TRIP KE KOTA KINABALU

Wednesday 24 May 2017

TRIP KE KOTA KINABALU


Assalamualaikum and hye readers~


Ok jom ikuti perjalanan ai ke Kota Kinabalu


9 MAY 2017

Selepas keluar dari upside down house tu, kami terus bertolak ke Kota Kinabalu. Sampai terus check in. Dekat mana ye? Ai lupa nama kondo tu. Tapi cantik. Sangat selesa. Balkoni keliling rumah. =)


TRIP KE KOTA KINABALU
Gambar hasil carian di google.com.


So petang tu kami just rest kat rumah je. Minum petang makan maggie, and lepas tu bersiap-siap lah untuk keluar malam nya. Kami pergi ke pasar malam kampung air dan pasar philipines. Nak cari apa?? Macam-macam ada. Oh ye, kat Sabah and Sarawak ni, famous sangat biskut Gery. Tak kisah lah kat kedai, pasar and atas bukit sekalipun, ada je orang yang jual. So siapa yang favourite sangat dengan biskut ni, jangan risau lah kat sana memang banyak.

TRIP KE KOTA KINABALU
Gambar hasil carian di google.com.

Lepas dah beli dan blah, kami pergi berjumpa cousin ai di rumah nya. After borak-borak, kami pergi makan kat luar. Seafood again. Kat sini kami makan soft shell crab telur masin. Sedap gila!! You guys mesti cuba. Lepas makan tu... Guess what?? Total bill RM459!!!!!!!!!!!!! Wow tanjat gigirl.. Air longan rm8 satu gelas. Nasib baik makanan sedap. Sejuk hati ni. Lepas dah terkejut dengan harga makanan kami pun pulang ke rumah untuk merehatkan badan dan minda.


10 MAY 2017

Hari ni kami planning untuk pergi ke pulau. So pagi-pagi kami dah bersiap-siap bertolak ke Jeti Jesselton. Oh pagi tu breakfast maggie je. Heheheh. Ok back to pulau. Sampai di jeti, kami mula survey-survey harga boat. Kat jeti tu banyak kaunter, macam kaunter nak beli ticket bas juga. Tapi kami tak pergi ke semua kaunter. Kami dalat harga rm50++ untuk pergi ke 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Ai nak tengok nemo je. Tapi sayang nemo tak ada. Dia dalam laut jauh sikit dari persisiran pantai. Means tak boleh pergi sendiri lah. Tips nak ke pulau tu, korang bawa lah bekalan makanan dan air yang secukupnya. Sebab harga kat pulau tu boleh tahan mahal nya. Maggie cup secawan rm6 dan air kelapa rm15. Yang lain-lain tak payah sebut lah ye.


Setelah puas berendam dan berpanas, kami bersiap-siap dan rest tunggu boat. Sampai di jeti kami terus bertolak ke Tanjung Aru makan. Perut lemah gila hanya makan maggie and biskut gery dari pagi. Kat Tanjung Aru tu ada kedai asam jeruk yang super sedap. Heheheh. Lepas makan-makan semua, kami lepak depan pantai. Nak tengok sunset. Cantik sangat.




TRIP KE KOTA KINABALU



TRIP KE KOTA KINABALU



Malam tu kami semua keletihan and tak rasa pun nak keluar lagi. Rest je kat rumah.


11 MAY 2017

Pagi ni kami mandi kolam di kondo je. The best part is kolam tu tak banyak klorin. Lepas mandi tu kami balik rumah, packing and siap-siap nak checkout. After checkout kami cari makan. Tak tahu lah kenapa susah sangat nak cari tempat makan bila dah last day ni. In the end kami lunch di Kak Nang Restaurant. Tu pun dah lewat.


Lepas makan kami pergi semula ke pasar philipines untuk mencari sourvenir and udang kering. Make sure tawar betul-betul tau. Boleh tawar sampai separuh harga kalau bijak. Heheheh. After shopping (ai teman je), we all terus ke airport walaupun masih awal. Kami pulangkan kereta dan lepak-lepak di airport je. Dalam 9.30 kami bertolak dari Kota Kinabalu dan tiba dalam 11.30 di KLIA. 



Done! Itu lah sedikit sebanyak pengalaman bercuti kali ini. Tak semua indah. Ada juga masalah sepanjang perjalanan. Tapi masalah tu memang sentiasa wujud, jadi selesaikan lah dengan baik. 
Ok sampai di sini sahaja entri kali ini. Harap anda semua tak bosan. Sehingga bertemu lagi. 

Asslamualaikum~

4 comments:

  1. Hajat di hati nak pergi KK tapi masih belum berkesempatan..
    Aisya doakan sis ke KK okay..
    Seronok tengok aktiviti melancong Aisya.. ;-)

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D