna air fryer. Bagus juga ye. Suami akak goreng ayam yang diperap dalam kuali je, dan siap sedia la dia meletup-letup! Hehe..

    ReplyDelete
  13. Wahhh sedapnya. Nasi ayam ni all time favorite. Hehe

    ReplyDelete
  14. kalau buat sendiri puas makan ayam seberapa banyak pun boleh.

    ReplyDelete
  15. suka makan nasi ayam.
    biasanya husbandlah yg tolong buatkan.
    kak pip x pandai sangat nak masak part nasi tu.
    selalu out rasa nasi tu kalau kak pip yang buat.
    untuk ayam tu pula, kak pip suka yang roasted mcm ni,
    makan pun sedap...

    ReplyDelete
  16. Kak Nina suka masak nasi ayam sebab mudah dan tak perlu banyak lauk lain. Style kita masak lebih kurang sama beza part ayam jer sebab kak Nina goreng. Lain kali nak try bakar sebab takde air fryer

    ReplyDelete
  17. Lama betul tak buat nasi ayam. Nasi ayam nampak banyak bahan tapi mudh sebenarnya

    ReplyDelete
  18. Lama xmasak menu nasi ayam.. Fav menu ni sbb mudah je masak

    ReplyDelete
  19. serius nampak sedap lah ayam roasted tu boleh mama cuba resepi ni nanti

    ReplyDelete
  20. thank you sharing resepi! terliur dah ni nak mencuba

    ReplyDelete
  21. Nampak menyelerakan nasi ayam awak Aisya lebih-lebih lagi tang ayam tue... adoii.. memalam nie perut terasa lapar la pulak...hihi

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D