All Of Us Are Dead adalah siri drama Korea bergenre seram, zombi dan thriller yang diadaptasi daripada webtoon popular karya Joo Dong-geun. Cuma 12 episod je, tapi setiap episod padat dengan ketegangan.
Mula ditayangkan di Netflix pada 28 Januari 2022 dan terus mendapat sambutan hangat daripada penonton seluruh dunia. Peminat drama Korea, mesti dah tengok kan?
Drama ini dibintangi Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun dan Lomon. Jika korang suka drama penuh aksi, debaran dan emosi, ini antara siri zombi Korea yang wajib ditonton.
Baca juga: Hotel Del Luna
Sinopsis All Of Us Are Dead
All Of Us Are Dead mengisahkan tentang seorang guru sains, Lee Byeong Chan (Kim Byung Chul), mencipta sejenis virus yang akhirnya tersebar dan menyebabkan pelajar serta guru berubah menjadi zombi. Wabak yang pada awalnya bermula di Sekolah Menengah Hyosan, akhirnya merebak ke seluruh bandar Hyosan.
Sekumpulan pelajar yang diketuai Nam On Jo (Park Ji Hu), Lee Cheong San (Yoon Chan Young), Lee Su Hyeok (Lomon) dan Choi Nam Ra (Cho Yi Hyun) berganding bahu untuk terus hidup sambil mencari jalan keluar dari sekolah yang kini dipenuhi zombi.
Dalam masa yang sama, mereka turut berdepan dengan pengkhianatan, kehilangan insan tersayang dan ancaman Yoon Gwi-nam (Yoo In-soo), pembuli sekolah yang berubah menjadi separuh manusia dan separuh zombi.
Apabila wabak mula merebak ke seluruh bandar, kerajaan mengambil keputusan drastik untuk menghapuskan kawasan yang telah dijangkiti. Pengorbanan besar terpaksa dibuat demi kelangsungan hidup dan mengelak wabak merebak ke seluruh negara.
Senarai Pelakon All Of Us Are Dead
Ulasan Drama All Of Us Are Dead
Musim kedua All Of Us Are Dead
Berita baik untuk peminat drama ini, All Of Us Are Dead akan ada sambungan tak lama lagi! Bila tarikh tepatnya, masih belum diketahui kerana belum ada pengumuman rasmi.
Ai nak teka, ada yang dah mati dalam siri pertama akan hidup dalam siri kedua. Nak tahu betul ke tak, kita tunggu tayangan drama ni nanti.
Korang dah tengok drama ni? Watak siapa yang korang paling suka?



0 orang berborak di sini!
Jangan lupa untuk tinggalkan komen =D