TERIMA KASIH GSC! #FREETICKETS - Aisya Ismail

Friday, 3 November 2017

TERIMA KASIH GSC! #FREETICKETS

Assalamualaikum and hye readers~



Alhamdulillah! Murah rezeki ai dapat tiket free dari GSC. Ai dapat dua  tiket free ni sempena birthday month ai, October. Tapi tiket ni untuk filem yang sudah bertanda * sahaja. Dalam erti kata lain  filem baru atau yang tengah hot di pawagam, harapan sangat tipis untuk dapat tengok secara percuma. But still ok, sebab tak perlu keluarkan rm30+ untuk tengok movie kan? Cara nak dapatkan tiket free ni, senang je. Korang just jadi GSC members dan tunggu lah bulan birthday korang nanti, GSC akan hantar email. Isi borang yang diberi, pergi mana-mana GSC dan bagi sahaja di kaunter tiket. Senang! Borang ni valid sepanjang bulan birthday korang.


Ni contoh email yang ai dapat.



Ai pergi GSC lepas maghrib. Terus pergi ke kaunter. Oh, nasib tak ramai orang. Target ai nak tengok Thor dan Tombiruo. Memang tak mungkin lah dapat tengok Thor secara percuma, sebab filem baru and tengah box office masa tu. Ai bernasib baik, sebab filem Tombirua sudah bertanda * dan masa tayangannya pada pukul 11:50 malam. Terus checked ticket Thor and beli. Waktu tayangan Thor pada pukul 09:45 malam. Ok lah tu, habis je Thor terus masuk wayang Tombiruo. Kebetulan hall 6 dan 7 je.


Review? Tak payah lah review. Korang google je 'review Tombiruo dan Thor', bersusun pilihan untuk korang baca. Hehehe! Tapi apa yang ai boleh katakan, kedua-dua cerita best and ada kelebihannya yang tersendiri. Encik husband cakap, Tombiruo dan Thor adik beradik. Dan kembar Ejim sebenarnya bukan Amiruddin, sebaliknya adalah Thor. Sebab ending cerita, dua-dua main dengan petir. Ai iya kan aje.





5 comments:

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D