RAGAM CUSTOMER

Wednesday 22 November 2017

RAGAM CUSTOMER


Assalamualaikum and hye readers~



Fuhh! Bukan senang tau nak melayan ragam customer ni. Macam-macam hal. Siapa yang mengikuti blog ai dari awal mesti tau bahawa ai seorang freelance designer and tailor. Sebagai seorang yang bekerja di office pada waktu siang, ai jadikan malam ai untuk melakukan kerja-kerja freelance ini. Bukan mudah nak kerja banyak-banyak ni. Tetapi, demi sesuap nasi, ai relakan diri untuk bekerja keras. Mujur ada encik husband dan family mertua yang selalu tabah dengar bunyi mesin setiap malam.



Gambar hasil carian di google.com.



Sebenarnya design dan menjahit ni tak penat pun. Yelah bukannya setiap hari ada job. Tapi apa yang lebih memenatkan adalah kerenah customer. Macam-macam ragam. Mula-mula memang nak amalkan slogan 'customer is always right', tapi lama-kelamaan hancur. Hahaha! Ai bukan penyabar tau. Tapi demi rezeki yang halal, ai tabah lah juga. Hadap semua dugaan tanpa rungutan di media sosial. Sebab diorang salah satu sumber rezeki ai. Tak baik! Gittewww. Hahaha! Ok ai nak kongsikan ragam customer yang ai pernah jumpa.


Tempah hari ini mahu esok
Pengsan! Weh tak tidur malam dibuatnya. Kes macam ni ai hanya terima untuk alteration sahaja. Itu pun atas dasar kesian last minute customer tak ada tempat nak alter. If not, amik nombor dan beratur ye. Harga? Lebih sikit lah!

Bercakap tak berhenti
Banyak betul benda yang nak diborakkan. Kadang-kadang rasa maca ai ni kawan-kawan mereka je. Of course ai selesa customer yang rajin bercakap ni. Untuk ai yang pemalu ni, automatik jadi tak kekok. Tapi bila ai not in a good mood atau kejar masa, masa tu lah customer nak cerita husband bawa pergi makan durian, boleh jadi hijau ai kat situ.

Design! Design! Design!
Design bukan main. Nak macam ni nak macam tu. Bila dah proceed design, senyap. Hilang terus.

Peram kain / baju lama-lama
Ni pun satu hal juga. Peram baju / kain sampai lupa ada buat tempahan. Bagi awal-awal dengan harapan bila nak terus dapat. Sorry ye, tetap kena amik nombor. Tak main cop cop. Yang bagi ai peram kain lama-lama tiba-tiba tak jadi tempah pun ada. Kain tu dia bagi ai peram lagi lama-lama. Buat baju sendiri kang.

Harga
Bab ni paling best. Ai belum pernah dapat customer yang argue harga ai. Cerewet macam mana pun mereka, bila part harga terus proceed. Sebab tu ai tak pernah merungut atau marah-marah customer di media sosial. Takut tak berkat pula bayaran tu nanti. Minta discount sikit-sikit tu perkara biasa lah. Normal life sebagai customer sukakan discount.



Gambar hasil carian di google.com.



Ai selalu kena ingat, kalau tiada customer tiada lah job untuk ai. Sama lah macam bila kita makan gaji. Tak dinafikan perangai boss boss ni memang mengundang. Hari-hari korang ngumpat and maki boss, adakah berkat gaji anda yang dibayar setiap bulan? Kalau tak suka, berhenti je. Kalau tak ada kerja lain untuk backup, hadap je lah boss tu. Tapi sesekali kalau korang nak luahkan perasaan tak salah. Takut meroyan pula tak dapat luahkan perasaan. Tapi jangan lah hari-hari setiap kali balik kerja terus meroyan. Chill chill aje.





11 comments:

  1. betul betul. bertabahlah sis

    jmput join n meriahkan GA Ray kt sini jom

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. Terma 'Customer Always Right' tu la yang selalu orang duk cakap walau buruk perangai mereka. Sabar k.

    ReplyDelete
  3. yessss! harga! customer always want discount this discount that, free this free that. =.=

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  4. sokay...tu semua mematangkan kita...

    ReplyDelete
  5. Sabar ye...In Shaa Allah ok.. =)

    ReplyDelete
  6. sabar..customer always rite...hehe

    ReplyDelete
  7. kadang kadang ragam customer ni buat kita bersabar kan haha sha pun penat dah kadang kadang layan customer ni, cerewet, jenis memaksa -_-

    ReplyDelete
  8. hebatnya. tak tau dlm kbba9 ada tailor. i kena kecohkan ni. hehehe

    ReplyDelete
  9. Bersabarlah dengan perangai customer ni . Lain customer lain perangainya , kadang ada customer yg boleh paham kerja kita alhamdulillah , kalau jenis cerewet sikit tue kena tahan jugak la .

    ReplyDelete
  10. sabar jelah sis dengan ragam customer ni
    btw jemput singgah and follow https://marblemomo.blogspot.com/

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D